Ottawa, Canada

23 3 0
                                        

"Ara kau dah siap belum?"
"Jap Meen, I'm coming."Aku tersengih melihat Meen.Sengih je la sebab dah buat dia tertunggu.
Hari ni merupakan saat-saat terakhir kami disini sebelum balik ke Malaysia.Nak melawat Ottawa city dulu sebelum naik flight balik Malaysia esok.
"Kalau macam tu jom nanti lambat pulak."
"Iyalah."

Kami menuju ke Ottawa City pada waktu malam sebab suasana dia lagi cantik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kami menuju ke Ottawa City pada waktu malam sebab suasana dia lagi cantik. Dengan warna warni cahaya pada setiap bagunan.

"Haih sedih la pulak rasa."aku melihat sekeliling sambil berehat di tembok tepi jalan di situ.
"Kenapa??"Meen memandang pelik ke arah aku.
"Haih sedih la sebab nak balik dah.Nak tinggalkan tempat ni.Apalah kau ni Meen."nak kena sekeh kepala ni.
"Iyalah lupa pulak aku esok kita nak balik dah."kata dia sambil buat muka sedih.
"Banyakkan kenangan kita dekat sini untuk 4 tahun ni.Sekejap je masa berlalu,tup-tup dah habis belajar."kataku sambil melihat pemandangan sekeliling.
"Ara aku nak ucapkan terima sangat-sangat dekat kau sebab jadi kawan aku sepanjang kita belajar dekat sini. Kau banyak sangat tolong aku."Meen mula menggenggam tangan aku.
"Bukan kau je, aku pun sama nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku, susah senang dengan aku sepanjang 4 tahun ni. Kau selalu kuatkan semangat aku bila aku rasa down, ada waktu aku sedih pastu selalu dengar luahan hati aku. "air mata mula bergenang.
"Aku sayang kau Ara. Kau kawan aku dunia akhirat. Aku harap lepas ni even kita dah balik Malaysia kita tak saling lupa."
"Aku pun Meen harap macam tu. Kau kalau dah jadi kaya nanti pastu dapat kahwin dengan anak raja jangan lupakan aku pulak. "ujar aku sambil megelap air mata yang mengalir di pipi Meen.
"Hishhh gila apa aku nak lupakan kau. Kau la antara orang yang paling aku sayang tau. Aku tak lupa punya. "ujar dia sambil tergelak.
Akhirnya aku menarik dia dalam pelukan. Kami berpelukan untuk siminit.
"Dah takmau nangis.Jom selfie."aku mula mengeluarkan telefon dari bag.
"Say cheese."berlatarbelakangkan bangunan Ottawa.Disini satu lagi kenangan dicipta untuk diingati selepas balik ke tempat asal.

Di Malaysia,

"Hah buat apa tu?"terjah satu suara dibelakang Tasya.
"Ishhh abang Iz ni saja buat orang terkejut. "cemberut muka dia apabila disergah begitu.Dia yang duduk di sofa sedang mengstalk ig.
Iz dan Luq mula mengambil tempat di sofa dua berangkai.
"Penatnya."keluh Luqman. Maklumlah baru balik kerja.
"Tasya tengah buat apa tu?share la cikit."Iz cuba mengintai telefon yang dipegang Tasya.
"Ishhh abang Iz ni menyibuk la. Ni hah Tasya tengah tengok ig Ara. "
Sejurus mendengar nama Ara disebut berubah terus muka Luq.Iz hanya mengerling.
"Iya ka?Dia post apa ja?"
"Ni dia post gambar dia pergi berjalan dekat Ottawa dengan kawan dia".
"Lama betul Ara tak call."kata Iz.
"Buat apa dia nak call abang Iz,tak dak kepentingan langsung."
"Iya lah kita ni sapa je dia nak call lain la orang kat hujung tu. "mata Iz mula mengerling Luq menunggu reaksi dari orang tu.
Luq hanya menjeling Iz. Tahu sangat Iz tuju dekat dia.
"Buat apa dia nak call aku? Tak dak kepentingan langsung."ujarnya mengulangi balik ayat adik dia.
"Eleh.suara macam orang merajuk je. Ara tak call ke?tu yang suara macam orang tengah merajuk tu. "ketawa Iz mula kedengaran sebab seronok dapat menyakat Luqman.
"Diamlah kau. "marah Luq tapi bontot masih tak bangun-bangun lagi.
"Abang Iz ni kesian abang Luq. "marah tasya. Tapi apa abang Iz cakap memang betul pun. Hahahhahaha.
"Tapi bukan sepatutnya Ara dah balik sebulan lepas ke?"Iz mula menyoal.
'Haahkan patutnya Ara dah balik sebulan lepas. Ni kenapa tak balik-balik lagi ni? Haihhh apa la budak kecik tu buat tak ingat-ingat nak balik.'Luq mula membuat andaian.
'Jangan-jangan dia dah tersangkut dengan mamat hidung mancung kat sana kot?'tapi kata-kata tu semua hanya terluah dalam hati ja. Ego nak tanya la tu.
"Semalam Tasya otp dengan dia.Dia kata dia nak spend time dulu kat situ sebelum balik Malaysia. Nak lepas rindu katanya."haihh keluh dia dalam hati.
"Oo ya ka, takpa la kalau macam tu.Betul la apa dia buat tu."Iz bersuara.
"Memang la betul tapi dia tak tau ke kita yang kat sini dok menanti dia pulang. Dah la dulu jarang dia balik asyik busy dengan aktiviti persatuan dia tu.Ni dah habis belajar pon still tak nak balik"
"Kau relax boleh tak dik. Dia bukannya tak nak balik langsung. Kau buat gaya macam dia taknak balik dah nak menetap kat sana ja. "kata-kata Luq membuat Tasya terdiam seketika. Namun tak lama lepas tu dia mula mencebik.
"Alah abang ni sibuk ja.Macam la orang tak tau dia pun dok rindu kat Ara.sejak beberapa hari ni dok tanya bila Ara nak balik?."Tasya mula buka rahsia.
"Betul ke Luq?kenapa aku tak tahu pun?"Iz mula menyoal Luq.
"Ehhh mana ada.Takdak pasal aku nak tanya pasal budak kecik tu. "Luq mula menggelabah tapi dia cuba control tak nak la nampak sangat.
Iz perasan akan gaya yang ditunjukan oleh Luq. Elehhh dah betul tu mengaku je la. Ego ja lebih. Ni la jantan.Hishhh kenapa aku nak emo pulak dengan perangai Luq ni. Aku pun jantan.hahhahahahahha
"Sudah la aku naik bilik".Luq mula bangun menuju tangga.
"Eleh dah buat tu mengaku je la. Nak lari pulak. "Iz memprovok Luq.
"Entah abang ni nak lari pulak".tasya menyokong Iz.
Luq mendaki tangga sambil memekakkan telinga.
Lebih baik aku naik mandi pastu rehatkan badan dari layan dua orang mangkuk kat bawah tu.
"Haihh la budak kecik bila la kau nak balik ni?"keluhnya perlahan.

TAK AKAN PERNAH JAUHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang