Menghargai Nikmat

14 1 0
                                    

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

Cara menghargai nikmatnya ialah dengan memanfaatkannya ke arah kebaikan dan tidak menggunakannya ke jalan maksiat dan tidak melakukan pembaziran terhadap nikmat pemberian Allah.

Tidak berasa bangga diri, angkuh dan sombong dengan nikmat yang diperoleh. Menceritakan nikmat yang dimiliki bersama-sama orang lain melalui sedekah kepada fakir miskin.

Sentiasa mengingati bahawa Allah adalah pemberi nikmat yang mutlak dan Dia berhak pada saatnya masa untuk menggandakan atau menarik balik dari pada kita.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda:

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hamba-Nya, maka Allah suka agar kenikmatan-Nya itu tampak pada diri (hamba)-Nya.” - Riwayat Tabrani.

Kebaikan bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT ialah diri akan sentiasa berasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki.

Dapat memberi ketenangan hati. Sentiasa menggunakan nikmat tersebut dengan sebaiknya.

Pada setiap masa berterima kasih kepada Allah yang memberikan nikmat termasuk berdoa agar ia diberkati, berlipat ganda, dan berkekalan.

Wallahu'alam Bhisowwab ...

*Semoga Bermanfaat*

Santun Muslimah Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang