Lya meninggalkan mahkamah dengan langkah seribu. Dia ingin pulang ke rumah dengan segera. Hatinya kini berkecamuk memikirkan masalah-masalah yang dihadapinya. Tanpa disedari, air mata memenuhi di tubir mata disebalik cermin mata hitam yang dipakai. Semasa dia berjalan menuju ke kereta, tangannya tiba-tiba direntap kasar dari belakang menyebabkan dia terjelopok di atas jalan raya. Dia bingkas bangun dan berdiri bertentangan Syed.
"I'm sorry Lya"
Syed merenung wajah Lya. Lya mengalih pandangannya ke arah lain lalu merempuh Syed. Dia meloloskan diri ke dalam kereta. Tangannya terketar-ketar menahan amarah yang membuak-buak. Dia menenangkan diri sebelum memandu kereta pulang ke rumah. Sepanjang pemanduannya, air mata tidak berhenti mengalir di pipi.
Setibanya di rumah, Mak Uda menyambut kepulangannya.
"Macam mane tadi kat mahkamah? "
"Macam tulah mak. " balas Lya lalu keluhan halus dilepaskan
Lya mengambil tempat duduk di meja makan.
"Sampai bila dia tak nak lepaskan kamu? Dia cintakan kamu lagi ke tak? "
"Kalau cinta dia takkan cari yang lain"
Mak Uda hanya menggeleng. Kasihan melihat keadaan anaknya kini. Berat mata memandang, berat lagi bahu Lya memikul.
Mak Uda segera ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka manakala Lya menuju ke kamar peraduannya untuk membersihkan diri.
Kepala Lya berat mengenangkan nasib sebagai ibu tunggal. Masalah penceraian belum selesai, ditambah pula masalah kehilangan anak tunggalnya, Sara.
Dia menghempas tubuhnya di atas katil. Kepalanya dirasakan berpinar-pinar. Dia tidak berdaya untuk bangun lalu terlelap dan hanyut di alam mimpi. Dia berharap mimpi yang indah menyapa bagi menenangkan dirinya.
YOU ARE READING
Deru Angin Membawa Pilu
Romance"Oh angin, kau bawalah pilu ini pergi jauh dariku agar dapat aku mengecap bahagia untuk selamanya"