FFY: 1

52 0 0
                                    

Laju bergerak kereta Limousine berwarna merah terang ini. Bagai peragawati, ramai yang terpaku melihat kereta itu.

Jadi inilah. Kerajaan Vendivilu yang menjadi bualan seminggu yang lepas.

Amat cantik. Sesuai dengan citarasa bakal permaisuri seperti aku.

Permaisuri? Yakin sahaja kau! Cermin tangan aku angkat separas muka. Muka aku sentuh.

Tiada kurangnya dari tadi. Cukup memuaskan. Cermin aku simpan kembali ke dalam tas tangan. Kereta berhenti tepat dihadapan sebuah istana. Ah, bukan! Sebuah rumah yang seperti istana. Terlalu merendah diri tapi aku tetap suka.

Pemandu kereta aku pandang. Dia menekan satu butang pada ruangan atas kepalanya. Terus terbuka pintu ditepi aku. Aku senyum nipis sebelum melangkah keluar.

Sebaik sahaja menapak, terus kereta itu bergerak meninggalkan aku.

Heh, kau fikir aku heran sangat dengan kereta kau?

Aku pandang pada rumput di kaki. Cantik tapi sayang dipijak. Sama seperti aku.

Terus aku melangkah. Pancuran air dihadapan yang tersergam indah aku abaikan. Ah, esok esok boleh bergambar!

Gaun mewah dibadan aku angkat sedikit bahagian kainnya. Amat besar sama seperti badan aku. Aku berjalan dengan laju melepasi ruangan taman yang megah berbunga.

Aku ditahan oleh dua pengawal bersut. Mereka datang dari belakang aku.

"Siapa kamu dan apa tujuan kamu kesini?" Tanya mereka. Opps. Sebenarnya seorang sahaja. Lagi seorang masih melepaskan lelah.

"Kamu kejar saya?" Soal aku. Yang melepaskan lelah, mengangguk mengiyakan.

"Saya yang patutnya menyoal kamu. Siapa kamu dan apa tujuan kamu!" Kata pengawal itu tapi lebih tegas.

Aku seluk tas tangan dan mengeluarkan sekeping kertas yang bergulung. Alah yang seperti utusan raja dulu dulu tu.

"Saya Puteri Wanda, anakanda Tuanku Kasturi, Tuanku Weckbirg. Tujuan kesini kerana ada pertemuan bersama Raja. Tidak percaya?" Aku hulurkan utusan itu kepada mereka. Mereka membaca seketika sebelum membawa aku ke pintu utama.

Sepasang pengawal turut berada disitu. Mereka membuka pintu seluasnya.

Ini syurga?

Walaupun istana di Weckbirg turut sama mewah, namun istana ini berganda ganda mewahnya.

Jika istana di Weckbirg kolamnya di luar. Ternyata di istana Vendivilu ini kolamnya berada di ruang tamu.

Ini mahu menyelam minum air atau sambil menyelam tengok tv?

Terkocoh kocoh seorang pembantu berlari ke arah kami. Rindu.

"Ini Puteri Wanda?" Tanya pembantu itu. Aku mengangguk kan kepala.

"Maafkan saya Puteri. Tengku Emran sudah menunggu Puteri di pejabat tingkat tiga. Sudah lama Tengku Emran menunggu. Patik takut Tengku Emran berang. Ayuh kita!"

Laju kaki kami melangkah ke lif. Ini yang paling aku lemah. Sewaktu di istana Weckbirg bilik aku ditingkat bawah jadi tiada urusan untuk aku ke tingkat atas.

Alamak. Sudahlah lif nya jenis tranparent . Ini kalau jatuh, mati tak?

Pembantu tadi mendekat kan bibirnya pada sebuah kotak kecil.

"Tengku. Puteri Wanda sudah tiba." Katanya. Bunyi besi berlaga memeranjatkan aku. Pembantu tadi menganggukkan kepalanya. Sudah gila kah?

Tiba tiba, pintu lif terbuka. Eh, sudah sampai? Serasanya seperti tidak bergerak sahaja lif tadi. Kami memasuki satu lorong yang menuju ke sebuah bilik berpintu kan corak abstrak.

Pembantu tadi menekan kekunci apabila tiba dihadapan pintu.

"Baiklah Puteri. Sampai disini saja saya temankan." Dia menunduk sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.

Ah sudah. Apa harus aku lakukan ini.

Lengan ku terasa ditarik. Ya rabbi, sejak bila pintu ni terbuka? Memang semua benda dalam istana ni di setkan silent ke?

Fall For YouWhere stories live. Discover now