2

226 5 0
                                    

"Assamualaikum Ibu." Haziq melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang gembira.

"Waalaikusalam. Macam mana abang? Dapat tak masuk?" tanya Puan Mira, ibu kepada Haziq.

"Haruslah dapat. Hihihi. Esok dah boleh mula kuliah. Tapi abang minta lapor diri lusa ibu."

"Allhamdullih. Abang, buat betul-betul ye. Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah bagi."

"Baik ibu. Abang masuk bilik dulu ye ibu."

Haziq berlalu menaiki tangga dan masuk kedalam biliknya. Dia hempas badanya di katil. Lalu mata dilelapkan buat seketika.

*******

"Haziq, saya minta maaf. Keputusan darah awak. Awak HIV positive." Uja Doktor Yana dengan berat hati kepada Haziq.

Dunia Haziq seakan kelam. Dia buntuh. Dia tak tahu apa yang harus katanya. Air mata menbasahi mukanya.

"Doktor, study saya macam mana doktor? Mesti saya kena buang kolej kan doktor. Apa yang harus saya buat doktor?" Rintih Haziq.

"Haziq, saya refer kamu pada Infectious Disease Clinic (Klinik ID) untuk tindakan selanjutnya."

Haziq hanya termenung mengenang nasib hidupnya. Dia tidak kisah dirinya terkena jangkitan. Tapi apa yang dia kisahkan ialah, pasti dia akan dibuang kolej.

Haziq sedang menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan di sebuah kolej swasta di utara Tanah Air. Mengikut syarat pihak kolej, sekiranya pelajar disahkan menghidapi penyakit bawaan darah seperti HIV/ Hepatitis B dan juga C semasa menjalini latihan harus ditamatkan latihan serta merta.

Surat rujukkan diserahkan pada kaunter Klinik ID. Dia hanya meleparkan senyuman pada Staff Nurse yang bertugas di kaunter. Selang beberapa minit nombernya dipanggil untuk masuk kedalam.

"Haziq, masuk bilik 19 dulu ye. Ikut saya." Uja Nurse Amy. Haziq hanya mengikut langkah nurse yang ada didepanya.

"Haziq, duduk ye."

"Haziq, saya Kak Amy yang uruskan penghidap HIV dihospital ni. Sebelum tu, saya ingin mengambil beberapa butiran peribadi awak. Awak telah dirujuk oleh Blood bank kesini ye."

"Ye saya." Jawab Haziq ringkas.

"Awak kerja atau masih belajar lagi?"

"Saya belajar lagi kak. Di Kolej Damai kak."

"Adik. Awak kena bagitahu pihak kolej juga. Sebab awak belajar dalam medical line." Uja Kak Amy perlahan dan sedikit nada terkejut.

Haziq tutup mukanya dengan kedua tangannya. Dia menangis dihadapan Kak Amy.

"Tak apa Haziq. Kita jumpa doktor dulu ye."

Haziq sekadar menganguk perlahan. Sedang Kak Amy mengisi beberapa borang dan Haziq masih merenung nasib dirinya.

"Awak ikut saya masuk bilik Doktor ye."

Haziq menganguk perlahan. Dia hanya mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Kak Amy.

"Haziq, saya Doktor Tina. Salah seorang pakar perubatan disini. Boleh awak cerita kisah hidup awak?"

Haziq menarik nafas dalam sebelum memulakan cerita.

"Saya seorang homosexual dan mengamalkan seks bebas tanpa menggunakan kondom doktor."

"Berapa ramai yang awak dah "bersama" Haziq? Dan sejak bila awak mula dengan aktiviti ini?"

"Kurung 20 orang doktor. Saya mula dari saya berumur 15 tahun doktor."

"Oh. Okay Haziq. Saya baca fail awak. Dalam ada tulis yang awak belajar di Kolej Damai ye?"

"Ye saya."

"Sekarang awak dah semester keberapa ye?"

"Saya sekarang berada di semester 5 dan baru je tamat peperiksaan akhir doktor."

"Haziq, awak kena bagitahu pihak kolej awak. Saya bagi awak pilihan, sama ada awak bagitahu sendiri pada pihak kolej atau kami sendiri yang akan beritahu."

Haziq terkedu. Dia sendiri sedang serabut.

"Saya bagi awak masa dia minggu daripada sekarang. Awak ambil masa untuk fikirkan dulu ye. Lepas dua minggu kita jumpa lagi."

"Baik doktor. Terima Kasih ye doktor."

Haziq melangkah keluar daripada Klinik ID dengan lemah. Dia buntuh dan apa yang harus dia lakukan.

Adakah Haziq sendiri yang beritahu pada pihak kolej atau sebaliknya? Mampukah Haziq untuk menerima apa yang telah terjadi pada dirinya?

Perjalanan Seorang PLHIVWhere stories live. Discover now