PROLOG

64 4 0
                                    

"Ara tolong bertahan sayang".bisik Luqman ditelinga sang isteri yang sedang dipangkunya di riba.
"Iz pandu lagi laju Iz,kau tak nampak ke Ara tengah sakit"?
"Aku tau Luq,aku dah bawa selaju habis dah ni".

"Abang.."mata Ara mula terbuka sedikit demi sedikit.
"Ya sayang."
"it's hurt."ujarnya tersekat-sekat.
"Abang tahu sayang,abang tahu.Please bertahan sedikit lagi kita nak sampai dah di hospital."Luq cuba menguatkan Ara.Genggaman tangannya dan Ara semakin dieratkan .
"Abang..abang dah tak bencikan Ara lagi ke?"
Tersentak Luq mendengar ayat yang telah dituturkan oleh wanita kesayangannya.
"Tak,abang tak pernah bencikan sayang. Abang minta maaf sayang selama ni abang layan Ara dengan teruk."mengingati layanannya terhadap Ara dalam beberapa bulan ni membuatkan penyesalan datang bertubi-tubi terhadapnya.
"Abang."sedaya upaya Ara cuba mengangkat tangannya dan mencapai pipi Luqman.
"Terima kasih abang sebab dah tak bencikan Ara.Ara gembira sangat."ujarnya sambil mengusap pipi sang suami.Airmata yang mengalir semakin deras kerana dirinya merasakan waktu untuk bersama kekasih hatinya semakin singkat.
"Abang tolong kuat untuk Ara ya walaupun Ara dah takdak nanti."ujarnya lagi.
"No Ara jangan cakap macam tu.Ara takkan kemana-mana, Ara akan tetap bersama dengan Alang. Abang tak izinkan Ara pergi mana-mana."Air mata lelaki bernama Luq semakin deras mengalir.
"Ara tak minta abang,tapi rasa sakit ni buat Ara rasa tak mampu nak tanggung."
Tangisan Luq semakin kuat.Dibawa Ara kedalam pelukannya tak sanggup mendengar apa yang dituturkan Ara lagi..Ya Allah tolong aku,jangan kau ambil Ara dari aku Ya Allah..rintih hatinya mengharap pertolongan dari yang Esa..

"Abang tolong Ara abang."kedengaran suaranya semakin lemah.
"Apa dia sayang?"
"Tolong cakap dekat atuk yang Ara minta ampun. Maafkan Ara kerana pernah hilangkan kepercayaan atuk dekat Ara."
Semakin menusuk hati Luq mendengar permintaan Ara.Ara tak pernah buat salah sayang.Yang sepatutnya minta maaf adalah dia dan orang-orang sekeliling Ara.
"Tell him."nafas Ara ditelinga Luq semakin perlahan dan tersekat-sekat.
"I will sayang.I will."sejurus Luq berkata,tiada bunyi hembusan Ara yang dirasai ditelinganya.
"Ara sayang buka mata sayang.Jangan buat abang macam ni."menunggu.
"Ara please say something,jangan diam ja."
"Iz,kenapa Ara diam Iz?tadi elok ja dia bercakap dengan aku."
Tumpuan Iz terhadap pemanduannya terganggu kerana dia dapat mengagak apa yang terjadi.
Ara dah tinggalkan kita semua Luq..namun kata-kata itu hanya mampu diluahkan didalam hatinya sahaja,tak sanggup untuk dituturkannya.

"Ara.."rintih Luq.dia tidak henti-henti mencium dahi dan mata Ara diselangi bibir Ara dengan harapan Ara akan membuka matanyanya kembali.

Tanpa disedari oleh Iz, sebuah kereta dari belakang sedang memintas kenderaan mereka dan mula menghimpit. Dalam keadaan tidak bersedia,kenderaan yang dipandu Iz terpesong dan masuk ke arah bertentang.Sebuah lori yang berada di jalan bertentangan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mereka..

Aku berharap semua ini tak pernah terjadi..

TAK AKAN PERNAH JAUHWhere stories live. Discover now