Pertemuan pertama

36 2 0
                                    

"Ara mulai hari ini,ni tempat tinggal Ara.Ara akan tinggal dekat sini dengan atuk."ujar atuk.
"Tu tengok, ada pakcik makcik Ara,abang-abang Ara pun ada."ujarnya lagi.
Aku melihat satu persatu muka-muka orang yang atuk kenalkan pada aku. Ada uncle Rid,uncle Azmi,auntie Su.
Mata ku mula beralih ke arah tiga orang budak lelaki.Mereka tersenyum memandangku.
"Hai Ara,nama abang Izzul,Ara boleh panggil abang Iz."ujarnya sambil membuat peace.
"Hai little girl. I'm Hafiz nice to meet you."seorang lagi mula memperkenalkan dirinya sambil mengusap rambutku.
Mataku mula beralih ke arah seorang lagi budak lelaki. Namun pandangan tajam yang diberikan dia membuatkan aku takut.Aku mula menyorok dibelakang atuk.
"Luq apa buat macam tu,perkenalkan diri kamu dekat Ara bukannya buat dia takut."kedengaran atuk mula bersuara.Namun budak lelaki bernama Luq tu masih diam.
"Luqman."ujarnya pendek dan menjeling aku. Lalu dia mendaki tangga mungkin malas nak ambil port.
"Ara jangan terasa hati ye dengan abang Luq tu. Dia memang perangai macam tu. "auntie Su cuba menenangkan aku.
"Ara..... "seorang budak berpakain baju sekolah tadika berlari mendekati aku lalu memeluk aku.
"Hai Ara kita Natasya.Awak boleh panggil kita Tasya."ujarnya ceria.
"Mulai hari ini kita jadi kawan baik ya."
"Yeayyy, mama papa seronoknya Tasya ada kawan dalam rumah ni."dia mula melompat sambil menepuk tangan. Yang lain mula tersenyum sahaja.
"Mulai hari ni kita kawan."ujarku.
Ara mula selesa dengan persekitarannya.

Aku,aku ialah Ara Medina bt Hazim.Kehilangan mama dan papa aku yang terkorban dalam kemalangan jalan raya telah membawa aku ke rumah ini.Rumah yang dimiliki oleh datuk aku yang baru aku tahu kewujudannya.
Kehilangan mama dan papa aku membuatkan aku mula terasa kesunyian tetapi hanya sekejap sahaja.Hidup aku mula terisi apabila seorang lelaki tua datang kepada aku dan mula memperkenalkan dirinya sebagai atuk aku.Dia membawa aku tinggal bersamanya dan memperkenalkan aku dengan orang-orang disekelilingnya. Hidup aku mula terisi dan kesunyian yang aku rasai mula hilang sedikit demi sedikit dengan adanya orang-orang disekelilingku.

TAK AKAN PERNAH JAUHWhere stories live. Discover now