Pengajaran yang terbaik
*لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا واحدة لاشتهى الواحدة*
Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yang seorang tu pun dia mahu juga
*"قال: حين أعجبت بزوجتي ..*
Berkata seorang lelaki : aku hairan dengan isteriku
*كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم*
Dulu sebelum berkahwin, Ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun sepertinya
*ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها*
Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya
*ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها*
Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya
*فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن :*
Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati...*كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !*
Semua perempuan lebih indah daripada isteriku
*فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!*
Maka berkata Syeikh : inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu?
*قال الرجل : بلى*Kata lelaki itu : ya, khabarkan!
*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*
Maka kata Syeikh : kalau engkau telah berkahwin dengan seluruh wanita yang ada di alam ini..
*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*
Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut!!
*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟*
Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya : kenapa Syeikh kata begitu?*فقال الشيخ :*
*لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة*
*أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً*Kata Syeikh : kerana yang musykilah itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak
*وبصراً زائغاً،*
Dan pandangan yang liar*وخلا من الحياء من الله*
Dan tidak malu kepada Allah*فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..*
Maka tidak ada apa lagi yang mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..
*يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله*
Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.
*أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟*
Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)
*قال الرجل : نعم*
Kata lelaki itu : ya mahu
*فقال الشيخ : اغضض بصرك .... "*
Maka kata Syeikh :
"Tundukkan pandanganmu"
🍃✨ @CoretanMaut
YOU ARE READING
Beautiful Language
EspiritualSesiapa yang ingin mempelajari bahasa Arab Boleh lah singgah di sini. Sesungguhnya bahasa Arab ada lah bahasa yang indah. Bahasa ini kita akan gunakan di dalam syurga nanti. Nabi kita pun guna bahasa Arab. Jadi apa salah nya kalau kita belajar baha...