"Kenapa bagi dekat saya? awak je la ambil,tu awak punya. Saya memang nasib malang"
" Tak, awak tak malang pon. Nah ambil je la. saya bukan dahaga pon "
Lelaki itu dengan rela hati mengambil pemberian perempuan tersebut.
" Betul ni? tak menyesal? "
Tanya lelaki itu lagi.
" Iye, buat ape saya nak mengesal kedai lain berlambak lagi air "
" Kalau macam tu ambik je la duit saya ni, saya beli dengan awak pulak "
" Tak perlu, ambik je la 'FREE' orang bagi free pon tak nak ke? "
" Tak nak, tak suka nak berhutang budi dengan orang "
Perempuan tersebut mengeluh. Penat melayan lelaki yang tak faham bahasa ni.
------
" Abang tak pernah nak berhenti minum kan?! asyik nk menyusahkan saya! lepastu malukan muka saya! "
" Boleh tak awak diam! suka hati saya la nak buat ape pon! ape hak awak ha?!"
Perempuan yang sedikit berumur itu terkilan dengan suaminya yang tak tentu arah selepas syarikat suaminya ditutup disebabkan oleh pengkhianat yang dengki dengan suaminya.
" Abang tanya saya ape hak saya? Saya isteri awak, saya ade hak nak buat ape pon!"
" Dah! pergi! aku tak nak tengok muka kau!
Isteri lelaki tersebut terlantar di atas lantai akibat di tampar olehnya sendiri dan lari masuk ke dalam bilik. Sudah puas didera oleh suaminya setiap hari. Sakit hati melihat suaminya tidak seperti dulu, seorang yang penyayang dan baik hati.
" Sampai hati abang buat macam ni dekat saya? Saya isteri awak, kenapa awak macam ni! "
Perempuan tersebut menangis mengenangkan nasib dia dan anaknya dengan seorang suami atau ayah yang tidak tentu arah sekarang.
------
" Nama awak ape? "
" Kim Taehyung "
" Ouh okey "
Suasana kembali sunyi, tiada motif untuk dibicarakan.
" Awak pulak? "
Tanya lelaki tersebut sambil menghabiskan air yang dibeli oleh perempuan itu.
" Junyeong, Lee Junyeong "
Taehyung hanya mengganguk.
" Okey, dah habis. Saya pergi dulu. Thanks sebab belanja "
" Oh, welcome "
" Ade jodoh kite jumpa lagi, bye "
Junyeong membuat muka nak muntah di sebabkan Taehyung berkata begitu.
" Euw, jodoh? erk lantak lah "
- TBH ---------
Sorry, late update. Im lazy and dont have good mood. Thanks for reading my story!❤
YOU ARE READING
[OG] 24 HOURS + KTH
Short Story❝ Pertemuan kami berdua.. Adalah bermula dengan satu tin minuman di kedai 24 jam atau dikenali sebagai kedai serbaneka ❞ " Awak ambil je lah, saya takpe " " Takpe,awak je lah ambil, awak nampak penat lagi pon panas ni " ❀ Start ::: 260518 ❀ End :::...