BAHAGIAN 1

17 0 0
                                    

NEK Hasmah mengadu sakit dada kepada cucunya. Sukar untuknya menghembuskan nafas dalam kedinginan malam itu. Malah udara yanag dihirup terasa sangkut-sangkut. Jaja yang ketika itu baru pulang kerja buru-buru membawa neneknya ke Klinik Desa Chilapa yang agak jauh dari rumah mereka. Kira-kira enam belas kilometer jauhnya. Jaja memandu dengan laju tapi masih mementingkan keselamatan jalan raya.

"Cu... Tolong cepat sikit, cu." Nek Hasmah bercakap dengan nada yang semput. Tak henti-henti orang tua itu batuk.

"Baik, nek!" Jaja bekerja sebagai promoter telefon pintar di bawah syarikat Extreme Ultra Sdn. Bhd. Dialah yang menjaga Nek Hasmah semenjak berusia 16 tahun lagi. Disebabkan ibu bapanya telah bercerai, maka Jaja ditinggalkan bersama neneknya ketika berusia 10 tahun. Dek kerana keuzuran yang semakin teruk, Jaja mengorbankan persekolahannya lalu membuat keputusan untuk bekerja.

Sesampainya mereka di sana, Jaja turun dahulu dari kereta. Hujan renyai-renyai turun di luar namun tetap menjadikan Nek Hasmah kesejukan. Pakaian tebal yang membaluti tubuhnya tak mampu menghangatkan. Jaja mrnolak neneknya menggunakan kerusi roda.

Pok! Pok! Pok!

MASUK -NIRHAMNA IRANNA-Where stories live. Discover now