Papa melangkah masuk ke dalam rumah dengan membawa plastik berisi ubat di tangan.Dia menuju ke dapur untuk meletakkan ubat itu di tempat yang tersorok.
Selepas selesai meletakkan ubat,papa terus menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.
Aku yang sedang duduk di dalam bilik menjongketkan bahu apabila papaku tidak menyapa.
Yelah..selalunya kalau balik dari kerja je mesti sapa aku.Tak pon panggil aku makan ke apa ke.Nih tak pon.
'Tidak mengapalah.Esok pasti ada.'desis hatiku.
Sementara di bilik papa,terdengar suara esakan yang ditahan-tahan.
Papa menatap frame gambar di atas meja sebelah katil lalu mengambilnya.
Gambar dia,Ara dan mendiang isterinya dipandang dengan perasaan yang syahdu.Dia tahu hayatnya tak lama.
'Sayang..saya janji.Selagi hayat saya masih ada.Saya pasti akan membahagiakan anak kita.Saya tahu itu yang awak nak kan?'desis hati papa.
Lalu menitis cecair jernih yang dari tadi berada di atas kelopak mata turun ke bawah menitik ke atas frame itu.
YOU ARE READING
Papa✔
Short StoryKalau aku mampu putarkan balik masa, aku pasti akan layan papa elok-elok. Papa..i miss you. 《COMPLETE》 Start:9/10/18 End:9/10/18