Pertemuan yang tak diduga🤔

40 5 7
                                    

Tepat pada pukul 7:30 Qaira  melangkah masuk ke sekolah yang agak besar itu.Dia ditemani oleh Nisa sepanjang perjalanan ke sekolah itu.

Tiba tiba....

Nazif! Nazif! Nazif! Mereka terlihat sekumpulan pelajar perempuan sedang mengejar seorang pengawas lelaki sambil memekikkan namanya😑

"Kenapa diorang kejar lelaki tu? Dia ada buat salah ke?"tanya Qaira kepada Nisa.

"Taklah..Itu fans lelaki tu..Hampir setiap hari dia dikejar."jawab Nisa.

Mendengarkan jawapan itu,Qaira hanya menggelengkan kepala dan berharap dia tidak berada di kelas yang sama dengan Nazif kerana baginya lelaki yang begitu hanyalah sekadar acah😵.

Kringgggggg!
Loceng menandakan waktu persekolah dah bermula..

Semua orang berpusu pusu masuk ke kelas.Qaira juga turut masuk ke kelas yang telah ditunjukkan oleh Nisa..

Masuk sahaja Qaira di dalam kelas itu,semua tempat sudah dipenuhi kecuali tempat di belakang sekali.

Sewaktu Qaira berjalan ke meja di belakang,dia terpandang wajah yang agak dikenali..Apabila diingat semula rupa rupanya orang itu ialah Nazif!Qaira hanya mengeluh panjang kerana sekelas dengannya.

Ketika kelas itu riuh rendah,tiba tiba cikgu Mizah masuk.Semua pelajar berdiri dan memberi salam.

Cikgu Mizah meminta kami untuk duduk dan memulakan bicaranya."Hari ini saya nak kamu semua berpasangan lelaki dan perempuan"katanya.

Terkejut beruk Nazif dibuatnya😱

Semua orang telah diberi pasangan,dan yang paling malang lagi buat Qaira ialah dia diberi pasangan bersama Nazif😒.Mereka diminta untuk menyelesaikan masalah matematik➖➗➕.

Semua orang memilih tempat masing masing.Manakala,Qaira masih di tempatnya.

Nazif dengan beraninya mengambil kerusi dan duduk di hadapan Qaira.

"Aku Nazif,kau?"Nazif mulakan perbualan dan menghulurkan tangan tanda salam."Aku Qaira"jawab Qaira dan menyalamnya tanpa segan.Selepas itu,mereka pun memulakan kerja.

Setelah masa yang diberi tamat,semua kembali ke tempat masing masing.Kemudian,Cikgu Mizah mengatakan pasangan yang mempunyai jawapan terbanyak yang betul ialah Nazif dan Qaira.

Ternganga semua pelajar termasuk Qaira😲.Nazif hanya memandang Qaira dengan senyuman yang manis melihat gelagatnya.

Tiba tiba sahaja hati Nazif seperti cair meleleh😏.Tak pernah pernah jatuh hati kat fans dia tu,ni tiba tiba melting pulak🤔."Dia tu comel lahhhh😍"jerit hati Nazif😂.

Kringgggggg!
Loceng menandakan waktu rehat.

Qaira segera memasukkan buku di bawah meja dan menyanyi keriangan.Tanpa dia perasan,Nazif hanya melihat gelagatnya yang gila itu😽.

My Crazy Girl Forevah 💙Where stories live. Discover now