Hilang

19 0 0
                                    

Sudah dua minggu, aku mengurung diri di rumah, memutuskan hubungan dengan dunia luar dan hanya meneguk air kosong. Hampir lumpuh mental dan fizikal, dan aku hanya mencintai gelap dan air mata.

Aku sedang merasakan kehilangan yang bersarang, tetapi kurang pasti puncanya. Sudah lama kisah ini berlalu dan aku telah pun menerima hakikat bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

'Arghhh... Pergihlah kesedihan, aku mahu hidupku yang dulu. Ceria dan bermakna.'

Perlahan-lahan, aku membuka jendela dan membuat panggilan telefon.

"Hello"
"Hey, kau okey?"
"Entahlah, rasa pedih"
"Nak cerita dengan aku?"
"Kau pernah dengar kes cerai?"
"Banyak, kenapa?"
"Jarangkan orang bercerai dengan baik?"
"Aah, selalunya perang dan permusuhan"
"Itulah yang aku rasa, perpisahan yang tidak baik. Pemusuhan dan dendam"

Aku matikan talian, menutup jendela dan kembali mencintai gelap dan air mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita-Cerita JasadWhere stories live. Discover now