Bab 1

814 29 2
                                    

    Dia menyandar ke dinding. Dagunya diketuk perlahan. Matanya masih memandang ke arah katilnya yang kini nampak seperti gunung baju.

"Pakai apa?"

"Tuxedo? Err.. Majlis hari jadi jer, Afieq!" Ujar Afieq seorang diri. Rambutnya yang masih basah dikusutkan. Dia mengembungkan pipinya.

"Shirt putih ni dengan ripped jeans?" Terus saja baju kemeja oversized yang bewarna putih dan ripped jeans bewarna hitam dicapai.

    Afieq menerjah kembali bilik airnya untuk memakai baju.

    Seketika kemudian Afieq keluar. Dia memandang pantulan dirinya di cermin. Dia tersenyum. Pengering rambut dicapai dan dia mula mengeringkan rambutnya.

"Mana perfume baru tu?" Kata Afieq seorang diri. Dia memandang ke sekeliling bilik.

"Macam mana dia boleh atas almari pulak ni?" Ujar Afieq lagi. Da berjalan ke arah almari yang menempatkan buku-buku kerjanya.

     Minyak wangi berjenama Hugo Boss disembur sedikit ke badannya.

"Kau dah cukup kacak ni," puji Afieq. Dia memandang pantulan dirinya dicermin. Pakaiannya tak ubah seperti idol K-pop. Swag dan trend.

Tokk.. Tokk..

    Afieq mengeluh kecil.

"Sekejap. Sejak bila ada orang dalam rumah ni? Bukan aku seorang ke? Jangan-jangan...." Terus sahaja Afieq berlari ke arah pintunya. Tombol pintu dipusing.

"Iriz?!" Tubuh Iriz terhinjut apabila terdengar jeritan Afieq.

"Ma.. Macam mana--"

"Well, ni Iriz. Setakat rumah kau ni, apalah sangat." Kata Iriz. Bangga. Afieq hanya menjeling.

"Kau buat apa kat sini? Majlis tu lama lagi!" Ujar Afieq geram.

"Kau pakai macam ni untuk datang majlis birthday anak aku?" Tanya Iriz. Afieq pokerface.

"Tukar!" Kata Iriz. Afieq membuntang. Jari telunjukknya diletak ke atas hidung sebelum dia menaikkan sedikit hidungnya. Serupa... Ba alif ba ya. Pfft!!!

"Tukarlah. Tak sesuai." Kata Iriz. Badan Afieq ditolak-tolak.

"Shhuhhh!!!" Ujar Afieq. Badan Iriz ditolak. Terus sahaja dia menutup pintu biliknya.

"Eee... Afieq gila! Dah lah! Aku balik dulu! Aku datanh sini nak ambik kek je!!!" Jerit Iriz dari luar.

    Afieq mendengus. Nasib dapat adik perangai macam Iriz. Terus sahaja dia mencapai kunci kereta Porsche nya.

"Nak beli hadiah apa untuk kembar, eah?" Afieq bermonolog seorang diri. Kakinya diatur menuruni tangga. Afieq menyanyi kecil.

    Sneakers bewarna hitam dicapai. Kakinya melangkah ke arah pintu utama.

***

    Afieq membelek set mainan dinhadapannya. Kepalanya tergeleng perlahan.

"Er, encik." Terus sahaja Afieq menoleh. Kelihatan seorang gadis yang lengkap berpakaian uniform kerja tersenyum ke arahnya.

"Boleh saya tolong?" Tanya gadis itu. Lambat-lambat Afieq mengangguk. Matanya tak lepas memandang gadis di hadapanya.

'Nur Dayana.' Getus hati Afieq.

"Encik nak beli untuk siapa?" Tanya gadis bernama Dayana tadi.

"A.. Anak sedara," ujar Afieq. Afieq menampar mulutnya perlahan apabila dia tersedar yang dia gagap.

"Oh. Perempuan atau lelaki?" Tanya Dayana.

"Both. Dia orang kembar," ujar Afieq. Dayana mengangguk. Terus sahaja dia meninggalkan Afieq di belakang.

"Eh? Tadi sibuk tanya. Lepastu, blah macam tu jer?" Getus Afieq.

    Afieq mengembungkan pipinya. Matanya ralit memandang sekeliling kedai tersebut. Penuh dengan mainan. Yelah, dah nama pun Toyrus. Mesti lah banyak mainan.

"Encik, cuba tengok yang ni," tegur Dayana. Bahu Afieq terhinjut kerana terkejut.

"Ha?"

"Cuba tengok yang ni," ujar Dayana lagi apabila muka pelanggan di hadapannya nampak keliru.

"Oh..."

    Afieq membelek kotak mainan yang bewarna merah jambu tersebut.

"Kalau warna purple ada tak? Dia tak suka sangat warna pink ni," tanya Afieq.

"Sekejap, saya ambilkan." Terus sahaja kelibat gadis itu menghilang.

"Airiel suka ke mainan ni? Apa nama benda ni? Oh, Robocar Poli. Erm... Bolehlah." Ujar Afieq sendirian.

"Nah, encik." Dayana menghulurkan kotak mainan yang bewarna purple.

"Apa nama mainan ni?" Tanya Afieq. Dayana menggaru hujung keningnya.

"Little Pony. Mainan ni sekarang memang trend dalam kalangan budak perempuan." Ujar Dayana. Afieq mengangguk.

"Saya ambil dua-dua ni. Kalau boleh balut sekali. Pembalut tu, pilihlah apa-apa warna." Ujar Afieq. Dayana mengangguk sebelum berlalu ke arah kaunter.

"Agak-agak Iriz still tengok Doraemon tak?" Afieq mengusap dagunya perlahan.

"Beli satu lah." Patung Doraemon dicapai. Terus sahaja dia berjalan ke arah kaunter.

Tbc...

You show me I had reasons I should love myself!!!🎶🎶🎶

K... Starting jaaa😌

FALLEN LOVE (✔️)Where stories live. Discover now