Bab 1 -Gembira-

102 4 0
                                    

Ahmad berasa gembira bila atuknya membenarkan dia dan kawan kawannya , Ah meng dan Gopal menggunakan motor sangkut untuk melihat pulau pulau kecil yang indah di sepanjang Sungai Terengganu yang lebar dan panjang itu

Dia sama sekali tidak menduga atuknya akan memenuhi permintaannya memandangkan enjin motor sangkut itu baru saja dibeli bulan lalu.

"Bila kau hendak gunakan motor sangkut itu?" atuknya , Haji ibrahim,seorang perniaga bertanya

"Hari sabtu ini, atuk"beritahu ahmad

"Baik baik sikit gunakan enjin bot itu"pesan atuknya

Ahmad angguk tanda menerima ingatan yang diberikan oleh atuknya. Sewaktu atuknya membeli enjin baru itu,dia memerhati bagaimana cara atuknya menghidup dan mematikan enjin itu . Dia sendiri pun sudah cuba menghidupkan enjin itu semasa atuknya mengajak dia mudik ke Pekan Kuala Berang untuk mengangkut jangung - jangung dan tembikai untuk dibawa ke pasat Kedai payang.

Semasa mudik sepanjang Sungai Terengganu itu , dia sungguh terpesona dengan keindahan pulau - pulau dan kawasan perkampungan di tepi-tepi tebing sungai.

Pengalamannya itu telah diceritakan kepada kawan-kawannya Ah ming dan Gopal.Kerana seronok mendengar cerita dari Ahmad itu , kawan-kawannya ingin menaiki bot itu untuk melihat keadaan di sepanjang sungai itu.

Ahmad tidak memberi jaminan kepada kawan-kawannya tetapi berjanji akan cuba memujuk atuknya meminjamkan motor sangkut itu pada hujung minggu itu untuk membolehkan dia membawa kawan-kawannya melihat dan meninjau keindahan di sepanjang Sungai Terengganu itu.

Nasib mereka memang baik,kerana kebetulan pada hari Sabtu itu,atuknya tidak ke mana mana, jadi dia tidak banyak kerenah lalu membenarkan cucunya menggunakan bot itu dengan syarat tidak pergi terlalu jauh dari situ.

Ahmad memberitahu berita gembira itu kepada Ah ming dan Gopal. Bagi mereka,peluang itu tidak boleh diketepikan begitu saja . Ia mesti diisi untuk mencari pengalaman dan pengetahuan. Mereka tahu di sepanjang sungai itu terdapat banyak pulau-pulau besar dan kecil yang indah dan menarik.

Tidak dapat Ah ming bayangkan betapa seronoknya mereka mengelilingi pulau-pulau sambil melihat kehijauan pokok-pokok dan kocakan air yang menghijau jernih.

Bagi ahmad,dia sekurang kurangnya sudah mempunyai pengalaman mudik atau hilir kerana pernah mengikuti atuknya.Mereka mengharapkan Ahmad membantu mereka meninjau di sekitar kawasan sungai itu. Ahmad lebih tahu dan mengerti mengendalikan motor sangkut dari mereka semua.

"Mad, aku ingin memancing" ujar Ah Ming kepada rakannya itu.

"Aku pun ingin juga," jawab Ahmad. "Selepas kita meninjau di sekitar kawasan sungai itu , kita singgah di Pulau Duyung. Di situ terdapat banyak ikan."

"Pulau Duyung?" Ah Ming bertanya dengan nada agak terperanjat.

"Ya, di situ terdapat banyak ikan," jawab Ahmad sambil mengajak kawan kawannya menyediakan bekalan yang perlu dibawa pada hari Sabtu ini.

Ahmad berharap pengembaraan kedua ke Pulau Duyung akan lebih menarik. Telah banyak cerita yang didengar mengenai pulau itu dari orang orang tua. Sebagai seorang pelajar, dia tidak mahu menerima bulat bulat apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Dia mahu melakukan penyiasatan untuk mendapat gambaran yang sebenar.

Sejarah negeri kita hanya akan dapat diketahui melalui kajian dan penyiasatan,demikian kata guru sejarah Ahmad yang masih diingatnya sampai kini.

Dia berharap rakan rakannya akan bersetuju dengan cadangannya untuk mengkaji sejarah Pulau Duyung itu.

Bab seterusnya
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

[MALAY] Misteri Pulau DuyungWhere stories live. Discover now