"DOKTOR! Doktor cepat tolong nenek saya. Nenek saya sesak nafas!" Jaja kelam kabut memanggil. Dia yakin, pasti klinik ini tidak kosong. Klinik ini beroperasi 24 jam sebagaimana klinik-klinik yang lain juga.
Doktor Bahar berlari membuka pintu kerana tidak mahu melengahkan masa. "Sebentar!" Suara yang terlantun kedengaran bergema. Ada nyawa yang perlu diselamatkan!
Pintu dibuka. Mata mereka bertiga bertentang. "Tolak kerusi masuk ke dalam. Biar saya periksa nadinya." Arah Doktor Bahar kepada Jaja. Gadis itu angguk sebagai refleks memahami. Mereka bergerak masum sepantas kilat.
Doktor Bahar tergesa-gesa memasangkan nebuliser ke hidung dan mulut Nek Hasmah. Hal ini adalah untuk memastikan Nel Hasmah dapat bernafas dengan baik dqn teratur. Jaja hanya mampu melihat dan berdoa agar neneknya dipanjangkan usia. Dia tak bersedia lagi untuk kehilangan neneknya itu.
"Tarik nafas, Nek." Doktor Bahar bersuara.
Nek Hasmah akur.
"Okey, hembus."
Proses itu diulang-ulang sehingga keadaan menjadi stabil. Beberapa saat kemudian, nafas wanita tua itu kembali elok. Alhamdulillah.
"Terima kasih, doktor." Jaja mengucapkan rasa terima kasihnya dengan satu anggukan kepala. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Doktor itu sangat tangkas bekerja dan serius. Jika lambat bertindak, tidak mustahil nyawa neneknya akan melayang.
"Sama-sama." Doktor Bahar mempamerkan senyum seikhlasnya. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu pesakit. Tak kisahlah sakit apapun yang dihidapi. Untuk kes yang pertama, dia lega kerana berjaya menghulurkan pertolongan.
![](https://img.wattpad.com/cover/166597195-288-k383034.jpg)