+2

11 1 0
                                    

+ Yeonghwa Highschool +

" Aish! lambat lagi! aku dh set alarm dekat phone semalam, asal tak berbunyi pulak! tak pasal - pasal lambat! "

Junyeong dari rumah sampai ke sekolah asyik merungut sambil berlari anak takut terlewat ke sekolah, dengan keadaan rambut yang kusut baju yang tidak digosok dengan baik memang kelihatan selekeh dari padangan semua orang.

Dia tidak hiraukan semua itu, yang penting dia tidak akan terlewat ke sekolah mahu kene panjat pagar sekolahlah jawapannya jika lewat ke sekolah.

" Fuh, nasib baik sempat! haus gile huh "

Seorang pak cik dalam lingkungan 50 tahun datang ke arah Junyeong.

" Junyeong? kenapa lewat hari ni? selalunya kamu yang paling awal datang sekolah "

Junyeong tersengih.

" Alarm phone Jun tak berbunyi, nasib tersedar "

" oh, ye la. Dah pergi masuk beberapa minit lagi nak pukul 8.00 "

Junyeong mengganguk dan senyum ke arah pakcik jaga tersebut atau lebih dikenali sebagai pegawai keselamatan.

----------

" Wey! eh? Junyeong ke ni? "

Muka hairan Nahee terserlah iaitu kawan baik Junyeong. Susah senang Junyeong dan Nahee sentiasa bersama.

" Ye la! sape lagi? "

"  Aku ingat budak baru mane tadi duduk tempat kau "

Junyeong memukul kepala Nahee dengan pencil box kepunyaanya.

" Arh! sakit lah! "  Nahee menggosok kepalanya.

" Teman aku pergi tandas kejap, aku dah macam orang gile dah ni "

Kata Junyeong kepada Nahee yang masih dalam kesakitan.

" Cepat lah! sebelum cikgu masuk! "  Jungyeong menarik tangan Nahee.

" Yela yela! "  balas Nahee sambil mengeluh. Nasiblah dapat kawan macam tu.

----------


" wey, kau dah dengar ke pasal budak baru akan masuk sekolah kita?, katanya kelas kita "

tanya Nahee sambil melihat Junyeong betulkan rambut.

" Tak, aku tak tahu pon. Asal? handsome sangat ke? "

acuh tak acuhnya Junyeong punya soalan. Memang semua lelaki handsome semua dia nak mengurat.

" ofc la, H.A.N.D.S.O.M.E "

jawab Nahee sambil mengeja perkataan "Handsome" menunjukkan ke kacakan lelaki tersebut.

" Fuh, macam handsome sangat je bunyinya kahakhakahakah! dah jom masuk kelas, nanti cikgu tanya pulak 'kemana kau pergi ku masih mencari mu~' BAHAHHAHAHA "

Nahee tersengih kaku melihat gelagat Junyeong yang entah pape.

----------

Semasa dalam keadaan bising didalam kelas. Ketibaan cikgu masuk menyebabkan mereka duduk ditempat masing - masing dan memberi penghormatan.

" Hari ini cikgu akan kenal kan kepada korang seorang pelajar baru kepada kamu, Taehyung! sila masuk "

Seorang lelaki yang begitu kacak dan kelihatan segak memasuki kelas tersebut membuatkan semua pelajar didalam kelas menyorak dan terkejut dengan lelaki yang bernama Taehyung tersebut.

" Kelas, sila senyap dan berikan perhatian. Taehyung, sila memperkenalkan diri awak "

" Terima kasih cikgu. Selamat pagi semua, nama saya Kim Taehyung pelajar pindahan dari sekolah Seolin Highschool. Sila beri tunjuk ajar dan dapat berkawan dengan kamu semua! "

Taehyung memberikan senyum dan menunduk hormat.

" Nahee, ini ke budak baru tu? aku rasa, aku kenal la dia wey! "

" kau biar betul?! takkan lah, tapi seriously dia handsome tahap gila "

" ye, aku pasti "

Cikgu yang berada di hadapan perasan akan mereka dan menegur mereka.

" Junyeong dan Nahee, ada apa - apa nak cakap ke? "

Mereka terkejut dan berlakon tiada apa - apa yang berlaku.

" Ah, tak pape cikgu hehehhe "

Jawab Nahee dengan malunya.

' Junyeong? dia sekolah dekat sini hahaha nampaknya ada jodoh '

Taehyung mengelamun ke seorang dan tersengih gembira.

" Okay, Taehyung sila duduk di sebelah Junho. Junho sila angkat tangan "

" Sini Taehyung! "

Junho memanggil dengan gembira nama Taehyung. Junho seorang yang friendly dan mempunyai ramai kawan. Dia jugak mempunyai rupa yang agak cute tapi lebih kepada lelaki yang kacak. Ramai perempuan di kelas lain meminatinya.

Taehyung segera pergi ke tempat duduknya dan sempat senyum ke arah Junyeong.

' Wth- senyum dekat aku, memang sah dia Taehyung  yang aku jumpa masa dekat kedai masa tu '

Junyeong berbicara dalam hatinya sendiri, memang dia dah syak dari mula lagi bahawa lelaki bernama Taehyung tersebut adalah orang yang sama yang dia jumpa sebelum ini.

" Berikan perhatian dan sila buka buku muka surat 45 "

maka bermulalah kelas mereka pada pagi itu.

---------

" oi, asal kau tak makan? "

tanya Nahee pelik melihat kawannya yang suka makan tetiba tidak makan apa - apa.

" Aku tengah fikir ni, aku bila fikir tak boleh makan nanti tak boleh fokus "

" lahh, apa yang kau fikir sampai makan pon tak boleh "

Junyeong kusutkan kepala dan menjawab pertanyaan Nahee.

" Aku fikir pasal lak---"

Percakapan Junyeong terhenti apabila ada satu tangan yang menghulurkan satu kotak susu untuknya.

" Nah, untuk awak. Saya belanja sebagai tanda terima kasih semalam "


To be continue

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] 24 HOURS + KTHWhere stories live. Discover now