Tok! Tok! Pintu bilik diketuk perlahan."Boleh ummi masuk?"kata Puan Zainon yang membahasakan dirinya sebagai ummi kepada anak anak yatim di rumah itu.Pintu bilik dibuka dengan perlahan dan terlihat air mata yang sangat susah untuk mengalir tertitis di atas satu frame yang mempunyai gambar Qaira dan ibu bapanya😭.
Dengan perlahan Puan Zainon duduk di sebelah Qaira...
"Qaira,dalam hidup ini kita hanya boleh meracang tetapi hanya Allah yang boleh menentukannya"ucapan itu dilontarkan sambil memeluk erat sebelah bahu Qaira."Kita kena sentiasa redha dengan apa yang telah ditentukan kerana semua ini pasti ada hikmahnya"sambung Puan Zainon lagi.
Air mata Qaira mengalir dengan lebih deras lagi.Tiba tiba daripada posisi menunduk dan menangis Qaira mengangkat kepalanya dan memandang tepat pada Puan Zainon dan memeluknya dengan erat sekali.
"Terima kasih,ummi.Saya harap ummi akan sentiasa bersama dengan saya dikala susah dan senang😍"ucap Qaira dengan suara yang agak serak.
Lantas Puan Zaiton tersenyum dan mengatakan "insyaallah Qaira❤".
Tok! Tok! Pintu bilik diketuk dan dengan perlahan dibuka.Rupanya ia rakan sebilik Qaira,Nisa.Nisa juga seorang yang masuk air seperti Qaira sebab itu mereka boleh berkawan😅.
Tersenyum lebar Qaira apabila melihat senyuman kawan sehidup semati dia tu😀.
"Assalamualaikum ummi😊"Nisa memberi salam kepada Puan Zainon sambil menyalamnya dengan penuh hormat.Walaupun perangai
mereka gila tetapi mereka tidak pernah kurang ajar kepada orang yang lebih tua daripada mereka😉."Waalaikumussalam Nisa😊"lantas salam yang diberi disahut."Ummi pergi dulu lah ye,haa Qaira jangan sedih sedih esok dah nak masuk sekolah baru😉"kata ummi."Nisa, kamu tolong Qaira kemas apa yang patut"sambungnya lagi..
"Baiklah ummi"jawab mereka berdua.
YOU ARE READING
My Crazy Girl Forevah 💙
RomanceNur Qaira Delisha seorang budak perempuan yang nakal dan berperangai gila.Dia telah kehilangan kedua ibu bapanya di dalam kemalangan jalan raya ketika dia berumur 2 tahun.Kemudian,dia dijaga oleh pakciknya sehingga dia berumur 17 tahun.Selepas pakci...