Pagi sabtu itu, mereka sudah bersiap sedia untuk meninjau di sekitar Sungai Terengganu. Haji Ibrahim telah menaruh petrol yang cukup ke dalam tangki enjin motor sangkut. Sekiranya mereka mahu mengelilingi pulau pulau di sekitar sungai itu selama sehari suntuk pun mereka boleh melakukannya.
Mereka memuatkan barang barang bekalan mereka ke dalam motor sangkut itu. Tidak banyak barang yang mereka bawa, hanya pakaian sepersalinan , makanan , termasuk nasi , mi , lauk pauk ,minuman dan beberapa peralatan lain.
Ah Ming dan Ahmad membawa joran untuk memancing. Mereka bercadang hendak memancing berhampiran dengan Pulau Duyung. Kata atuknya, di sekitar pulau itu terdapat banyak ikan. Mereka berdua ingin mencuba, kalau dapat boleh dibuat lauk untuk makan malam.
Semasa mereka hendak berangkat, ramai kawan datang menghantar termasuk ibu bapa masing masing. Haji Ibrahim menasihati cucunya dan kawan kawan cucunya itu supaya pandai menjaga diri.
"Sewaktu dalam bot jangan bergurau" pesan Haji Ibrahim .
"Nanti bot terbalik".Haji Ibrahim percaya di atas kebolehan cucunya mengendalikan motor sangkut itu berdasarkan pengalaman pengalaman yang diperolehinya semasa mengikutinya mudik ke Ulu Terengganu beberapa kali semasa cuti sekolah.
Ahmad telah berjaya menunjukkan kehandalannya mengemudikan motor sangkut itu sepanjang perjalanan sama ada melalui jeram jeram yang penuh batu batuan atau arus sungai yang deras.
Walaupun begitu dia tetap berpesan dan menasihati cucunya supaya berhati hati dan jangan pergi terlalu jauh ke ulu sungai, lebih lebih lagi sekarang musim hujan. Saban petang, kampung mereka sentiasa dicurahi hujan, walaupun pada sebelah paginya langit cerah dan matahari memancar terik
Ahmad duduk di haluan , sementara Ah Ming dan Gopal duduk di tengah bot. Ahmad mengemudi bot. Motor sangkut itu meluncur laju meredah permukaan sungai yang lebar dan tenang.
Mereka gembira berlayar dengan motor sangkut itu. Permandangan permandangan sungguh indah dan menarik. Bila mereka melintasi budak budak yang sedang mandi manda di tebing sungai, mereka mengangkat tangan sambil melambai lambai. Lambaian mereka mendapat reaksi dari budak budak itu yang bersorak tanda gembira dan seronok.
Apabila bot besar yang bermuat barang barang pertanian datang dari arah depan dalam perjalanan mereka menuju ke pasar Kedai Payang , Ahmad cuba mengelak ke tepi untuk melarikan diri dari ombak dan alunan besar bot itu.
Ahmad membawa motor sangkut itu meluncur di tepi tepi pulau yang kehijauan oleh pokok pokok kelapa. Sesetengah dari pulau pulau itu tidak mempunyai penghuni tetapi Pulau Duyung padat dengan penduduk asal.
Setahu Ahmad, ada dua buah pulau di sepanjang sungai itu yang mempunyai penghuni iaitu Pulau Duyung dan Pulau Api.
Kedua dua pulau ini agak besar dan tanahnya subur. Kebanyakan penduduk di pulau itu menjadi nelayan. Pada hari Jumaat , bot bot mereka dapat dilihat tertambat di pengkalan. Nelayan nelayan di situ tidak bekerja pada hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari cuti mereka. Pada hari itu mereka mesti menunaikan sembahyang Jumaat.
Ah Ming yang membawa kamera kepunyaan abangnya mengambil gambar gambar permandangan di sekitar kawasan sungai itu. Gopal kelihatan amat gembira mendapat kesempatan outing di sungai itu. Seronok dan menyegarkan.
Seronok betul mereka mengembara sepanjang sungai melalui pulau pulau yang indah itu. Bila menghampiri pulau pulau itu, Ahmad memperlahankan sedikit had laju motor sangkutnya.
"Mad, kita singgah dekat Pulau Duyung," teriak Ah Ming yang sedang membetulkan jorannya di tengah tengah perut motor sangkut. "Aku hendak memancing."
Ah Ming sudah tidak sabar untuk mencuba nasibnya memancing ikan berhampiran Pulau Duyung itu. Kata orang, di sekitar pulau itu ada banyak ikan. Dia ingin mencubanya.
"Okay, kita pusing sekali lagi," ujar Ahmad. Dia membelokkan kemudi menghala ke Pulau Duyung.
Kawasan di sekitar pulau pulau di situ sunyi. Keadaan pokok pokok yang merimbun dan air yang tenang berwarna hijau gelap menakutkan mereka.
Bila sampai berhampiran Pulau Duyung, Ahmad memberhentikan motor sangkutnya. Dia mencampakkan sauh dan berlabuh tidak jauh dari Pulau Duyung. Keadaan air di situ tenang dan hening. Ombak ombak menghempas berderai di persisiran pantai.
Dengan tidak membuang masa lagi, Ah Ming mencampakkan tali jorannya ke air.
"Mudah mudahan aku dapat ikan besar" doanya
"Mudah mudahan kau dapat ikan jaws" usik Gopal.
"Mana ada jaws di sini," sanggah Ah Ming.
"Cucu jaws mungkin ada," sampuk Ahmad.
Ah Ming menunggu umpannya dimakan ikan dengan penuh kesabaran. Matanya merenung ke air sehingga mengendahkan perbualan usikan Gopal dan Ahmad. Ahmad mencampakkan tali jorannya ke air. Kedua duanya duduk dalam motor sangkut yang tidak bergerak itu sambil memerhatikan tali joran masing masing.
Gopal memandang ke arah Pulau Duyung yang indah dan ditumbuhi pokok pokok yang menghijau. Gopal memberitahu Ahmad bahawa dia ingin singgah di Pulau itu untuk melihat kawasan sekitarnya. Mana tahu dia boleh berjumpa dengan orang orang kampung disitu.
Ahmad berkata mereka akan singgah dalam perjalanan balik nanti. Atuknya berpesan supaya berhati hati bila singgah di pulau itu nanti. Jangan rosakkan harta benda orang. Dia mesti mematuhi pesanan atuknya. Kalau dia ingkar mungkin lain kali bila mereka hendak meminjam motor sangkut itu, atuknya tidak akan membenarkan lagi.
Gopal memujuk supaya mereka singgah di bahagian yang kurang diduduki orang. Dia hanya mahu melihat keindahan pulau itu sahaja. Ahmad akhirnya mengalah dan mereka bersetuju untuk singgah sekejap sahaja.
"Kawasan ini tiada orang, mungkin ada hantu," usik Ah Ming.
Ketika mereka menghala ke bahagian pulau yang tidak berpenghuni, Ah Ming ternampak sebuah motobot laju keluar dari arah Pulau Duyung itu dan menghala ke arah mereka.
Motobot laju itu semakin menghampiri mereka. Kocakan air sudah sampai ke tempat mereka menyebabkan Ah Ming menarik tali pancingnya sambil menyumpah. Ahmad juga menarik tali pancingnya. Dia hairan kenapa motobot itu menghala ke arah mereka.
Motobot itu berhenti bila sampai berhampiran mereka. Ada dua orang di dalamnya, seorang menjaga kemudi , seorang lagi duduk di haluan. Lelaki yang berdiri di haluan memakai topi hitam, cermin mata hitam dan bermisai lebat. Lelaki itu bercekak pinggang sambil menuding jari telunjuk ke arah mereka.
"Hei budak , apa kamu buat di sini?" tanyanya dengan suara garang
"Kami memancing," jawab Ahmad.
Lelaki berwajah garang itu memarahi mereka dan menghalau mereka keluar dari situ.
Ahmad berasa hairan mengapa orang itu memarahi mereka sedangkan mereka tidak melakukan apa apa yang merosakkan melainkan memancing sahaja.
Ahmad bertanya kenapa mereka ditegah berada di situ? Dengan nada marah lelaki itu mengugut akan mencederakan mereka jika tidak beredar dari situ dengan segera.
"Kamu mesti meninggalkan kawasan ini dengan segera," ujar lelaki itu dengan suara keras. " Tidak ada sesiapa pun dibenarkan menghampiri Pulau Duyung ini!!"
Dua orang lelaki itu kemudian berlalu disitu meninggalkan mereka dengan penuh tanda tanya. Ahmad hairan mengapa mereka dilarang berada di situ. Siapakah mereka??
Ahmad melihat motobot laju itu melencong ke kiri dan memasuki kawasan Pulau Duyung itu.
Bab seterusnya
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
YOU ARE READING
[MALAY] Misteri Pulau Duyung
Adventurecerita ini mengisahkan tiga persahabatan Ahmad , Ahmeng dan Gopal saja bersiar siar menaiki motor sangkut milik atuknya. Padah tidak mendengar pesan atuknya , malang tidak berbau dia ditawan oleh penghuni di pulau duyung dengan niat untuk menyiasat...