♡♡1

145 16 0
                                    

Hujung renyai-renyai menemani perjalanan member BTS yang ingin menuju ke Autumn Cafe. Mereka yang baru saja selesai mengadakan fansign di sebuah sekolah tinggi terus mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Autumn Cafe.

Pintu kaca ditolak perlahan oleh Seokjin, dan mereka bertujuh terus melangkah masuk ke dalam. Meja yang terletak di satu sudut menjadi pilihan. Setelah semua member pergi ke sana, Namjoon tanpa berlengah pergi ke arah kaunter untuk memesan minuman dan dessert untuk membernya.

"Eunha,, macam biasa ya." pesan Namjoon sambil tersengih . Eunha senyum sambil menganggukkan kepalanya. Setelah itu, Namjoon terus berlalu dan pergi ke rakannya.

"Jisoo.." panggil Eunha. Jisoo yang baru saja selesai mengambil pesanan itu terus pergi mendekati Eunha. Sebelah kening diangkat untuk bertanya.

"Suruh Momo siapkan pesanan member BTS. Macam biasa juga pesanan diorang!" arah Eunha direct.

"Oh okay!" selepas itu, Jisoo berlalu untuk ke dapur .

Di dapur,

Momo sibuk menyiapkan beberapa pesanan dari pelanggan dan langsung tidak menyedari akan kehadiran Jisoo. Jisoo mendekati Momo lalu mencuit bahu Momo.

"Oh jisoo mukamu macam babi terencat!" latah Momo tanpa sedar. Momo pantas menekup mulut. Jisoo pula membulatkan mata. Sebentar lagi gunung berapi bakal meletus.

"Kauuuu!!!" marah Jisoo

Momo tersengih. Tangan diangkat separas bahu. "Mianhae. Tak sengaja. Lagipun itu salah kau kan ?" selamba Momo menjawab

Jisoo mencebik. Dia sedar itu salahnya. Kemudian, nota kecil ditangannya itu dihulurkan kepada Momo. Momo mendapatkannya lalu ditilik isi kandungannya.

" 7 Latte and brownies?" soalnya kepada Jisoo. Jisoo mengangguk.
"As usually, BTS!" Sambung Jisoo

Sedari tadi, Jungkook membuang pandang ke arah pintu dapur. Dan perbuatannya itu menimbulkan syak wasangka kepada membernya.

"Wae kook ?" soal Jimin

"Er..er.. Eobseo!" gagap Jungkook. Dia kembali memandang skrin smartphone nya.

"Yaka tu ?" selidik Taehyung penuh musykil

"Alaaa jangan tanyalah. Dah sah-sah lah dia tengah cari Momo tu." Suga memberi jawapan tanpa memandang membernya. Dia sibuk bermain game di telefonnya.

Jungkook menggigit bibir. 'Ketahuan sudah!' keluhnya dalam hati

Taehyung dan Jimin mengukir senyum nipis.

Sementara itu,

Setelah selesai, Momo memanggil Eunha dari dapur. Eunha menoleh.

"Jisoo mana? Pesanan BTS dah siap?" soal Momo

Eunha meliarkan ekor matanya di seluruh ruang di cafe itu untuk mencari kelibat Jisoo. Matanya menangkap susuk tubuh Jisoo yang sedang mengelap meja, pantas pandangan dikalihkan semula ke arah Momo.

"Jisoo busy. Kau lah yang hantar. " ucap Eunha lalu kembali melayan pelanggan yang ingin melakukan pembayaran.

Momo mengeluh kecil. "Haih. Malasnya mau keluar! " luahnya sambil menatang dulang minuman dan dessert yang dipesan oleh BTS. Dia keluar dari dapur lalu mencari kelibat member BTS. Dari jauh susuk tubuh kelibat 7 namja itu menerpa bola matanya. Dengan pantas Momo menuju ke sana.

"Pesanan...."

Tbc

DON'T GO +JJK+Where stories live. Discover now