Part 3

168 8 0
                                    

"Okey terima kasih, nanti saya datang"

Pap!

Taehyung menutup talian. Lalu dia meletakkan hpnya di dalam poket seluar nya. Langkah nya masuk ke dalam balai polis. Ya, hari ini dia akan jamin Jimin untuk keluar. Dia tak sanggup tengok kawan baiknya menderita.

"Awak betul nak jamin dia? " tanya seorang polis yang bernama Eunkwang.

"Ya. Lagipun tiada bukti yang kukuh kan, rakaman cctv tu hanya menampakkan Jimin berpakaian sama dan sama waktu dengan kedatangan Jimin ke sana" Ujar Taehyung dingin. Tangan nya di silang dan bersandar ke kerusi tetamu. Sesungguhnya dia tak suka kalau menuduhkan orang tanpa bukti kukuh.

Eunkwang mengeluh perlahan.

"Baiklah" lalu di tekan nya telefon pejabat dan di sambungkan ke rangkaian pihak polis di luar.

"Bebaskan Park Jimin. Seseorang telah menjamin nya. "

Tap.

Wajahnya memandang Taehyung.

............

Park Jimin dan Kim Taehyung melangkah keluar dari balai. Pakaian Jimin adalah pakaian waktu dia diseret ke balai polis. Jimin menghentikan langkah nya dan mengeluh. Taehyung turut berhenti.

"Wae? " tanya Taehyung.

Jimin memandang Taehyung.

"Macam mana kalau diorang benci aku? "

Taehyung mengeluh kecil.

"Jimin, kalau diorang benci, kau ada aku. Kau jangan risau. Aku akan kembali kan kepercayaan mereka pada kau. Kau jangan sedih" kata Taehyung sambil tu dia menepuk pelan bahu sahabat baiknya itu. Jimin tersenyum kecil.

"Kaja kita balik "

................

Sekarang mereka ada di dalam lif untuk ke dorm mereka. Lif berhenti di tingkat 4 lalu mereka melangkah ke dorm mereka.

"Saya dah balik" laung Taehyung.

"Eh Tae. Kamu pergi mana? " tanya Hoseok yang baru saja keluar dari bilik. Dan matanya tertancap pada Jimin. Terus berubah air muka nya.

"Kenapa kau bawak balik dia? Pembunuh macam dia ni memang patut meringkuk dalam penjara " ujarnya selamba sambil memeluk tubuh. Taehyung mengetap giginya.

"Jimin bukan pembunuh! " bentak Taehyung. Hoseok tergelak kecil.

"Dia hasut kau apa sampai kau percaya dia. Sudah terang lagi bersuluh rakaman cctv tu memang dia. Jaket yang dia pakai tu limited edition. So memang susah nak dapat. Hanya dia sahaja. So mengaku sahaja la Park Jimin. " katanya Hoseok sinis. Hati Jimin bagaikan di sambar petir. Tak sangka sahabat nya yang dijalin 3 tahun ni tidak percaya kan dia. Hanya mempercayai rakaman itu bulat².

Jimin menunduk sambil mengemam bibir nya. Sejujurnya dia nak menangis sekarang. Kenapa? Kenapa orang tak percaya dia?

"Sudah la Hoseok hyung. Jangan cakap sebarangan nanti jadi satu penyesalan. " kata Taehyung lalu menarik tangan Jimin ke bilik nya.

Tapi satu suara memberhentikan mereka dalam beberapa saat.

"Malam ni kau tidur tempat lain ,Park Jimin. Aku tak nak sebilik dengan pembunuh. Ntah ntah masa aku tidur kau bunuh aku pulak kan" genggaman di tangan Taehyung di eratkan. Lalu mereka berlalu dari situ.

.........

bilik V/Namjoon.

Jimin duduk di atas katil Taehyung. Dia termenung. Sedangkan Taehyung mengambil kotak ubat untuk mencuci luka di dahi Jimin.

Jimin menatap kosong di hadapan nya. Tak sangka perkara ni berlaku. Tak sangka mereka hanya mempercayai apa yang mereka nampak. Matanya bergenang dengan air mata. Hanya tunggu untuk tumpah sahaja.

Tak lama tu, Taehyung datang dengan kotak ubat. Dia duduk di sebelah Jimin.

"Aku cuci luka kau ek. " kata Taehyung sambil mengeluarkan ubat iodin,kapas,dan kain baru serta salotip. Jimin hanya dia. Matanya masih menatap kosong di hadapan. Taehyung  tersedar bahawa perkataan nya tidak balas oleh Jimin. Dia memandang Jimin.

"Jimin... "

"Hina sangat ke aku? Jahat sangat ke aku sampai tuduh aku macam tu? Apa salah aku? Apa... Salah.... Aku? " kata nya lirih. Matanya masih tidak beralih. Dan dia tidak dapat menahan air mata nya dan tumpah jugak.  Tapi bukan riak wajahnya. Wajahnya kelihatan kosong dan di hiasi oleh air mata.

"Jimin. Jangan cakap macam tu" balas Taehyung. Jimin memandang Taehyung.

"apa? Aku betul kan. Kenapa kau jamin aku? Aku pembunuh. Aku bunuh orang. So hantar aku balik ke sana!" katanya dengan mengeraskan suaranya. Bibirnya bergetar menahan tangis. Matanya tidak berhenti mengalirkan air mata.

"Apa kau cakap ni.? Tak. Aku takkan hantar kau ke sana. Ni tempat kau. Bukan sana! " Taehyung tidak kalah meninggi kan suara.

"Tapi mereka benci aku! Aku pembunuh! "

"PARK JIMIN! KAU BUKAN PEMBUNUH! BERHENTI CAKAP MACAM TU! " bentak Taehyung dan dia berdiri. Jimin terkedu. Masing masing senyap. Nafas mereka memburu menahan amarah. Jimin membuat pandangan.

Tak lama tu, tangisan dia terdengar. Kenapa sekarang dia mudah menangis? Sebab dia sedih tersangat sedih sebab orang yang di anggap keluarga tidak mempercayainya. Kau rasa?

Taehyung duduk. Dia meraup wajahnya. Rasa bersalah membentak kawan nya.

"Jimin "

Jimin terus bangun dan nak berlalu pergi. Taehyung turut bangun.

"Kau nak pergi mana? "

"Keluar. " katanya yang dah membelakangi nya.

"Dah malam, Jimin"

"Aku.... " katanya terhenti apabila kepalanya di serang sakit. Kalau sakit biasa tak pe, ni tersangat sakit.

Jimin memegang kepala nya sambil memejam matanya. Taehyung yang nampak tu terus meluru ke Jimin. Taehyung memegang bahunya

"Jimin, kau kenapa?! " tanya nya dengan panik. Wajah Jimin terus berubah pucat. Hidungnya ada darah keluar.

Jimin terduduk sambil memegang kepalanya.

"Sakit" lirihnya. Sekarang dada nya pulak di rentap udara. Dia sesak.

"Jimin. Kenapa ni?!Hyung!! " panggil Taehyung. Berharap hyungdeul dengar.

"Hah... Hah... Tae... Hh" panggil nya. Pandangan nya makin mengabur.

"Jimin tolong jaga kesedaran kau. HYUNG!!! JIN HYUNG!!! PALLI! " jerit Taehyung kuat.. Dia masih memegang bahu Jimin.

Tak lama tu, Jimin jatuh tak sedarkan diri di pangkuan Taehyung. Taehyung terkejut.

"PARK JIMIN! IRONA?!!!!"

TBC......

done!  Hehehe

(C) Trust (VMIN FRIENDSHIP) Where stories live. Discover now