SALAM.

22 3 3
                                    

Salam perkenalan,
Selamat berkenalan,
Tangan kuhulurkan,
Tanda persahabatan,
Tercipta jalinan,
Bermula dari kawan,
Berakhir dengan perasaan,
Ini bukan dongeng,
Ini juga bukan mitos,
Berkali kali aku katakan,
Aku sayang,
Berkali kali aku luahkan,
Aku cinta,
Maaf,
Aku tersilap langkah,
Tiada niat untuk menyimpan perasaan,
Maaf,
Aku khilaf,
Kekhilafan diriku ini,
Akhirnya memakan diri sendiri,
Maafkan aku kerana tidak dapat mengawal,
Mengawal perasaan merupakan suatu hal yang sukar bagiku,
Terkadang aku menyesal,
Menyesal mempunyai perasaan,
Dari kawan,
Kini mulai renggang,
Kau membuat keputusan,
Bahawa kita tidak sepadan,
Kau tinggalkan aku tergapai gapai,
Membuatku tertanya,
Salahkah mencintai seorang insan,
Salahkah aku,
Jika mahu dicintai oleh seorang insan,
Ya,
Aku tahu,
Jika aku meletakkan pengharapan pada seorang manusia,
Hasilnya,
Aku akan kecewa,
Kerana manusia lemah,
Ya,
Aku juga lemah,
Kau melemahkan aku,
Andai kata,
Ini adalah perbualan terakhir kita,
Ingin ku susun sepuluh jari,
Meminta maaf,
Atas kesalahan diri,
Akan ku panggil kau kemari,
Bisik di telinga kiri,
Aku masih menanti!
Sebentar,
Nukilan belum berakhir,
Usai aku bisik di telinga kiri,
Akan aku melarikan diri,
Lari ke kamar,
Berbaring di atas tilam,
Mata ku pejam,
Tangan ku gegam,
Ku ucapkan salam!
Salam cinta,
Salam sayang,
Salam rindu,
Salam sendu!

TawarWhere stories live. Discover now