Rose itu Milik Aku

20 1 0
                                    

" Please wake sweetheart.I love you, Rose," Rayu suara itu lagi. Telinga yang mendengar hanya mampu menahan rasa. Hati bagai dicarik-carik setiap kali mulut itu dibuka tapi apakan daya otaknya tidak sehaluan dengan kehendak hatinya. Siapa gerangan yang sering memanggilnya itu?

Tubuh aku masih kaku tidak bergerak. Segala anggota tubuh tidak berasa seoalah-olah lumpuh. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia berkeadaan begini. Tapi dia ingin sekali melihat gerangan yang menyerunya itu.

2 Bulan kemudian...

Bagai lipas kudung dia berlari berkejar sana sini untuk bersiap ke kampus. Sudah seminggu dia menyesuaikan diri dengan aktiviti harian itu. Dia sendiri tidak percaya dia sudah bergelar mahasiswa di Universiti Sains Malaysia. Namun tiada langsung memori tentang aku yang membawa identiti seorang pelajar sebelum ini. Selama setahun dia terlantar di hospital. Doktor mengesahkan aku menghidap amnesia. Wajah pertama yang dia kenali hanyalah papa. Papa cakap dia koma selama setahun dan setahun jugaklah pengajian dia tertangguh. Umur aku masih 21 tahun. Kata papa lagi dulu aku pernah belajar sekejap di luar negara tetapi selepas kemalangan di Malaysia papa putuskan untuk aku sambung di dalam Malaysia. Tapi aku masih tertanya tentang siapakah gerangan yang pernah melawat aku di hospital? adakah dia realiti atau mimpi maya aku je? Namun hatinya masih yakin bahawa lelaki itu wujud di alam nyata kalau tidak masakan dia boleh teringat dan mimpikan lelaki itu. Pasti dia orang yang aku kenal tapi dalam otak ingatannya wajah lelaki itu masih samar. Langsung tiada figura yang jelas.

Kunci kereta diambil tergesa-gesa aku mengejar masa. Sarapan yang terhidang pun tidak sempat menjamah hanya secawan milo menjadi santapan pada pagi itu.
" Pa Rose pergi dulu ya." Segera tangan tua itu dicapai tanpa menunggu balasan papa terlebih dahulu.

" Pergi elok-elok Rose." Pesan papa dari dalam rumah aku yang mendengar hanya menyahut. Setelah memboloskan diri kedalam kereta segera aku memandu kereta Honda HRV itu. Pandu pun kena hati-hati nanti tak pasal-pasal koma lagi aku. Nauzubillah.

Aku memakirkan kereta aku di tempat parking student. Kaki laju melangkah menuju ke kafe dimana Sarah kawan paling rapat aku di kampus ini berada. Sebaik sahaja nampak kelibatnya tanganku terus melambai-lambai kearahnya. Sarah turut melakukan perkara yang sama.

" Rose asal kau lambat sangat nih? dah kematu bontot aku tunggu kau tau!" Cebik Sarah sebaik sahaja punggung aku dilabuhkan bertentangan dengannya. Ewah! kau Rose tadi cakap dekat papa lambat la, tak sempat la, ni lepak kafe sempat pula. Aku memandang jam masih ada lima belas minit sebelum kelas pagi aku ini bermula.

"Alaa..sorry la aku 'ter'bangun lambat la, semalam punya hero buat aku tak boleh move on la." Kataku seraya mengambil cappuccinno latte milik Sarah.

" Kau ingat aku kenal kau sehari dua ke? dari kecil tau tak? minat kau memang tak berubah langsungkan walaupun kau dah hilang ingatan." Cebik Sarah. Ya. Sarah kawan aku paling rapat sebab apa? sebab dia orang yang selalu jenguk aku di hospital. Papa juga pernah bercerita aku berkawan baik dengan Sarah dari darjah enam lagi tapi disebabkan aku mendapat peluang untuk belajar ke luar negara kami dah jarang berhubung kecuali pada cuti semester. Aku sambung di USM pun kerana kehadiran Sarah.

" Aku suka sangat dengan Kaito dia memang magician yang genius, handsome pula tu." Aku berkata sambil terkenangkan watak Kaito dalam Kaitod Kid yang merupakan sepupu Shinichi Kudo itu. Sarah sudah menjuling mata ke atas. Sudah nak tertanggal koklea dalam telinganya mendengar watak animasi si Rose ni. Itulah kalau dah jadi otaku ni memang hidup penuh dengan kartun kacak lukisan Jepun itu sajalah. Memang dia tidak menafikan kadang-kadang anime itu agak menarik minatnya. Yalah..kalau dah semua kes jenayah itu 50% ada kes jenayah benar yang terdapat di Jepun. Tambah pula kes itu semua tidak diselesaikan dengan selengkapnya tapi pengarah animasi itu sangat bijak memikirkan deduksi sendiri untuk menyelesaikan kes tersebut dan deduksinya semua boleh diterima logik fikiran.

Rose itu Milik AkuWhere stories live. Discover now