BERTAUBATLAH 'YAA NAFSII'

184 7 0
                                    

Awan mendung berarak mengiringi van jenazah yanag dalam perjalanan menghantar arwah sepupuku ke tanah perkuburan di hujung kampung . Suasana pilu dan syahdu menyelubungi urusan pengebumian seorang insan yang amat mulia bagi diriku, yang sentiasa mengajak diriku untuk berubah ke jalan yang benar. Terpamer di wajah ibubapa saudaraku perasaan sedih kerana ini merupakan kali terakhir mereka akan menatap wajah anak kesayangan mereka itu. Apabila jenazah mula dikeluarkan dari van jenazah hujan renyai mula membasahi bumi tanah merah itu. Seakan rahmat yang turun mengiringi pemergian insan mulia ini menghadap Allah SWT. Aku bergegas ke keranda untuk turut mengusungnya ke liang lahad. Apabila keranda diletakkan di sebelah liang lahad dan kain yang menutupnya dibuka , terhidu suatu bau yang sangat harum dari jenazah Ali. Haruman yang semerbak laksana wangian kasturi. Ahli keluarga yang lain sudah mula mengalirkan air mata kerana sebak.

Jenazah Ali pun mula diturunkan secara perlahan-perlahan dan penuh penghormatan ke dalam liang lahad. Apabila kain kapan yang menutupi wajah Ali dibuka , jelas terukir sebuah senyuman yang manis di wajahnya. Aku, ayah Ali dan adiknya turun ke liang lahad untuk meletakkan jenazah Ali menghadap kiblat. Berkata suara hati aku sendiri, "Ali, sesungguhnya engkau sangat mulia bagi aku. Engkau sentiasa mengingatkan aku untuk kembali pada yang Esa dan bertaubat daripada melakukan maksiat. Namun, aku tidak mengendahkannya, tetapi baru sekarang aku faham apa yang engkau maksudkan.Engkau tidak mahu lihat aku berada dalam kejahilan. Ali, terima kasih; terima kasih kerana menjadikan aku rakan engkau yang selalu diperingatkan. Semoga Allah membalas jasamu. Raut wajah yang tersenyum dan haruman ini sudah cukup untuk membuktikan kepada aku yang engkau sungguh orang benar. Berehatlah Ali,sesungguhnya pintu syurga telah terbuka untukmu" . Aku mengambil sedikit tanah lalu menggumpalnya dan meletakkan di kepala Ali sebagai bantal baginya yang bakal tidur laksana pengantin .

Sedikit- demi sedikit tanah dimasukkan ke dalam liang lahad untuk menguburi jenazah Ali. Bacaan talkin yang menggetarkan jiwa aku kedengaran sebaik sahaja tanah dibukitkan di atas pusara Ali. "Wahai Ali bin Maryam janganlah kamu takut ketika datang kepadamu dua malaikat yang akan bertanyakan kamu tentang soalan dan perbuatan kamu di dunia, kerana mereka juga adalah makhluk Allah" ucap Tok Imam dengan suara yang nyaring. Seorang demi seorang mula meninggalkan pusara Ali. Hujan renyai yang turun masih belum berhenti. "Umar, mari kita pulang " kata ayah Ali kepada aku. "Pakcik, boleh tinggalkan saya sebentar di sini, saya akan menyusul nanti " minta aku.

"Baiklah" kata ayah Ali membenarkan dan terus berlalu pergi ke kereta.

"Ali, insha-Allah selepas ini aku akan ziarah engkau lagi " kata aku sendiri.

Tiba-tiba , berdiri di sebelah aku seorang lelaki yang berpakian putih, bersih berseri, malahan aku dapat lihat terdapat cahaya yang terang dari arah belakangnya. "Ya Ibnu a'mmi " kata lelaki itu yang aku pasti bahawa aku mengenali akan suara itu. Aku berpaling dan mendapati lelaki itu merupakan orang yang aku sanjungi arwah sepupu aku Ali. Aku terus mendakap tubuhnya sambil mengalirkan air mata kerana gembira dapat berjumpa dan bercakap dengannya sekali lagi.

"Bertenanglah wahai saudaraku, sesungguhnya Allah sedia menerima taubat kamu, maka bersegeralah engkau dalam bertaubat kepada-Nya" kata Ali dengan lemah lembut kepada aku.

"Hormatilah ibubapa kamu, jagalah rukun Islam, Iman dan Ihsan diri kamu. Lakukanlah segala sunnah Rasulullah SAW yang kamu mampu. Nescaya kamu termasuk dalam kalangan orang yang beruntung." sambungnya lagi.

"Sapulah air matamu dan teruslah kamu berada pada jalan Allah" minta Ali lalu memberikan kain selendang yang tersangkut di bahunya kapada aku.

Aku menyapu air mata aku dengan selendang itu. Kemudian, apabila aku ingin memandang Ali kembali, Ali sudah hilang dari pandangan mata aku. Aku yakin sesungguhnya Allah akan menerima taubat aku selepas ini.

Aku pun berjalan ke kereta ayah Ali yang berada di seberang jalan besar bersebelahan tanah perkuburan tersebut. Aku melintas jalan sambil merapatkan kain selendang Ali yang harum dan lembut itu di pipi aku. Tanpa aku sedar, sebuah kereta laju meluru dari sisi aku. Aku tidak sempat mengelak, lalu aku terkorban di dalam kemalangan itu sambil tangan aku menggenggam erat kain selendang Ali. Aku melihat ayah Ali meluru ke arahku dalam keadaan cemas sambil mulutnya berulang kali memanggil nama aku.

Apa yang kedengaran di telinga au hanyalah jeritan ayah Ali,

"Umar,Umar,Umar ! "

Dalam keadaan aku yang kehilangan banyak darah, mata aku mula terpejam.

"Mungkin ini hari terakhir aku. Ya Allah terimalah aku" kata aku sebelum mula tidak sedarkan diri.

"Allahuakbar, Allahuakbar !" suara azan Subuh yang jelas kedengaran membangunkan aku dari tidur aku.

"Astaghfirullah" kata aku spontan.

"Ya Allah, kenapa aku mimpi sebegitu rupa. Apakah maksud mimpi aku itu."

Kata aku sendirian. Aku terus bergegas bersiap dan sedia untuk ke sekolah.

Setibanya di sekolah aku terus mencari Ali.

Akhirnya, aku menjumpainya di pondok bersebelahan surau yang sedang membaca dan mengulangkaji pelajaran. Aku mengucapakan salam keatasnya dan bertanya khabar dirinya terlebih dahulu.

"Umar, aku tidang senang apabila mendengar saudara-saudara yang lain sentiasa merendahkan dirimu kerana pelajaranmu.Umar aku ingin membuktikan kepada mereka yang dirimu bukanlah seperti yang disangka. Aku ingin mengajak kamu untuk mendaftar masuk ke sekolah tahfiz bersama aku. Adakah kamu bersetuju ? " tanya Ali kepada aku untuk mendapatkan kepastian.

Aku menjawab dengan penuh keyakinan bahawa aku bersetuju, Alhamdulillah, sekarang aku dan Ali telah berjaya membuka pusat Tahfiz kami sendiri berkat mimpi aku dahulu yang membawa aku untuk kembali bertaubat kepada Allah.

Namun aku sentiasa mengingatkan diri aku satu ayat iaitu " BERTAUBATLAH YA NAFSII".

Bertaubatlah 'Yaa Nafsii'Where stories live. Discover now