Bab 2

370 5 0
                                    

Al meraba poketnya. Kunci keretanya tiada. Dia berhenti sejenak dihadapan kereta. Otak Al ligat berfikir. "Mungkin dalam bilik Usop." Gumamnya. Kaki jinjang itu laju melangkah kebilik bosnya. Dia kena cepat, dia harus selesaikan misi terakhirnya dan dia mahu kembali hidup normal.

"Al, Usop ada customer." Halang bodyguard dihadapan pintu Usop. Sibuk membalut rokok daun yang diisi dengan daun ganja. Asap disemburkan ketepi. Tangannya menghulurkan rokok tersebut pada Al. Al menolak. Seumur hidup dia, dia hanya merokok. Itupun selepas terjebak dengan kumpulan ini. Al duduk disofa yang dikhaskan. Al diam. Usop memang tidak suka jika dia sedang berurusan, tiba tiba diganggu. Tapi Al harus cepat, sebentar lagi Iqram akan keluar dari pejabat untuk makan tengahari. Iqram perlu mati hari ini juga.

Al bangun, dipakai kembali topeng muka hitam separuh untuk menutup mulutnya. Pantas sahaja tombol pintu Usop dikuak. Usop memandangnya, tersenyum.

"Untung saja kau datang Al. Cari kunci kereta ke? Ni customer kau yang terakhir." Usop bersuara perlahan.

Figura pelanggan Usop dipandang sekilas. Dengan memakai tudung kuning, serta baju blouse panjang dan longgar putih. "Pakai cara Islam, tapi datang sini untuk bunuh orang. Orang macam kau memang keji." Bisik hati Al. Geram dengan segelintir manusia yang munafik seperti itu.

"Bukan ke aku tak patot ambil tahu pasal semua ni." Al menuju ke meja Usop lantas mengambil kunci kereta miliknya. Pelanggan tadi ada disebelahnya. Kepalanya didongakkan. Al melihat wajah tersebut. Tiba tiba muka Al berubah riak.

"Takpe, disebabkan kau orang yang aku percaya. Kau boleh tahu dia siapa. Lagipun dia bakal isteri aku."

Al segera memandang Usop. Cepat cepat disembunyikan wajah terkejut tadi.

"Oh! Baguslah kau nak kahwin Usop. Taniah." Al berkata.

"Aku chow dulu." Sambung Al.

********

"Takpe ke you kenalkan I dekat dia?" Maria yang tadi duduk terus kebelakang Usop. Memicit manja bahu si Usop. Segera dilemparkan tudungnya ketepi.

"Hmm. I percaya kat anak buah I. Lagipun Al tak pernah kisah siapa yang dia bunuh. Yang penting dia dapat duit." Kata Usop sambil tergelak besar. Tangan Maria laju membuka satu persatu butang kemeja Usop.

*******

Al mengetap bibir. Dia masuk kedalam kereta Axia milik Usop. Kenderaan itulah yang sering digunakan untuk mengintip mangsa mangsanya. Dipandu kereta tanpa arah tuju. Akhirnya dia sampai di tasik yang selalu dia tuju. Al keluar dari perut kereta. Terus menuju ke bangku berhadapan tasik. Dia mengeluarkan kotak Winston dari poketnya. Dibakar hujung rokok tersebut lalu disedut dalam. Diabaikan anak mata yang memandang hina kepadanya. Lebih baik nakal dari munafik. Itulah pendiriannya.

*********

"Tolong jangan bunuh mak aku! Kalau kau nak, boleh ambil aku. Jangan apa apakan mak aku." Jerit Al kepada lelaki bengis yang sedang mencekak leher ibunya. Lelaki itu memandang sinis ke arah Al. Dia melepaskan leher Puan Saleha. Terjelupok lemah Puan Saleha, segara mencari nafas.

Lelaki itu menuju ke arah Aliesha.

"Baik. Aku nak kau kerja dengan aku."

Al diam. Merenung lantai. Lama lama dia mengangguk.

"Aliesha! Apa kamu buat nak?" Puan Saleha mengalirkan air mata.

Al segera mendapatkan ibunya lantas memeluk sekujur tubuh itu.

"Ni saja ibu cara kita boleh lepas dari hutang ayah. Maafkan Al ibu."

Al mengetap bibir, geram dengan apa yang ayahnya lakukan. Ayahnya meminjam duit dari Usop dan melarikan meninggalkan dia serta ibunya. Sejak itu, hati Al tertutup dengan mereka yang bernama lelaki. Dalam usia 18 tahun, Al nekad untuk melepaskan dirinya dan Puan Saleha dari cengkaman Usop.

Dulu Usop hanyalah peminjam tidak berlesen. Sampailah dia melebarkan syarikatnya dan mengambil upah untuk membunuh orang. Dan mangsa yang harus melakukannya adalah Aliesha, gadis yang saat itu berumur 20 tahun. Usop sangat bijak melarikan diri apabila kegiatannya dihidu pihak berkuasa, kerana itu sampai saat ini, nama Usop gah disisi gelap.

********

Iqram melangkah perlahan kearah tasik buatan manusia itu. Tiba tiba bahunya melanggar seseorang. Dia menoleh kearah gadis yang berlalu pergi tanpa mempedulikannya.

"Sorry." Kata Iqram.

Gadis itu hanya mengangkat tangan sebelah kanan dan berlalu pergi.

"Sombongnya." Monolog Iqram seorang diri.

Dia mengambil tempat duduk dihadapan tasik. Dalam dua tiga hari ini, dia rasa tidak sedap hati. Kemana sahaja dia pergi, seperti diperatikan. Vape dipoket seluarnya disedut perlahan.

"Apa sebenarnya yang terjadi Ya Allah?"

Cinta Si Gadis PembunuhWhere stories live. Discover now