Dia JODOHKU

18.5K 52 2
                                    

Fazril seorang yatim piatu dan dia seorang yang pendiam. Hanya banyak bercakap jika dia sudah rapat dengan orang tu.

Kehidupannya penuh dengan kesunyian. Ada teman wanita tapi seringkali di duakan. Fazril beri sepenuh kasih sayangnya tapi sayang cinta yang di harapkannya dibalas dengan kecurangan.

Kini dia sudah jadi tunangan orang iaitu Alisya Batrisya tapi itulah tunangnya jugak seringkali didapati olehnya menduakannya namun dia beri peluang sebab sayangkn hubungan yang terjalin.

Dia pun tak tahu apa salah silapnya dalam perhubungan, mungkin sebab dia kurang banyak bercakap atau apalah dia pun tak tahu.

Dia mengenali tunangnya dari Media sosial, laman muka buku. Pernah dia menjumpai tunang nya itu pada waktu malam, ketika keluarga tunangnya sedang tidur. Waktu tu mereka masih lagi hubungan sebagai pasangan kekasih. Namun pada kali terakhir mereka berjumpa waktu malam, abang tunangnya mendapati Alisya keluar melalui tingkap tanpa izin.

Dari saat itulah, Fazril memasang niat untuk mengikat tali pertunangan dengan Alisya. Bukan sebab terpaksa tetapi memang dia sangat mencintai gadis itu.

" lepas tunang, kita kahwin dalam masa setahun? Nak tak?  Taknak lh saya lama2 bertunang ni " kata Fazril. Namun Alisya menolaknya. Bukan sebab tak cinta tapi sebab usia Alisya masih muda dan dia masih mahu menghabiskn masa mudanya dengan keluarga dahulu dan belum bersedia nak jadi seorang isteri.

" Kita tangguh dulu lah. Saya masih belum bersedia nak kahwin. Yelaah, bukan mudah nak pegang tanggungjawap seorang isteri nih. Memasak pun saya belum pandai sngat nnti kebulur awak " jawap Alisya. Fazril hanya diam dan dia hanya mengangguk lemah.

Bukan dia tak sabar, tapi dia takut kehilangannya. Tapi tak apalah, janji ikatan pertunangan sudah terjalin itupun sudah mencukupi buat masa ni.

Dia JODOHKUWhere stories live. Discover now