Chapter ni saya edit. Chapter seterusnya saya akan update sepanjang ramadhan. InsyaAllah. Salam Ramadhan!
13 TAHUN SETENGAH KE ATAS. KEPADA YANG TAK CUKUP LAGI SETENGAH TU, TUNGGU SAMPAI DAPAT YANG SETENGAH TU XD ATAUPUN BACA DI BAWAH BIMBINGAN IBU BAPA OKEY? xP
- بسم الله الرحمن الرحيم -
Apabila BBS berpuasa. OMG!
SATU - RAMADHAN TIBA!
Tatkala semua bergelak tawa maka terdengarlah bunyi Sang Gajah... Eh! Bukan! Tapi Si Seungkwan yang menangis ibarat lembu kehilangan kaki selepas pulang dari rumahnya. Sekarang dia berada di asrama di sekolahnya. Al-Maklumlah rumahnya jauh dari sekolah. Jadi, faham-faham je laa. Dia menangis sampai meleleh-leleh hingusnya mengalahkan keju yang meleleh. Dilapnya hingusnya pada baju maknae diaorang, Dino atau nama sebenarnya Salahudin. Habis ditendangnya Seungkwan kerana Dino yang terperanjat akan perlakuan Seungkwan tadi. Makin bertambah teruk Seungkwan dibuatnya.
Kini timbul rasa kesal di hati Dino tapi bukan sebab apa. Cuma dia menyesal kerana membuatkan Seungkwan menangis teruk sampai dia tak boleh nak tidur untuk sahur esok. Sahur? Ye la sahur. Esok kan nak puasa. Dah lupa? OMG! Hahaha. Kita sambung balik cerita. Ceritanya begini...
"Appa. Tak nak balik asrama. TAK NAKKKK!!!!"
Habis ditarik kain pelikat Pakcik Boo. Nasib baik sempat diselamatkan oleh Pakcik Boolat.Kalau tak, memang terlucutlah jawabnya. Free show xD.
"Ya Allah! Apa nak jadi kau ni Ikhwan? Lorat sangat tak nak balik asrama kenapa? Bukan kau suka sangat tinggal dekat asrama dengan anak Pak Non tu;Hanif a.k.a Hansol. Huh! Nama nak glamor (-..-). Hah! Lagi satu dengan siapa budak sorang lagi tu. Hah! Shamin(Mingyu). Tapi tiba hari ni pulak,kau tak nak?Kenapa?" bebel Mak Bijah sambil menyapu sampah di luar halaman rumah.
"Sebab...Sebab.." Seungkwan cakap tergagap-gagap. "Sebab apa?!"Mak Bijah menyergah.
"Sebab bulan depan ramadhan. Kwan tak nak puasa kat asrama. Makcik asrama masak tak sedap. Hari-hari kita orang makan ikan kering yang sebenarnya ikan goreng. Pastu Makcik tu buat air oren tapi dia lupa letak gula. Pastu dia pernah termasukkan cicak kat dalam kari. Pastu dia lupa nak padamkan api dapur dan habis hangit lauk tu.Pastu-" mulut Seungkwan ditekup oleh Pakcik Boolat.
"Dah lah tu nak. Appa tahu tu alasan kau je. Kalau tak cam mana Seungkwan ni boleh badan tembam semacam bila duduk kat asrama?" ucap Pakcik Boolat sambil tersenyum sinis kat anaknya itu. Dia dah tahu sangat tipu muslihat anaknya itu disebabkan mereka sebenarnya 2x5 sahaja sebenarnya xD.
Seungkwan tersenyum seperti kupang busuk. Dia menggaru-garu kepalanya yang gatal akibat daripada digigit oleh nyamuk aedes punya dua pupu. Dia sempat lagi menyumpah serana nyamuk tersebut sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengemas beg pakaiannya. Walaupun terpaksa,diikutkan juga.
"Seungkwan! Tolonglah lah! Aku nak tidur! Kau ni bising. Baru lima jam duduk sini tapi dah lorat sangat nangis. Aku dari semalam tak balik tau." marah abang dorm Seungkwan - Yoongi atau nama sebenarnya Yusuf. Asal usul Yoongi tu tak dikenal pasti. Mungkin berasal dari pokok jugak seperti asal usul nama melaka xD.
"Aku nak balik. Nak balik. Mak aku rindu aku tu."
Syahmi a.k.a Seokmin - dia ketawa berdekah-dekah. "Mak kau ke rindu atau kau yang rindu?"perli Syahmi. Hashim a.k.a Hoshi di sebelah pula turut sama mengetawakan Seungkwan. Seungkwan mengelap air matanya sebelum melemparkan bantal busuknya tepat ke muka dua orang manusia yang bertuah tersebut.
"Korang tak pe lah. Mak ayah selalu datang tengok. Tapi aku ni,rumah dahlah jauh. Jadi,kena laa seminggu sekali. Sedih tau. Lagipun tahun ni aku first time puasa kat asrama. Nanti mesti aku rindu mak aku masak ketam sambal petai. Sedapnya."
Apabila Seungkwan teringatkan balik pasal makanan kegemarannya itu,dia kembali menangis. Seokmin dan Hoshi meraup mukanya. Yoongi pula sudah tidur sambil menekup bantal di mukanya. Dia malas nak layan Seungkwan. Esok dia ada kerja berkumpulan dengan budak form 6 yang lain. Jadi, nak tak nak kena tidur seperti itu.
Jawabnya,memang diaorang tidur sambil dialunkan dengan tangisan 'merdu' daripada Seungkwan malam ni...
Watak dalam chapter hari ni
1.Seungkwan-Ikhwan
2.Hansol-Hanif
3.Mingyu-Syamin
4.Yoongi-Yusuf
5.Seokmin-Syahmi
6.Hoshi-Hashim
7.Dino-Salahudin
Maksud:
ibarat lembu kehilangan kaki - perasaan kecewa dan sedih yang amat sangat
kupang busuk - lebih teruk daripada kerang busuk. dia lebih kepada bacin
nyamuk aedes punya dua pupu - nenek kepada nyamuk aedes merupakan adik kepada nenek nyamuk aedes yang gigit seungkwan.
Untuk sambungannya...sila tunggu.Terima kasih kerana membaca.
#jgnkecamsaya
#ramadhan
#bbsshow
#saranghaeyo
:))))))))))))))
YOU ARE READING
Apabila BBS Berpuasa. OMG! (bts x block b x seventeen)
FanfictionBts? Block B? Seventeen? BBS Berpuasa? Betul ke? Macam mana agaknya puasa mereka untuk kali ni? Adakah semuanya berjaya puasa penuh atau ada yang puasa tipu-tipu ni? "Hah?! Curi-curi makan maggi kari letup eah?!!!" "Oh mak kau meletop!" Dan macam ma...