KUALA LUMPUR - 26.Ogos Penulis buku, Tamar Jalis yang popular dengan karya genre seram Siri Bercakap Dengan Jin meninggal dunia di Kota Damansara, hari ini.
Jenazah Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd Radzi Mahmud, 78, yang meninggal dunia pada jam 9.30 pagi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.
Allahyarham dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Beruas, Perak dan pernah mendapat pendidikan di Sekolah Teknik Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan.
Selama 30 tahun Allahyarham menyembunyikan identitinya dengan hanya memakai nama samaran 'Tamar Jalis' daripada pengetahuan umum.
Buku 'Siri Bercakap Dengan Jin' adalah hasil tulisannya yang pernah menjadi fenomena sekitar era 80-an.
Menerusi siri tersebut, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Mat Piah berusia 50-an dan beliau sebagai watak cucu berusia belasan tahun.
Sebanyak 284 siri Bercakap Dengan Jin disiarkan dalam sebuah majalah selama 23 tahun enam bulan iaitu sejak April 1981 hingga Januari 2005.
Penerbitan tersebut dianggap sebagai satu rekod dan pencapaian yang luar biasa tentang kisah yang ditulis secara bersiri dalam majalah di negara ini.
YOU ARE READING
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 7 ) (COMPLETE)
HorrorSebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupu...