//Chapter 1💎// (repub/remake)

206 29 0
                                    

YoonMin

Brothership

Happy reading!🤗

*****

"Ya cepatlah! Kau ni lembab la! Aku lambat siap kau!"

Yoongi membentak Jimin yang masih terduduk di depan pintu rumah. Tangan Jimin bergerak laju mengikat tali kasutnya sebelum berdiri dan menyusul Yoongi yang sudah berada beberapa tapak di  hadapannya.

"Hyung, tunggu sekejap!"

Jimin berlari kearah Yoongi lalu berjalan di belakangnya. Yoongi tidak suka mereka jalan beriringan kerana tidak mahu orang menganggap mereka adik-beradik yang rapat. Oleh disebabkan itu Jimin hanya berjalan di belakang Yoongi.

Dia tidak kisah dengan apa yang Yoongi lakukan kepadanya kerana dia sangat menyayangi Yoongi. Hanya Yoongi lah saudara yang dia miliki.

Selepas melangkah masuk ke dalam pagar sekolah, mereka mula mengambil haluan masing-masing kerana kelas Yoongi dan Jimin berada di banggunan yang berbeza.

Bagaimana keadaan mereka berdua kesekolah, begitu juga keadaan mereka pulang sekolah. Sudah semestinya semua itu bukan kerana Jimin, tetapi Yoongi.

Hanya masam dan murung yang tercetak jelas di wajah Jimin ketika pulang sekolah pada hari ini. Puan Min yang tidak sengaja melihat Jimin melintasi ruang keluarga mula menegurnya kerana kelakuannya tidak seperti biasa yang selalu gembira,menyapa eommanya.

"Jiminie-ah, kenapa? Ada apa-apa ke yang berlaku di sekolah? Kamu ada masalah ke di sekolah? Cerita pada eomma Jiminie kenapa dengan muka masam kamu ni?"

Puan Min berjalan mendekati Jimin yang baru sahaja melangkah anak tangga yang pertama.Tetapi Jimin menjawab pertanyaannya dengan gelengan lalu terus berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

Tidak lama selepas itu, Yoongi pula berjalan masuk kedalam rumah membuatkan Puan Min mengalihkan pandangannya pada Yoongi. Menatap Yoongi yang hanya menunjukkan wajahnya yang biasa iaitu dingin.

"Yoongi-ah? Lambat kamu balik harini? Kenapa? Selalunya kamu balik awal kan?"

Puan Min tersenyum lembut dan manis pada anak sulungnya. Yoongi hanya memandang datar lalu berlalu pergi dari situ dengan decitan. Yoongi mengabaikan sepenuhnya figura yang berdiri di tepi tangga itu, dia menaiki tangga dengan laju seakan tiada sesiapa di situ.

"Tch, sibuk je."

Puan Min memegang dadanya yang terasa sesak tiba-tiba melihat kelakuan anak-anaknya. Terasa sebak di hati.

Setelah menapakkan kakinya didalam bilik Yoongi mencampak begnya lalu berbaring di atas katil. Dia kembali mengingat kejadian buruk yang terjadi hari ini membuatkan moodnya lansung hancur.

"Tch, dasar menyusahkan."

//FLASHBACK//

"Yoongi!! Saya suruh kamu hantar buku sekolah kamu bukannya suruh kamu  berdiri tercegat dekat situ!"

Kim saem menengking Yoongi yang sedang berdiri memandangnya dengan muka 'macam orang tak bersalah'.

"Saya tak bawa buku saya."

Yoongi menjawab dengan nada yang tenang.Tengkingan lantang yang didapatkan Yoongi dari Kim saem.

"Berdiri di luar sampai tamat waktu persekolahan! Lepas tu ikut saya!"

Yoongi yang moodnya sudah buruk sejak tadi hanya menurut sahaja apa yang disuruh oleh Kim saem dengan muka datar andalannya. Tetapi siapa tahu didalam hatinya sedang memaki seranah Jimin kerana tidak menyimpan semula bukunya.

He Is My Dongsaeng [YoonMin] [SU]Where stories live. Discover now