Bab 2

14K 37 1
                                    

" tak nak lah, saya tak mahu membazirkan Wang awak" kata Alisya. Memang selama dia berpasangan, tidak pernah dia dberi kemewahan atau di turuti kemahuannya kecuali Fazril. Fazril lebih suka menghabiskn wangnya demi tunang tercintanya.

" eh takpe, saya buat ni untuk kemudahan awak juga. Awak ambillah lesen memandu tu saya bayarkan. Takut nanti ada emergency ker, dapat awak bawa kereta sendiri. " ujar Fazril. Dia tahu Alisya tak mungkin menerima sebab dia tak suka membebankan orang lain.

Alisya bukanlah dari orang yang berada, ank kaya raya. Selama ni nak minta duit untuk keperluannya dari orang tuanya pun , dia tak berani sebab dia tahu dia orang susah.

" haih awak ni, pergilah ambik. Nanti susah jika ada apa2 hal. Lagipun awak tunang saya jadi tak salahkan? " kata Fazril.

Alisya mengeluh. Dia malas nak berdebat sebenarnya. Ada benar jugak kata Fazril tu. Lalu diapun mengangguk tanda setuju. Kalau tak terima nanti sama jugak ceritanya Fazril akan memaksanya.

----

Selepas beberapa bulan Alisya pandai memandu,  dia sudah diambil bekerja. Pada awalnya Fazril tak menyuruh dia bekerja sebab Fazril takut, Alisya berlaku curang lagi. Tapi Alisya mengatakan dan menyakinkannya bahwa hati Alisya tetap untuknya dan perkara tu takkan terjadi.

Fazril mengalah. Diturutinya saja kemahuan Alisya yang ingin merasai gaji dari titik peluhnya sendiri.

Nak bawa kahwin Alisya masih belum bersedia. Alasan yang sama diberikan ' masih muda dan belum ready nak jadi istri'. Fazril malas nak memaksa kalau bab kahwin ni. Bukan sebab tak apa. Tapi kalau dah belum ready tu, takkan dipaksa kot?  Jadi dia biarkan sjalah. Janji dia dan Alisya tetap setia antara satu sama lain.

' Ya Allah, kau kuatkanlah rasa kasih dan cinta kami dan jangan biarkan ada orang ketiga memasuki dalam hubungan kami ' Fazril berdoa. Ya,  dia sentiasa berdoa agar dikuatkan hatinya terutama Alisya sebab dia tahu, Alisya jenis yang mudah jatuh cinta dengan orang lain.

Sepanjang kami bertunang, Alisya tidak lagi berlaku curang. Tapi itu ketika dia masih menganggur. Tapi ni dia dah bekerja, tak tenanglah hati ni. Takut menyelubungi diri, takut kerna diduakan dan ditinggalkan sebab aku sayang sangat kat Alisya.

-----
" hai, awak budak baru eh?  Kenalkan nama saya Amir. " Amir merupakan orang lama bekerja disini.

" wei wei, Amir, kau ni pantang nampak orang baru jer kau kacau eh. Dia ni tunangan orang so kau pergilah berambus sambung buat keje kau yang tak siap2 tu " Sarah, merupakan seorang Admin clerk yang akan menemani aku selama seminggu didalam ofis ni. Yalah, budak barulah katakan aku ni.

Sarah tak lama lagi berhenti kerja sebab nak jaga anak2 dia kat rumah, tak sanggup nak bayar pengasuh, mana pulak pengasuhnya pernah didapati olehnya berdua bemesraan dengan suaminya.  Haaa tepukk!!  Sebab tulah dia berhenti dan akulah yang akan mengganti pekerjaan nya.

Aku tersenyum melihat gelagat Amir dan Sarah ni. Amir tak habis2 nak kacau aku sejak dia tahu ada budak baru masuk kat ofis. Sarah pulak defend aku dari dkacau olehnya.

Sepanjang hari bekerja taklah membosankan sangat tapi adalah pening sedikit sebab ada barang yang aku tak dapat tangkap lagi. Aku bukanlah ada pengalaman bekerja jadi clerk ni. Ni lah namanya mencuba nasib, apply jer mana kerja yang kosong, tup2 dah dapat kerja sini.

Tiba2 teringatkan Fazril. Apa dia buat ek?  Rindu aku ke tak dia nih.

~ting tingg~ tanda mesej masuk.

Sayang dah lunch?  Nak saya temankanNanti saya ambil awak kat ofis yer. Jaga diri dan tunggu saya yer. - Fazril

Fuhh nasiblah harini dia tak kerja. Baru jer terfikirkan dia. Cam tau2 jer.

Belum lgi lah bie, camne nak lunch jam baru pukul 10.jam 12 nanti awak ambik saya ye? Hati2. - Alisya membalas

Tak sabarnyer nak lunch sama2.  Sementara menunggu jam 12, Alisya cepat2 siapkan kerjanya. Walaupun tak banyak mana tapi dia mahu menyiapkannya awal agar kemudian dia dapat pelajari kerja yang lain pulak.

-----

" saya nak ayam penyet dan seafood tomyam, minuman pulak bagi milo dinosaur dan tea tarik yea? " Fazril memesan order kami dekat pelayan restoran.

"  so how's ur work sayang?  Ada tak yang duk kacau2 awak tadi? " kata Fazril.

Baru jer setengahari bekerja, dah dia tanya sapa yang kacau. Aduhai ni lah kalau dah dapat tunang yang cemburu, otak nak fikir bukan2 tapi takpelah aku dah biasa dah hadap perangai dia. Dan sebab perangai dia ni yang buat aku makin sayang walau kadang rsa senak pun ada derr..

" hello sayang?  Melamun jer? Dah terkenangkan lelaki baru ker? " tangan Fazril melambai didepan mukaku.

"  eh apa pulak awak ni bie. Lelaki mana pulak nak di kenang. Ni hah fikir kn lelaki depan mata ni, kenapa kacak sangat, baju pun segak, nak ngurat sapa ni cik abang? " kataku pada Fazril. Yelahh sejak aku memasuki kereta tadi ku sedari pakaian tunangku itu segak jer, bolee cair orang olehnya.

Ketawa Fazril mendengarkan kata2ku. "  aik segak ek? Ehem tunang sapalah kan? " sombong pulak tunang aku nih.

"  elehhh, bie nak kemana bepakaian gini nih?  " sambungku.

"  saya nak lihatkan kat awak lah, yelah, nak lunch ngan tunang, nanti kawan2 lelaki dekat keja awak tu taklah ganggu awak. Yelah, Alisya Batrisya sudah da yang dimiliki lelaki handsome segak bergaya pulak tuh" ujar Fazril.

Aku menggeleng saja. Malas nak layan sangat perangai satu ni. Makin di layan, makin kembang pulak hidung dia nanti. Tak lama kemudian makanan pun sampai dan kami menjamu selera. Selesai sahaja kami makan, Fazril membawa ku ke kedai butik tak jauh dari situ.

" nak buat apa kat sini bie?  Baju tuk apa bie beli ni? " tanyaku pada Fazril. Pelik pulak Fazril bawa ku ke butik ni.  Ku perhatikan Fazril memilih2 baju dress dan lingerie untukku. Kalau lingerie aku faham, untuk kami bemesraan di malam hari. Tapi dress ni?  Hmmm

Fazril tersenyum lebar melihat tunangnya tertanya2. Dia masih memilih2 baju yang sesuai untuk Alisya.

" nanti lepas awak kerja, kita pegi hotel. Syarikat ada buat party sempena anniversary yang ke 35th.boleh ajak pasangan and so....  " Fazril senyum nakal dan aku tahu apa maknanya.

"  okayyy saya faham " aku faham apa yang ada dalam fikiran Fazril. Akupun turut tersenyum. Nakal betullah tunang aku ni.

Dia JODOHKUWhere stories live. Discover now