Selepas Yoongi memberi Jimin ubat semalam terus Jimin tidur tidak sedarkan diri.
JIMIN'S POV
Erghhh. Kelopak mata aku dibuka kelihatan syiling bilik ku sahaja. Eung. Sejuknya harini. Agak2 dah pukul berapa eh? Aku mencapai jam loceng yang setia di sebelahku. Wow! Penat sangat ke aku ni? Sekarang ni dah jam 8.41 pm. Lebih dari 24 jam aku tidur aku rasa.
Tapi... Kenapa hyung tak kejut aku? Huh aku tak tau la kan. Tapi aku rasa demam aku belum baik lagi. Sejuk betul bilik ni. Aku menyelak comforter yang selebungi tubuhku dan berjalan ke arah bilik mandi.
Setelah selesai aku keluar dari bilik ku. Rumah ni sunyi betul. Hyung dah tidur ke awal2 macam ni? Aku berjalan ke arah biliknya. Tombol pintu ku pulas perlahan kerana tidak mahu menganggu empunya bilik.
Eh? Hyung berselubung dalam comforter dah macam siput. Hihi. Aku mendekati hyung muka dia selalu bukan pucat ke? Kenapa harini merah semacam. Dia menggigil. Ok aku dah dapat kesan kenapa.
Aku pun menekapkan belakang tangan ku pada dahinya. Ouch panasnya. Bilik mandi dalam biliknya aku tuju. Aku membawa besen kecil serta tuala. Aku merendamkan kain tersebut kedalam air dan meletakkn pada dahinya.
Mianhaeyo hyung. Ni semua sebab Jimin kan? Hyung demam. Aku pun sebenarnya bukan sihat sangat. Aku tahu yang hyung lansung tak makan apa2 dari semalam. Baik aku turun masak untuk hyung
END JIMIN'S POV
Lebih kurang sejam Jimin berperang dengan barangan di dapur akhirnya siap juga bubur ayam. Dia buat khas untuk Yoongi hyung kesayangannya tu.
Dia buat semua sama seperti yang Yoongi lakukan kepadanya. Sewaktu dia sakit Yoongi menjaganya jadi dia mahu balas semula.
"Hyung ireona.." Jimin menepuk lembut comforter yang menutupi tubuh Yoongi.
"Hmm... Yah s-saekki kau buat apa dalam bilik aku ni? Kha." Yoongi menghalau Jimin. Namun Jimin tetap setia. Yoongi pula sudah masuk semula ke dalam comforter nya.
"Hyung demam ni. Nah Jimin ada buatkan bubur. Ni ubat and air." Semangkuk bubur, segelas air kosong serta sepapan ubat di hulurkan kepada Yoongi. Yoongi mengeluarkan sedikit kepalanya.
"Baik pula kau dengan aku?" Yoongi bangun dari pembaringannya. Dia menatap Jimin dengan muka swagnya yang bewarna merah itu.
Jimin mencebik.
"Hyung ni. Jimin selalu jahat sangat ke dengan hyung? Sampai hati kan hyung cakap macam tu."
"Kau tak comel, jadi tak perlulah buat muka macam tu." Matanya di gulingkan ke atas menyampah.
Walaupun sedikit terasa Jimin abaikan sahaja perasan nya. Dia tak boleh nak ambil hati sangat dengan hyungnya seorang tu sebab masa dia sakit Yoongi sanggup menjaganya.
"Hyung. Makan nae? Hyung kena cepat sihat kalau tak. Tak swag lah." Jimin thumbs up. Beserta senyuman yang menampakkan eyesmilenya.
"Pabo lah kau ni." Mangkuk bubur yang berada di tangan Jimim di capai perlahan. Kemudian suapan demi suapan masuk ke dalam mulutnya.
Selepas semua bubur tu selamat di kebumikan didalam perut nya dia mengambil air kosong serta ubat dan makan. Kemudian dia menghalau semula Jimin keluar dari biliknya.
*****
"Weh kumpulan kita tak cukup lagi seorang pemain. Kau orang tak ada nak cadangkan sesiapa ke?" Soal Namjoon kepada semua ahli kumpulannya.
Jin menggeleng serta yang lain.
"Hyung! Tae nak ajak Jimin boleh?"
Taehyung memandang Namjoon.
"Good. Aku lupa pasal budak tu." Namjoon tersenyum. Yoongi pula yang membantah.
"Andwae~ dia tu mana pandai main basketball! Aku tak setuju kalau kau orang semua nak ajak si pendek tu."
Muka nya dipoutkan.
Sewaktu mereka pulang dari sekolah mereka semua jalan seiringan bersama. Taehyung tidak mahu melepaskan peluang lansung dia menyoal Jimin.
"ChimChim kau nak join kita orang punya team basketball tak?"
Taehyung tidak lupa juga dengan senyuman petaknya. Jimin memandangnya lama sebelum mengalihkan pandangannya kearah lain.
"Hmm mwolla."
Jimin memandang batu2 kecil yang ditendangnya.
Taehyung mencebik.
"Join laaa .....Jebal? Lagipun tournament kita orang nak dekat dah. Macam mana nak berlatih kalau tak cukup ahli kumpulan?" Dengan penuh harapan dia memandang sahabatnya itu. Ahli lain juga turut serta membuat puppy eyes.
"Nae. ChimChim join." Dia mengeluh sedikit. Yang lain sudah lompat gembira tak terkira kerana berjaya memujuk di mochi cute tu join mereka.
Mereka pun berjalan pulang ke rumah masing2. Yoongi pula dari tadi menahan amarahnya pada Jimin.
"Kau tak boleh ke kalau tak payah nak sibuk join kumpulan aku?"
Mukanya mula merah.
"Nae? Apa maksud hyung? Basketball team? Oh. Mian dah dia orang ajak tak akan Jimin nak tolak?" Jimin membuat muka blur.
"Alah kau boleh je kan bagi alasan? Kau tu memang tak sedar diri kan? Kau tu sakit! Kau mana boleh buat aktiviti macam tu! Kalau apa2 jadi menyusahkan aku juga! Kau cakap je lah kau tak boleh join sebab kau asma! Tu pun susah?! Kau ni memang manusia yang acah bagus kan? Kau dengan omma kau sama je! Dua2 suka--" Belum sempat Yoongi menyambung ayatnya Jimin pula bersuara.
"Meomchwo! Tsk tsk hy-hyung sedar tak?! Hyung boleh marah Jimin! Hyung boleh maki Jimin! Hyung boleh buat apa pun dekat Jimin! Tapi jangan libatkan omma! Tsk tsk hyung sedar kan? Yang omma tu omma hyung juga! Tak boleh ke.... berhenti benci omma?"
Air mata sudah tidak tertahan terus menitis.
Satu tamparan keras hinggap di pipi Park Jimin.
"Apa kau cakap? Aku benci omma? Aku tak benci omma aku lah paboya!! Yang aku benci sekarang ni kau! Kau berani tengking aku?! Kau sedar tak kau tu siapa?! Tu bukan omma kau arraseo? Kau kalau nak mati kau cakap. Tak payah naikkan kemarahan aku!"
Yoongi mengetap giginya geram. Satu lagi tumbukan dilepaskan di wajah Jimin sehingga menyebabkan tubuh badan itu terduduk.
"Hyung benci lah Jimin! Hyung pukul lah Jimin! Hyung buat lah apa hyung suka dekat Jimin! Tu yang hyung nak kan? Hyung suka kalau Jimin mati sebenarnya kan?!"
Jimin bangun tanpa berlengah berlari mendaki tangga rumah. Pintu bilik dihempas kuat. Walaupun sebenarnya dia tidak begitu kuat namun dia telah pun melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
Dia tersandar di belakang pintu bilik kemudian melurut sehingga terduduk memeluk lutut dan menangis. Sakit sangat hatinya.
Dia menangis sepuasnya. Inhaler diambil dan di genggam erat. Dalam satu hari itu sahaja sudah tiga kali dia menggunakan inhaler itu kerana nafas menjadi sesak akibat menangis. Akhirnya dia lena di tepi katil. Tidur sambil memeluk lutut.
*****TO BE CONTINUE........
YOU ARE READING
He Is My Dongsaeng [YoonMin] [SU]
Teen FictionTittle: He Is My Dongsaeng Synopsis: Di zaman kanak-kanak mereka sangat rapat sehingga tiada apa yang dapat pisahkan mereka. Tetapi kemungkinan kerana faktor masa atau sebab-sebab tertentu mereka menjadi musuh di usia remaja. Jimin selalu bersabar d...