p r o l o g u e +

162 16 2
                                    

[ Suga P.O.V ]

AKU TAK PERNAH percaya akan cinta pandangan pertama.

Cinta hanyalah fantasi bagi aku untuk memuaskan diri agar aku rasa dicintai tapi fakta mengenai cinta sebegitu wujud—aku tak pernah percaya, walaupun untuk seorang lelaki yang sudah berfikiran waras dalam umur 16 tahun.

Sehingga aku ternampak kau.

Aku berhenti merayau di hadapan kelas dan kau hanya berdiri di tepi tangga.

Pekeliling aku kelihatan terhenti saat hati aku terdetik perasaan yang tak dikenali—marah, keliru, suka, benci, sayang—semua datang secara serentak.

Perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan.

Aku teringat waktu aku berumur 11 tahun, waktu kegemaran yang aku suka sampai sekarang, iaitu aku suka patahkan hati pelajar perempuan.

Walau bagaimanapun, mereka tetap suka aku, terima aku, sayang aku, sanjungi aku.

Siapa je yang tak suka seorang budak lelaki dari Korea datang ke Malaysia.

A handsome one to be honest.

Aku teringat sewaktu aku mendengar suara tangisan mereka agar aku menerima mereka balik, aku suka dengar suara terdesak mereka. More... More please—dan esoknya juga mereka cuba pelbagai cara untuk aku terima mereka.

Aku suka melihat usaha mereka.

Aku suka.

Aku tak pernah percaya dengan cinta pandangan pertama.

Tapi mereka semua masih mencuba, mencuba, cuba, cuba sehingga sekarang.

Aku juga suka hari aku berumur 13 tahun—tingkatan 1 bagi Malaysia.

Nama aku sentiasa disebut, setiap laluan yang aku lalui, semua orang lalu dengan penuh cermat, setiap senyuman yang aku beri, mereka terjatuh duduk, suka.

Aku suka kesan yang aku ada terhadap mereka.

Aku suka yang kesempurnaan aku memberi kesan terhadap mereka.

Semua orang mahu berkawan dengan aku, setiap hari tak lepas aku menerima surat cinta, coklat, hadiah—kata sahaja dan semua benda sudah tersedia ada di atas meja sekolah aku.

Aku terlalu menghayati senyuman kau sehinggakan aku tak sedar yang badan aku bergerak secara sendiri ke arah diri kau.

Badan kecil kau menjadi tumpuan aku, dari sini, aku tahu yang ketinggian kau hanya mencecah dada aku.

Aku teringin nak memeluk kau, merasai badan kecil kau dalam tangan aku, dalam dakapan aku.

Mata kau bergerak secara rawak ke kiri dan ke kanan, setiap wajah yang kau pandang mata kau akan menjadi lebih bundar.

Lebih bundar bermaksud lebih comel bagi aku.

Aku teringin cium mata kau, meletakkan ciuman manja di seluruh titik muka kau.

Muka berbentuk bulat kau terlalu bulat bagi aku, kenapa kau terlalu comel ?

Ditambah lagi dengan tudung yang dilipat kemas ditepi, kyeopta.

Mata kau bertembung dengan mata aku, dan buat masa itu, aku suka.

Tapi kau hanya menunjukkan riak benci.

Di mata kau penuh dengan kebencian, aku tertanya.

Kenapa kau benci aku ?

Aku melajukan langkah aku ke arah kau.

Kau hanya berlalu pergi melintasi aku dan hilang dari pandangan aku.

Langkah yang diambil tadi aku hitung, berapa..

Perasaan yang dirasai tadi hilang, tapi otak aku menyalurkan cara.

Pelbagai cara,

Cara untuk menghampiri kau.

Dan salah satu cara itu membuat aku tersenyum sinis.

Menculik.

[ H ] R U N + m.y.gWhere stories live. Discover now