Pertemuan terakhir

40 3 3
                                    

****************

"Kau bukan Firdaus. Firdaus dah meninggal masa aku kemalangan. Dan aku tahu kau yang bunuh dia."

Haris mulai mengingati apa yang terjadi 3 tahun lepas. Dia yang tersandar di dinding menahan denyutan kuat di kepala akibat memori yang muncul semula.

"Kau bodoh ke apa? Aku mana ada jasad. Aku tak boleh pegang manusia. Takkan aku yang bunuh tuan aku sendiri. Jangan jadi bebal manusia bodoh!"

Gelak ketawa dari Wong menyakitkan hati Haris.

"Kau rasuk dia. Kau buat dia tunduk pada kau. Dia seorang yang beremosi tak stabil. Tambahan dengan kelakuan penduduk kampung pada dia dan keluarganya. Aku pasti kau yang racunkan otak dia untuk buat benda yang bukan-bukan. Tujuan kau hanya untuk sesatkan manusia terutamanya Firdaus yang menjadi tuan kau."

Kata-kata dari Haris menghentikan ketawa Wong. Wong berjalan kearah Haris. Badan Haris ditarik keatas. Mata mereka bertemu. Sepasang mata Wong ditatap tajam oleh Haris.

"Memang kerja aku menyesatkan manusia. Terutamanya musuh aku iaitu kau! Aku akan bunuh kau menggunakan badan kawan kau ni. Selepas itu, aku akan menyesatkan banyak lagi manusia di dunia ni sampai kiamat."

Bisikan maut diberikan. Perlahan tetapi tegas. Haris menyentap bajunya dan menendang dengan lutut di perut Wong. Usahanya berjaya untuk menolak Wong ke belakang. Wong senyum sinis. Kapak ditangan dihayun laju. Haris cuba mengelak tetakan demi tetakan yang ditujukan kearahnya.

Ketika Haris cuba berlari menjauhi Wong, dia tersadung kehadapan. Apabila dia menoleh kebelakang, kapak telah hampir mengenai kepalanya.

Tiba-tiba, satu tangan disilangkan di leher Wong. Kapak terlepas dari tangan. Kedengaran bunyi besi bergema di seluruh ruang tamu.

"Lari Haris! Lari! Minta bantuan cepat!"

Joey sedang menyesakkan nafas musuhnya dengan menyilang kedua-dua tangan dan memanjat ke belakang Wong. Mereka bergelut.

"Pergi! Aku cuba lengahkan dia! Pergi!" Arah Joey serius.

Haris bangun dan berlari ke pintu keluar. Pintu terbuka luas. Keadaan suasana yang gelap menyukarkan perjalanannya ke bawah. Haris menghampiri keretanya yang terbuka. Dapat dilihat mayat kawan-kawannya yang bergelimpangan. Hampir muntah Haris melihat otak kawannya yang kehilangan badan.

"Argh!"

Suara Joey bergema di dalam rumah agam. Haris berhenti berlari.

"Joey! Takkan aku selamatkan diri aku saja. Joey kawan aku! Aku kena selamatkan dia!"

Haris membuka bonet kereta. Di dalamnya ada beberapa kayu hoki yang disimpan oleh Haris sebagai ketua hoki kolej. Haris mengambil satu pisau kecil dan menyisipnya di pinggang.

Kali ini dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Di ambil kain panjang yang ada di belakang tempat duduk dan dibalut luka tetakan di kedua-dua bahu.

"Allahuakbar! Lindungilah kami."

Haris berdoa dengan suara yang perlahan. Dikeluarkan telefonnya yang sudah retak. Dilempar ke tepi. Tiada gunanya dia membawa teknologi yang tiada fungsi. Haris berlari semula ke rumah agam itu. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

****************

Joey ditarik rambut dan diheret dalam keadaan tidak sedarkan diri. Wong hanya melihat ke hadapan dengan pandangan kosong tanpa jiwa. Wong melepaskan pegangan dan berjalan kearah pintu masuk. Dia tahu ada seseorang sedang menunggunya di sana. Senyuman terukir di wajahnya. Senyuman yang penuh keterujaan.

"Kau ingat kau dapat kalahkan aku macam tu sahaja ke, Haris? Kau kenal aku siapa bukan? Aku sendiri yang bunuh keluarga aku. Keluarga yang paling rapat denganku. Inikan pula hanya kawan biasa. Haris.... Haris... Dimana kau...?"

Wong cuba berinteraksi dengan Haris yang entah dimana keberadaan. Haris yang masih bersembunyi cuba tidak membuat sebarang bunyi. Pada malam itu, hanya kedengaran suara cengkerik dan lolongan anjing di sekitar kawasan.

"Haris... Haris... Apa kata kalau kau bagi nyawa kau pada aku dan aku janji aku takkan apa-apakan kawan baik kau ni? Amacam? Setuju?"

Haris yang mendengar masih berhati-hati. Kalau dah namanya iblis, tetap akan berperangai seperti iblis. Walaupun berjasadkan manusia. Janji tidak akan ditunaikan.

Kapak ditetak di beberapa bahagian pintu rumah dan dinding. Haris yang berjaya masuk dan bersembunyi di sebalik almari kayu lama di tepi tingkap, cuba menjejakkan kaki secara halus.

BAYANGAN MAUTWhere stories live. Discover now