Part 1

55 4 0
                                    

Pada waktu malam yang berangin,SoHee mengambil langkah untuk mengambil angin. Dia berjalan seorang diri dengan angin malam yang menerpa ke wajahnya. Tangannya di masukkan ke dalam poket hoodienya.

Setelah setengah jam berjalan,SoHee terasa lapar jadi dia pergi ke kedai yang berdekatan.

Semasa dia hendak memasuki ke dalam kedai itu,langit mula gelap dan berangin kuat. Ini membuatkan dia berasa sangat ketakutan. Dia terus memasuki kedai itu supaya dapat balik dengan segera.

Setelah dia memasuki kedai itu,tiba-tiba semua lampu terpadam. Cuaca di luar sudah mula hujan ribut yang kuat. Orang-orang pun sudah lagi tiada. Hanya SoHee sahaja yang berada di luar banggunan. Penjaga kaunter kedai itu juga tiada. Ini membuatkan SoHee pelik dengan situasi itu.

Tanpa mengambil masa SoHee mengambil makanan ringannya dan terus memasukkan ke dalam poket.

"Sejuknya..baik ambil cepat. Boleh balik awal." Kata SoHee sambil menggosok lengannya.

"Hm..penjaga kaunter tiada. Ambil sahaja lah." Ujar SoHee lagi sambil mengerling kaunter.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu kedai terbuka dan bunyi ngauman.

SoHee terkejut dan sudah mula berasa ketakutan. Dia segera menyorok.

Kemudian dia ternampak bayang-bayang seorang lelaki di tepinya.

SoHee mahu menjerit tetapi lelaki tersebut menutup mulutnya.

SoHee terdiam. Dia sangat takut pada waktu itu. Kemudian lelaki itu perlahan-lahan melepaskan tangannya dari mulut SoHee.

"Si-siapa aw-awak?" Soal SoHee dalam nada ketakutan kerana dia ternampak taring lelaki itu.

'Tidak mungkin!! Dia Vampire?!' Ujar SoHee di dalam hatinya.

"T-tolong jangan gigit atau ap-apakan sa-saya." Ujar SoHee menggigil.

"Apa yang awak lakukan pada waktu begini?" Soal Yuta.

SoHee mahu membuka mulutnya tetapi kedengaran suara seorang lagi lelaki.

"Yuta! Awak sudah siap?" Soal lelaki itu. SoHee tidak tahu dari mana datangnya tetapi yang penting sekarang adalah dia nyawanya.

Terlihat bayang-bayang lelaki itu juga menghampiri SoHee dan Yuta.

Yuta memandang anak mata SoHee dalam.

"Buka sebelah lengan baju awak." Ujar Yuta.

"Ap-apa?" Soal SoHee hairan.

"Cepat buka kalau awak nak selamat." Jawabnya.

SoHee akur kerana yang penting sekarang adalah nyawanya.

Kemudian lelaki itu mengeluar satu armlet dari poket seluarnya. Dia kemudian mengambil lengan SoHee dan memakaikannya.

"Ap-apa yang awak lakukan? Adakah awak cuba untuk menyelamatkan saya?" Soal SoHee hairan.

Kedengaran bunyi tapak kasut semakin dekat.

"Yuta adakah awak menyembunyikan sesuatu dari saya? Saya bau darah dari arah sini." Ujar seorang lelaki yang agak dingin.

"Tidak.." Bisik SoHee perlahan.

Pada waktu itu juga armlet itu terus berkuatkuasa.

"Jom mak-siapa tu?" Soal lelaki yang baru sahaja tiba tadi.

"Ohh..dia hilang. Dia juga tercedera. Kita mesti bawa dia balik. Dia sudah berada sangat lama disini." Ujar Yuta.

"Baiklah,jumpa manusia? Saya bau sesuatu." Soal lelaki itu.

"Malangnya tidak. Apa yang awak bau ialah makanan manusia di almari-almari." Jawab Yuta.

"Ew..saya benci makanan bertin. Baiklah mari bawa dia balik."

----------------------------------------------

"Cepat masuk. Kita perlu bercakap. Ada sesiapa ke di rumah?"

"Belum lagi. Apa yang awak buat kali ini? Siapa di atas katil ini?"

"Saya jumpa dia di dalam kedai di sisi manusia dan saya tidak mahu sesiapa mengambil dia jadi.."

"Dia? Kenapa awak masih mencuba untuk menyelamatkan manusia tertentu?"

"Ohh,dia sudah bangun."

SoHee terbaring di atas katil dengan dua orang lelaki di kedua-dua sisinya.

"Ap-apa yang sudah berlaku? Adakah saya di rumah?" Soal SoHee.

"Sekarang awak sudah buat masalah. Bagaimana dia hendak kembali kepada sisi manusia?" Soal seorang lelaki kepada Yuta.

"Saya masih tidak tahu lagi. Tetapi jangan beritahu yang lain. Walaupun Jaehyun." Jawab Yuta.

"Baiklah. Mari lihat sampai bila boleh bertahan dan awak akan terus membuat alasan." Ujar lelaki itu.

"Armlet itu sangat mengagumkan. Awak telah buat dia betul-betul seperti vampire lelaki. Saya tidak boleh kesan langsung darahnya." Sambung lelaki itu.

"Apa?!" Jerit SoHee dengan mata yang membulat.

Vampire yang tidak dikenali SoHee itu terus menatap dan tersenyum, memegang tangannya.

"Saya minta maaf atas masalah kawan saya. Kemungkinan awak akan duduk di sini untuk sementara. Saya Johnny. Ini Yuta."

SoHee menggunakan tangan Johnny untuk mengangkatnya,dia sudah memperhatikan kulit yang pelbagai di kedua-dua belah tangannya. Kemudian dia menjumpai cermin di sisinya.

Johnny betul. SoHee ialah lelaki sekarang. Dengan mata putih bersinar dan taring yang tajam.

I'm a boy?

💕aerimizens_work

Cloak & Dagger •NCT 127•Where stories live. Discover now