KAD KREDIT AKU MANA GAIS?! (NCT DREAM)

847 87 10
                                    

(All Online)

Donghyuckie: Ayo dream!!!

MarkLee: WEI!!!

JisungPwark: Adab kat mana?

JisungPwark: Wei wei! Wei apa?! Lee Chong Wei?!

Huangrenjun: Apa Lee Chong wei ni? Tu idola aku la!

MarkLee: Korang mengaku cepat!!!

Donghyuckie: Mengaku apa ni?

Marklee: Mengaku la cepat!!!

Huangrenjun: Gila ke apa si Mark ni...

Leejenono: Hey bradah.. bising apa ni?

Donghyuckie: Entah dekat dia. Aku tanya mengaku apa tak cakap pun🌝

MarkLee: Mengaku la wei!😭

Nanajaemin: Ayok! Sapa bagi Markeu ni nangis?!

Zhongchenle: Rapuhnya hati mu Mark hyung😌

Marklee: KAD KREDIT AKU MANA GAIS!!!😭

JisungPwark: Ouh itu...

Leejenono: Itu....

Nanajaemin: Tuuuu

Marklee: Apa tu itu tu?!!!! Cakap la manoi!!!

JisungPwark: Aduh nak sembelit la pulak.. Adududu

(JisungPwark Offline)

Nanajaemin: Tak guna la budak tu 😑

Leejenono: Kad kredit kau ada.. cuma

Marklee: Cuma apa!!😭 Dahla aku tengah pokai ni. Nak balik Kanada lagi! Aduh makkk😭

Nanajaemin: Rindu mak kau eh?

Zhongchenle: Erm hyung😐

Leejenono: Kad kredit kau tu tadi Haechan yang ambil..

Donghyuckie: Oi Jeno!!

MarkLee: Ehh bongok la! Asal tak bagitau aku 😭 Aku dahla tak bayar hutang Taeyong lagi. Jaehyun pun sama!

Huangrenjun: Sorry Mark! Tadi aku ingat nak guna sikit je. Lepastu Jisung hasut aku dengan Haechan. Jadi kami guna kad kredit kau sampai dah habis limit😐

MarkLee: WHAT?!

Donghyuckie: Maaf kan aku!

Marklee: Korang bayar balik!!!

MarkLee: Tak guna la!!!

MarkLee: Botak kepala aku! Botak!!

Leejenono: Chenle kau pergi jap bilik Mark tengok botak tak kepala dia.

Zhongchenle: Taknak aku. Dahla dia tengah stress kang Chenle dijadinya sardin.

Nanajaemin: Nasib baik iman aku kuat tadi puh puh

Donghyuckie: Iman kuat la konon!

Marklee: Aku. Nak. Korang. Bayar. Balik. Tidak. Aku. Report. Dekat. Taeyong!

Leejenono: Renjun bagilah balik kad kredit dia! Jangan dok perap dalam dompet lama-lama.

Huangrenjun: Aku tiada secebis keberanian weiyh 😶

Marklee: Ni kali terakhir korang ambil kad kredit aku! Lepasni kalau korang ambil lagi! Siap korang!

Marklee: Tak boleh la aku balik Kanada😭

(MarkLee Offline)

Zhongchenle: Hyung semua dah kecewakan Mark hyung.

Zhongchenle: Chenle kecewa dengan hyung semua!

Donghyuckie: Extra je banyak kau ni Chenle!

Nanajaemin: Dah tak payah gaduh. Better kau cari jalan nak bayar balik duit Mark.

Huangrenjun: Tapi gaji yang akan menyusul aku nak guna untuk beli patung Moomin 😶

Leejenono: Takbaik weiyh, berhutang dengan orang tak cepat-cepat langsaikan hutang. Kesian Mark, kalau Taeyong nampak dia menangis tepi tandas. Alamatnya mendiang kau esok lusa.

Nanajaemin: Mendiang ? Puhhhh😂

Donghyuckie: Kau boleh la gelak! Kitaorang dah kecut ni!

Huangrenjun: Ni semua salah Jisung!

Huangrenjun: Mana budak kaki perosak tu pergi?!

Leejenono: Dia tengah 'melepas'

Zhongchenle: Siapa suruh Hyung terhasut dengan si Seton tu.

Huangrenjun: Takguna, kita dekat sini dah cuak, menyempat pulak dia melepas.

Donghyuckie: Oi Injun! Apa kita pergi kurung dia? Biar dia tidur bersama najis-najis seperti akhlaknya..

Nanajaemin: Kau jangan wei! Hilang anak Ten, bising dia satu dorm!

Donghyuckie: Aku cakap Kurung! Bukannya culik. Bukak akal luas sikit Nana.

Huangrenjun: Aku taknak kurung! Aku nak bakar!

Leejenono: Nak bakar sekalipun,sila bawak jauh-jauh. Aku taknak dengan aku sekali jadi abu.

Zhongchenle: Hyung nak Chenle ss chat hyung semua ke? Lepastu send dekat Kun ge..

Donghyuckie: Kalau kau nak senasib dengan Jisung buat la Chenlah.

Zhongchenle: Ocey.

(Zhongchenle Offline)

Nanajaemin: Pergilah cepat! Nanti dia dah habis berak, nak kurung tak boleh.

Leejenono: Dan aku nak cakap awal-awal.. AKU LANGSUNG TAK TERLIBAT DENGAN KEGIATAN HARAM KORANG! SALAM SAYANG, LEE JENO HANDSOME, KACAK, MACHO DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Donghyuckie: Extra je lebih😑

(All Offline)

Akhirnya, Jisung dikurung didalam jamban. Manakala, Renjun disoalsiasat oleh Taeyong kerana Mark menangis dibawah dapur gas sehingga menyebabkan ahli dapur tidak dapat memasak dengan tenang. Dan ahli NCT yang lain terpaksa menahan lapar.

THANKS FOR VOMMENTS GUYS❤🍉


ɴᴄᴛ ᴄʜᴀᴛʀᴏᴏᴍWhere stories live. Discover now