Bab 4 - Peralatan Moden-

39 2 2
                                    

Suasana dalam bilik empat persegi itu sepi dan dipenuhi dengan alat alat moden seperti alat alat kelengkapan pembedahan. Sebuah mesin komputer terletak di hujung sebuah katil di tepi sebuah  jendela yang tertutup.

Gopal dibaringkan ke tilam tersebut. Seorang tua , berkepala botak , bercermin mata putih tebal , berpakaian seperti doktor menghampirinya. Lengan Gopal dipengang dan dipicitnya. Mata Gopal yang layu itu diselak kelopaknya dan dia menyuluh pada bola mata itu dengan lampu suluh kecil. Kemudian dada Gopal ditekan dengan kedua belah tangannya seperti cuba mengepam alunan nafasnya.

Doktor itu kemudiannya menyuruh Gopal membuka luas luas. Disuluhnya lagi ke dalam kerongkong Gopal dengan lampu suluh kecil itu. Gopal masih termengah mengah. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan oleh doktor itu. Perasaannya cemas dam bimbang. Dua orang kawannya , Ahmad dan Ah Ming tidak berada di situ.

Gopal cuba bertanya doktor itu di mana dua orang kawannya berada tetapi dia melarangnya untuk bercakap.

Satu wayar panjang bersambung pada komputer itu dipasang ke lengan Gopal dengan membuat bunyi yang aneh dan menakutkan. Gopal semakin cemas. Apakah doktor ini akan membunuhku ? Dia bertanya dia dalam hati. Dia berdoa kepada tuhan supaya menyelamatkannya.

Dalam perasaan yang cemas dan terharu itu , dia teringatkan ayah , ibu , dan adik adiknya di rumah. Ah ! Mungkin aku tidak akan dapat berjumpa lagi dengan mereka. Perasaan kecewa mendamba ke dalam dirinya. Doktor separuh umur itu menasihati Gopal supaya tidak perlu risau dan memberi jaminan bahawa dia tidak akan diapa apakan.

"Saya akan merawat kamu hingga sembuh" ujar doktor itu.

Doktor itu menepuk nepuk bahu gopal supaya bertenang. Pada mulanya Gopal tidak percaya cakap doktor itu. Mungkin dia sengaja hendak mententeramkan hatinya. Mana tau doktor itu akan menyuntiknya dengan ubat yang mengandungi racun dan dia akan mati secara perlahan lahan.

Fikiran Gopal berkecamuk bila memikirkan nasib yang sedang  menimpanya itu. Doktor itu menunjukkan sikap baik hatinya dengan bercerita berbagai perkara yang menarik hati terutamanya tentang kehidupan makhluk asing di bulan. Gopal tertarik mendengar cerita doktor itu yang mengatakan tentang kemungkinan suatu masa nanti makhluk makhluk yang mendiami di bulan itu akan turun ke bumi dan cuba menguasai bumi.

Gopa cuba bertanya apakah orang orang aneh yang berada di sekitar kapal angkasa itu datang dari bulan ? pertanyaan itu tidak dijawab oleh doktor itu.

Dia memberitahu bahawa Gopal boleh mendengar ceritanya tetapi dilarang bertanya dan dia sendiri dilarang menjawab sebarang pertanyaan dari orang orang asing kecuali selepas mendapat kebenaran dari Ketua Besar.

Sejurus kemudian beberapa orang berpakaian seluar kuning dan baju putih berkilat dengan sarung muka merah datang ke tempat mereka. Dada Gopal berdebar debar melihat orang orang aneh yang mengerikan itu. Orang orang itu bercakap sesuatu dengan doktor seperti memberikan sesuatu arahan untuk dilakukan oleh doktor itu.Gopal cuba memasang telinga untuk menangkap isi perbualan mereka itu tetapi tidak berdaya. Orang orang itu bercakap dalam bahasa isyarat mungkin untuk mengelakkannya dari mengetahui isi perbualan mereka.

Sejurus kemudian orang orang itu meninggalkan bilik itu. Doktor itu menghampiri semula Gopak yang masih terlantar di katil. Melihatkan keadaan Gopal yang cemas itu , doktor itu cuba mententeramkan hatinya.

"Mereka meminta saya merawat kamu serapi rapinya" ujarnya ,"Mereka mahu kamu sembuh dengan segera"

continued bab 5 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[MALAY] Misteri Pulau DuyungWhere stories live. Discover now