s i x +

69 4 0
                                    

[ suga P.O.V ]

SUDAH 28 HARI berlalu.

Sudah 28 hari aku menunggu.

Sudah 28 hari aku memerhati.

Aku rasa keliru.

Kenapa aku suka kau ? Bagaimana kau boleh dapat perhatian cinta aku sekali pandang ?

Kenapa ?

Aku melihat jam tangan di pergelangan tangan aku. Jarum pendek berdetik pada nombor 12 malam.

Awal masih. Tapi lampu di rumah kau sudah tutup. Kau sudah tidur ke ?

Aku menghidupkan enjin kereta Lamborghini aku dan berpandu pergi.

Pelbagai pertanyaan muncul dalam minda aku tapi satu pun aku tak dapat terjawab.

Aku rindu.

Rindu dengan kau.

Kenapalah minda aku terdetik untuk melakukan 30days-deal ni ? Bengap betul diri aku.

Aku masih memandu pergi. Sedar-sedar sahaja, aku sudah sampai dalam rumah besar aku.

Aku keluar dari garaj dan memasuki perkarangan rumah.

" Welcome back young master. " tegur salah seorang maid aku.

Aku hanya tidak mengendahkan sapaan dia. Takpe, dorang dah biasa.

Aku hanya bergerak masuk ke dalam bilik aku.

Gambar kau terus sambut mata aku.

Cantik macam biasa.

Aku terlihat gambar kau duduk di atas sofa dalam rumah kau yang terlekat kemas di dinding bilik aku.

Aku ambil gambar baru yang aku dapat tangkap harini dan tampal dengan cermat di dinding di hadapan katil aku.

Aku peluk salah satu anak patung berlambak kau dalam bilik kau lalu baring di atas katil.

Ya, aku ada curi anak patung dia. Tapi dia tak sedar pun.

Aku hidupkan telefon aku dan buka aplikasi instagram.

Aku buka account instagram kau.

Penuh dengan dm orang yang tak dibalas lagi.

Jangan risau, aku takkan hack ig kau.

Aku cuma nak tahu keadaan semasa kau saja.

Tiba-tiba fon aku yang satu lagi berdering.

Aku terus seret ikon hijau.

" hello ? " tanya aku.

" Yoongs, how many times do I have to told you yang awak takleh ponteng sekolah ? " tiba-tiba suara eomma aku bersuara di hujung talian.

Aku simpan fon tadi dan teruskan 'perbualan' dengan eomma aku.

Tanpa sedar, 2 Jam berlalu dan akhirnya talian dimatikan.

Aku campak telefon yang eomma baru call tadi dan capai semula telefon yang penuh dengan info kau.

Kau tak pernah tak cantik.

Is this is what love at first sight means ?

Aku bergerak ke arah meja belajar aku dan keluarkan diary aku.

Selak satu mukasurat, penuh dengan muka kau. Begitu juga dengan muka surat yang lain.

Haih. Muka kau bagaikan satu puzzle yang melengkapkan hidup aku.

Terlalu sempurna untuk kau mempunyai personaliti begitu.

The way kau do everything sounds soo perfect.

Terfikirkan diri kau buatkan hati aku sakit.

Aku rindu.

Is this how love at first sight feels ?

I'm dying to get you back in my arms.

Can I rewind the time back to where we first met ?

I'm wrong to meet you like this.

Aku bersalah.

Sebab ini bukan cara perjumpaan kita berdua yang aku nakkan.

Aku nak kita berjumpa seperti cerita romeo and juliet.

Tapi tak, aku culik kau. Hanya sebab kau ada perasaan benci di mata kau.

Apa salah aku ?

Akhirnya, tanpa gosok gigi dan bersihkan diri, aku tertidur atas katil bersama anak patung kau di dalam pelukan aku.

Hati aku merintih dalam mimpi. Mengenangkan betapa kosongnya aku tanpa kau di sisi aku.

Aku... Rindukan kau..

[ H ] R U N + m.y.gWhere stories live. Discover now