part 1

6.5K 169 2
                                    

Aku membaca novel, Suami Aku Ustaz yang ditulis oleh Hannah Dhaniyah. Ceritanya menarik. Aku mengeluh. Aku ni cikgu. Kalau terjatuh cinta dengan anak pelajar sendiri kan dah kes naya. Makin berat aku mengeluh. Aku dah jenis mudah jatuh cinta ni. Pantang tengok mamat kacak, mula la nak berangan.

Aku letak ke tepi novel tersebut dan bersiap-siap mahu membeli makanan untuk makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Ala, jalan depan sana aje kedai. Aku baru aje pindah ke kawasan ni. Posting tempat yang jauh dari tempat asal aku memang memberi cabaran. Tambahan pula aku memohon untuk mengajar di kawasan pedalaman sebab aku sukakan alam sekitar tapi dapat kawasan bandar yang sangat menakutkan bagi aku.

Aku jalan dengan kadar yang agak laju sebab perasaan takut tetap ada.

"Arggghhhh!" aku terkejut. Tubuh aku bagaikan ditarik dengan tenaga yang kuat sehingga aku rasa tubuh ini tercampak ke satu sudut yang samar-samar sahaja gelapnya.

"Siapa kau?" aku takut sampai rasa mahu terkencing. Lelaki mabuk? Aku makin takut. Orang mabuk ni sama macam orang tak siuman. Tapi yang aku peliknya, tenaga dia tarik aku tadi kuat gila.

Lelaki mabuk itu mula mahu mencium aku. Aku menolak kuat tubuh lelaki mabuk itu. Bau nafas lelaki itu amat busuk. Aku hampir muntah.

Tiba-tiba lelaki mabuk itu ditarik oleh seseorang. Lelaki juga. Aku hanya mampu memperhatikan sahaja.

"Gila! Aku benci pemabuk! Aku benci! Ambik ni!" lelaki yang tidak aku kenali itu berkata. Dia menumbuk wajah lelaki itu berkali-kali sehingga lelaki mabuk itu terbaring lemah.

"Kau tak apa-apa?" perhatian lelaki itu mula dialihkan pada aku. Aku makin berdebar hebat apabila aku memandang wajahnya yang kacak. Alamak! Aku pula ke yang mabuk? Aku ni pantang nampak mamat kacak. Tambahan pula dia yang selamatkan aku. Mata aku tak berkelip pandang dia.

"Kalau kau tak okey, kita pergi klinik." Ala, dia ambil berat pasal aku. Sweetnya! Aku masih tengok dia.

Lelaki itu mula mengeluh. Perlahan-lahan dia menjentik dahi aku!

"Aduh!" aku bagaikan baru tersedar dari mimpi yang indah.

"Aku okey. Terima kasih."

"Hati-hati sikit lalu kawasan ni. Memang banyak orang mabuk. Kau nak ke mana?" ramahnya dia? Aku dah jatuh cinta la. Matilah aku macam ni sebab aku dah jatuh cinta pada lelaki yang aku tak kenal langsung.

"Aku nak beli makanan." Balasku.

"Mari aku temankan." Kata lelaki itu sambil berjalan ke arah kedai yang ada. Aku hanya ikut dan dia belanja aku makan lagi. Selalunya aku beli bungkus tapi malam ni sikap mengada-ngada aku datanglah. Kami makan bersama. Tak dapat aku bayangkan betapa indah sangat masa tu tapi aku pelik juga sebab ramai sahaja yang pandang kami berdua ni. Macamlah kami ni makhluk asing.

Sampai sahaja di rumah, aku senyum lebar. Gembira punya pasal aku mudah sahaja nak lelap.

Tit... tit...tit...

"Bunyi apa tu?" mata aku masih terpejam. Kacau betul orang nak tidur. Perlahan-lahan mata ku buka. Apa?!!!

Pukul 6.45 sudah. Habislah aku! Aku dah lambat! Hari ini hari pertama aku ke sekolah. Matilah! Aku memang sengaja beli jam yang besar supaya aku dapat lihat jam tu walaupun rabun. Dengan pantas aku mandi dan bersiap.

Tidak lupa cermin mataku. Nasib baik tak pecah semalam. Fikiran aku teringat akan lelaki yang telah menyelamatkanku

Tergesa-gesa juga aku berjalan ke arah sekolah yang sememangnya 10 minit dari tempat aku sewa rumah.

Aku sampai di sekolah dan terus aku menuju ke bilik pengetua sekolah itu. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Aku terus diberi jadual kelas dan boleh masuk mengajar pada hari tersebut. Bayangkan aku tak buat apa-apa persiapan terus masuk kelas. Wah, mantap!

Aku bergerak ke tingkatan enam UTM. Unik! Semua nama universiti kat sekolah ni. Barulah pelajar semangat nak masuk universiti.

Aku melangkah masuk ke kelas tersebut. Kelas yang mulanya bising mula diam.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera." Aku mula berkata tetapi aku terkaku ketika aku ternampak seseorang. Aku nak pengsan ni. Ada sesiapa boleh sambut aku?

Lelaki semalam? Pelajar aku? Aku bagaikan tidak boleh terima kenyataan ini. Benarkah? Aku masih bermimpi ke?

Aku dapat lihat dengan jelas namanya . Kay Muhammad Naim. Awat namanya begitu?

"Cikgu!" panggil seorang pelajar membuat aku tersedar.

"Maaf. Cikgu penganti cikgu Salmah. Akan mengajar kamu Bahasa Melayu satu. Untuk hari pertama ni. Cikgu nak berkenalan dengan semua pelajar dalam kelas ini." aku membuka buku rekod, seramai 30 orang pelajar dan Kay duduk belakang sekali. Mungkin dia akan jadi orang terakhir.

Sesi perkenalan bermula dan tinggal dua orang lagi akan sampai gilirannya. Hati aku memang berdebar habis. Tiba-tiba dia berdiri. Dalam pandangan aku dia cukup bergaya.

"Cikgu saya nak ke tandas." Katanya dan terus berlalu tanpa menanti jawapan daripada aku.

Ala, lagi dua orang nak sampai giliran dia. Dan sekarang loceng berbunyi tandanya tamatlah pembelajaran hari ini. Aku keluar dengan perasaan hampa.

pelajar itu suamiku[complete]Where stories live. Discover now