WOAAAAA!!!!
Itu la suara Army yang ada di music bank setelah BTS menyelesaikan persembahan lagu Idol dan i'm Fine.
"Gomawo Army!! Annyeong! " ucap mereka dan berlalu pergi ke backstage.
Mereka menuju ke bilik persalinan. Ada yang bergurau senda, gelak ketawa dan sebagainya.
Masuk sahaja dalam bilik persalinan, ada 3 anggota polis, manager dan Ceo Bighit. Terdiam mereka.
"Kenapa ada polis di sini? " tanya Namjoon. Manager nya bangun dari duduk begitu juga dengan Ceo dan 3 anggota polis itu.
"Maafkan kami, boleh kami tau, mana satu Park Jimin" ujar salah seorang anggota polis itu. Mereka memandang satu sama lain. Jimin ke depan sedikit.
"Saya Park Jimin. Kenapa ya? " tanya nya. Anggota polis itu memandang satu sama lain. Lalu mengangguk. 2 dari mereka pergi ke arah Jimin dan menggari nya. Jimin dan yang lain terkejut dengan tindakan itu.
"Eh, eh apa ni?" Jimin cuba meronta.
"Kami terpaksa tangkap kamu, kerana kamu terlibat dalam satu kes pembunuhan yang terjadi di daerah Sungai Han. Di stesen minyak . Pada pukul 10 malam"
Ternganga Jimin mendengar perkataan itu. Sesungguhnya dia tidak melakukan hal terkutuk itu. Dia tak ada musuh pon!
"Tak! Tak! Jimin tak buat macam tu saya yakin! Dia kawan saya. Saya kenal dia. Hyung tolong la! " kesal Taehyung dan cuba melepaskan Jimin dari salah seorang anggota polis itu.
"Biarkan dia pergi Taehyung. Dia memang tak patut ada di sini" suara dingin manager Sejin terdengar. Bts memandang nya...
"Hyung! Saya tak buat kerja tu! "
"penipu! Ada bukti yang mengatakan kau suspek pertama itu! " bentak Sejin. Semua terdiam..
"Bawak dia" arah anggota polis itu. dua lagi mengangguk dan membawa Jimin keluar.
"Jimin-ah! " jerit Taehyung. Ingin sahaja dia kejar Jimin, tapi sayang. Dia di halang oleh Yoongi.
"Tae! Tolong aku! Hyung! Saya tak buat!! "
"Terima kasih atas kerjasama anda semua. Saya mintak diri dulu. Annyeong! " lalu anggota polis itu menundukkan dirinya dan berlalu pergi. Selepas polis itu pergi, Taehyung menapak ke arah Sejin dan mencengkam kolar baju Sejin.
"Kenapa hyung biarkan Jimin pergi! Dia tak bersalah! " bentak nya.
"Ya! Taehyung - ah! Cukup! " Pdnim cuba melepaskan cengkaman Taehyung. Taehyung mengetap giginya marah! Nafas nya turun naik menahan amarah.
Jin menarik Taehyung jauh. Sejin memandang Taehyung tajam.
"Korang tengok ni" kata Pdnim dengan perlahan lalu memberi kan henfon kepada mereka. Ada rakaman cctv di situ.
Selepas melihat itu. Wajah tak percaya mereka terpapar di wajah nya. Hati mereka telah di tutupi oleh kebencian terhadap Park Jimin. Tapi bukan salah seorang dari mereka. Dia langsung tak percaya itu Park Jimin.
Dia Kim Taehyung.
Tbc......
Yeayyy habis part 1..macam mana?okey tak?
YOU ARE READING
(C) Trust (VMIN FRIENDSHIP)
Fanfictionkisah persahabatan mereka yang di jalinkan selepas mereka debut. Persahabatan mereka sangat rapat, terutama Park Jimin dan Kim Taehyung. tetapi sesuatu terjadi. Park Jimin difitnah sampai di masukkan ke dalam penjara. dan sudah tentu Kim Taehyung t...