Bab 5

5.4K 104 0
                                    

Tengku Sarina dan Datin Adila baru sahaja keluar dari spa.Mereka berdua masuk ke kereta untuk ke destinasi yang seterusnya, Tengku Sarina dan Datin Adila duduk di bahagian penumpang di belakang, kereta Range Rover milik Tengku Sarina dipandu oleh Pak Matt pemandu peribadi Tengku Sarina.Datin Adila baru teringat yang cucunya di tadika belum diambil oleh sesiapa .
"erm , Ina , boleh tak kalau ambil cucu I dekat tadika ? I lupa la pulak" Pinta Datin Adila
"boleh jer"Jawab Tengku Sarina mesra
"Pak Matt singgah dekat Tadika depan simpang tu erk" Arah Tengku Sarina kepada Pak Matt
"Baiklah Tengku".
Setelah tiba tepat di depan pagar sekolah, Datin Adila turun dari perut kereta,Datin Adila masuk sahaja ke dalam Tadika dia sudah melihat cucu kembar nya, keisha dan kayla sedang menanggis di dalam pangkuan seorang gadis iaitu Nad.Datin Adila mendekati mereka, dia bimbang melihat cucu kesayangannya menanggis. Dia sudah dapat mengagak pasti cucunya mengalami masalah .
"Kenapa dengan cucu I?" Tanya Datin Adila kepada Nad
"Tadi ada budak mengusik dia" Jawab Nad
"Awak Cikgu baru ke? tak pernah nampak pun" Tanya Datin Adila lagi
"Erm tak, saya jaga budak-budak jer"
"oh babysitter ke?"
"boleh dikata juga"
Bual punya bual Keisha dan kayla pun sudah berhenti menanggis setelah dipujuk bertalu-talu.
"Nenekk"Jerit Keisha dan Kayla
"Okay jum kita balik"Ajak Datin Adila. Datin Adila memimpin tangan kedua-dua cucunya , sampai sahaja di depan pintu Datin Adila berkata "Terima kasih la pujuk cucu saya, kalau ada lagi budak mengusik dia awak bagitahu saya ye, ni kad saya. Saya tak suka cucu saya diusik. Maklumlah Nenek sayangkan cucu" Terdengar gelak ketawa dihujung ayat Datin Adila. Datin Adila dan cucunya masuk ke dalam kereta milik Tengku Sarina,sebelum masuk ke kereta Keisha sempat bertanya.
"Nenek ni kereta sapa punya?"
"Kawan nenek yang punya sayang" Jawab Datin Adila.  Tengku Sarina yang memandang ketibaan Datin Adila bersama cucunya, Tengku Sarina terus tersenyum. Datin Adila perasan dengan pandangan Tengku Sarina itu terus berkata "You bila nak dapat cucu?" Senyuman terukir dibibibir Datin Adila apabila berbicara tentang cucu.
"dalam masa 1 bulan lagi cucu I nak lahir" Jawab Tengku Sarina
"Alhamdullilah"
"Mesti cucu you nanti lawa macam you juga"Kata Datin Adila dalam kepujian, tergelak Datin Adila setelah berkata sebegitu. Tengku Sarina yang mendengar pun turut tergelak sekali.
             🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
  Jam sudah menunjukkan 12:17 tengah malam.Maya masih belum dapat tidur kerana menahan sakit perutnya,dia dapat rasakan sudah tiba masanya bayinya dilahir.Maya turun dari katil mengejutkan Iq , lalu pantas Iq terduduk dan bertanya
"Sayang nak ke mana?"
"I nak pergi toilet"
"hati-hati licin" pesan Iq dengan penuh kasih sayang. Maya hanya mengangguk. Maya menguak pintu tandas . Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu cecair yang keluar dari celah kangkangnya terus dia terduduk di atas lantai tandas. Dia menjerit sehingga dapat didengari oleh Iq. Maya berasa sangat sakit dan tanpa disedari air matanya menitis sedikit. Iq sudah cemas terus dia menuju ke tandas, di pulas tombol pintu tidak dapat dibuka,
"Sayang .... buka pintu ni? are you okay? cepat buka" Kata Iq dengan suara yang sedikit tinggi
"I can't hubby" Jerit Maya dalam kelemahan. dia sudah tersandar di dinding tandas menahan sakit. Iq cuba dan cuba untuk membuka pintu.Dilanggar dengan bahu tapi tidak dapat juga dibuka pintu tersebut, baru dia teringat yang kunci pendua pintu terletak dalam laci meja solek. Iq terus mencari kunci pendua pintu tandas, apabila sudah dijumpa terus dibuka pintu tandas. Pintu tandas sudahpun dibuka, Iq mencari gerangan isterinya, Iq mendengar tangisan dan jeritan kesakitan Maya.
"you okay ? Kita pergi hospital okay" Kata Iq ,Iq terus mengangkat Maya, sebelum Iq menuruni tangga rumahnya, Iq sempat mengambil kain batik untuk lapit seat keretanya apabila Maya duduk nanti. Iq mengangkat Maya untuk dibawakan ke hospital, Iq menuruni tangga bersama Maya dengan berhati-hati. Terus dikunci pintu rumah dan membuka pintu keretannya. Mula-mula Iq meletakkan kain batik di atas seat penumpang dan mendudukan Maya di atas seat tersebut. Iq terus masuk ke tempat yang sepatutnya berada dan memandu ke hospital dengan laju sekali.
          🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
  "You ni makin cantiklah" Puji Nizam kepada seorang perempuan yang hanya memakai baju hingga paras lutut dan menggunakan kasut tumit tinggi.
"You pun apa kurangnya?" Kata Perempuan tersebut
"apa? I tak dengar"Nizam tanya apa yang dikatKan oleh perempuan tersebut kerana tidak dengar akibat bunyi muzik di dalam kelab tersebut telalula bingit.
"You pun apa kurangnya"Ulang perempuan itu dengan nada yang lebih tinggi
"Oh you sapa nama?" Tanya Nizam
"Zaza"
"I'm Nizam" Nizam memperkenalkan dirinya.
"You ada boyfriend tak?" Tanya Nizam
"Nope"
"why? you nak jadi boyfriend I ke?" Tanya Zaza. Zaza ketawa kecil dan terus memeluk pinggang Nizam.
"You boyfriend I kan? let's make a love" Kata Zaza dengan sinis. Nizam pun menarik tangan Zaza untuk pergi ke sesuatu tempat.

Walau Yang KeduaWhere stories live. Discover now