Afieq meletakkan bakul bayi ke atas lantai sebelum dia melabuhkan punggung di sisi bakul tersebut. Wajah anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur di atas tilam bayi di hadapannya dipandang lama. Comelnya, tatkala mulut si kecil tu terbuka ketika menguap.
"Abang, dah tukar lampin?" tanya Dayana. Dia memegang mug yang berisi air suam.
"Abang tak pakai lampin. Kalau Phea, nak tukar lah ni." ujar Afieq dengan nada selamba.
Dayana mengetap bibirnya. Nak kena betullah pakcik 'Gelap' ni. Getus hatinya geram.
"Kejap lagi mummy, mama dengan Iriz datang. Ah, your mom too." ujar Afieq. Tangannya lincah menukarkan lampin si kecil yang sedang nyenyak tidur.
Entah bermimpikan apa sampai kadangkala bayi perempuan itu tergelak kecil dan merengek.
"Kalau macam tu, abang buatlah air." kata Dayana. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Afieq.
"Sayanglah."
"Saya pantang, bang."
"Ei. Alasan pantang konon. Goda abang tak ingat pantang." sindir Afieq.
"Sejak bila pulak saya goda abang ni?!" tanya Dayana geram. Afieq tergelak kuat sehingga tubuhnya membongkok sedikit ke hadapan.
"Haritu." jawab Afieq tenang.
"Sejak bila?!" tanya Dayana bersama kedutan di dahi.
"Ish, nyanyuk."
Afieq meletakkan Sophea ke atas tilamnya sebelum berbaring di sebelah anaknya. Pipi tembam anaknya diusik menggunakan jari. Bayi yang baru berusia tiga hari itu dipandang lama sebelum senyuman terukir di bibirnya.
"Comelnya anak papa. Ei, nak je papa kahwin dengan awak." ujar Afieq. Pipi tembam Sophea dicium berkali-kali. Menghidu bauan bayi tersebut.
"Pandang banyak kali pun papa tetap jatuh cinta dengan awak. Samalah macam papa pandang mama awak. Dah tak terkira dah berapa kali papa jatuh cinta dengan dia." ujar Afieq. Kali ini jari telunjuknya bermain dengan perut Sophea.
Dia tertunduk malu. Pipinya membahang. Sesungguhnya kuasa cinta itu luar biasa. Betullah, cinta lepas nikah itu lebih manis dan manisnya hanya untuk orang terpilih sahaja.
Afieq menekup mukanya menggunakan tapak tangan. Dia malu.
"Aw..awak." panggil Dayana.
Afieq yang tidak tahu apa-apa hanya menoleh sebelum pipinya membahang teruk. Namun, matanya masih memandang ke arah Dayana hanya menggunakan kain batik untuk membalut tubuhnya. N..ni mesti baru lepas mandi herba ni. Getus hati Afieq.
Sesungguhnya, sisi baik dan pemalu Afieq hanya sementara sebelum dia bangun dan mendekati Dayana. Dia tersenyum sinis.
"Hm." gumamnya di telinga Dayana. Oh, merdunya suara dia. Getus hati Dayana sebelum dia tersentak.
"Sayang nak apa?" tanya Afieq. Tangan nakalnya mula mengusap bahagian bahu Dayana yang terdedah.
"Sa--"
"Woi, bini kau baru beranak tiga hari!" marah seseorang atau lebih tepat Iriz yang baru keluar dari dapur.
"Aw..awak, ambilkan baju saya dekat atas." ujar Dayana. Dia tertunduk malu.
Afieq tersenyum nakal sebelum mengenyit matanya. Terus sahaja dia berlari ke biliknya yang berada di tingkat dua.
"Kalau dia buat 'hal' lagi, kau call aku. Dasar manusia gatal." kutuk Iriz yang bekerja separuh masa untuk membantu Dayana berpantang.
"Ab..abang yang gatal!" jerit Dayana. Afieq tergelak lagi. Sebelum tubuh isterinya didekati.
Sebuah kucupan hangat di dahi diberikan kepada Dayana.
"Terima kasih sebab terima abang yang banyak kekurangan ni. Thanks, sebab tahan dengan perangai abang yang tak pernah nak matang. Terima kasih juga cintakan abang dulu." ujar Afieq. Wajah Dayana yang membahang dipandang lama.
"Sayang, now and forever. Abang akan sayangkan awak dan Sophea sampai mati. Ah, 'anak-anak' yang lain jugak."
"Anak-anak?" tanya Dayana.
"Abang nak sekurang-kurangnya lima orang." jawab Afieq selamba.
"Abang mengandung sendiri." ujar Dayana geram. Kejapnya sweet dia tu.
***
"Mummy tak tipu?" tanya Afieq. Puan Aira, Puan Maryam dan Tengku Mariyah mengangguk serentak. Afieq meneguk liurnya kasar. Seram pula rasanya bila permaisuri-permaisuri di hadapannya mengangguk serentak.
"Er, Iriz mana?" tanya Afieq. Sengaja menukar topik.
"Lepas Dayana pantang, terus pergi honeymoon tau. Pasal Sophea jangan risau. Kami jaga. Lagipun, mummy dah booked tarikh." ujar Puan Aira.
Afieq mengeluh kecil. Nak melawan mummy? Takkan pernah menang. Jalan terbaik, ikut je lah...
"Okay. Tapi, Afieq serius ni. Mana Iriz?" tanya Afieq.
"Dia ada hal." jawab Tengku Mariyah.
Afieq hanya mengangguk. Waktu aku tengah struggle lah kau tak ada. Getus hatinya pandangannya jatuh pada Sophea yang berada di tangan Tengku Mariyah dan diagah oleh Puan Aira dan Puam Maryam. Dayana yang berada di sebelahnya pula sedang menonton televisyen.
***
Iriz memandang wajah sungul gadis di hadapannya sebelum berdecit perlahan.
"Puas kau sakitkan hati dia?" tanya Iriz. Umaira diam. Matanya dialihkam untuk tidak bertentang mata dengan Iriz.
"Aku dah bagi kau peluang, Umaira. Bukan sekali. Berkali-kali." ujar Iriz.
"Tak tahu pulak kau ikut je apa yang bintang tu cakap." sindir Iriz.
"Kau tau tak dia cintakan kau macam orang gila?" tanya Iriz lagi.
"Aku pun cintakan dia. Terlalu. Tapi, aku bodoh. Aku kesal." ujar Umaira. Dia menunduk. Memandang ke lantai.
"Sampai hati kau. Hampir gila dia bila dapat tahu kau tikam dia dari belakang, Umaira." sindir Iriz. Nada suaranya dibuat-buat sedih.
"I know. But, I don't deserve him. Dia layak dapat yang baik. Cuma, dia tak boleh paksa aku untuk lupakan dia." ujar Umaira lagi. Dia tahu dia bodoh. Dia tahu itu. Cuma lupakan Afieq? Lelaki yang dia sayang? Tak mungkin.
"Kalau macam tu aku yang paksa. Dengar sini, lupakan Afieq. Jangan ganggu dia. And yeah. Selamat ber 10 tahun dalam penjara ni. Aku balik dulu. Assalamualaikum." ujar Iriz Alexa sebelum berlalu pergi.
Saya tetap akan sayangkan awak. Getus hati Dayana sebelum tubuhnya diheret ke dalam sel penjara.
Tbc...
Last... Aaaaa. X lama lagi... Aaaaaaaaaaa hahahhahaha... Lagi stu chap... Aaaaaaa
YOU ARE READING
FALLEN LOVE (✔️)
RandomAfieq Danniel. Manusia yang beku yang hanya boleh ditundukkan dengan 'cinta'. "Apa yang aku mintak tak susah. Bunuh dia. Kau anggap jer nyawa dia tu tebusan untuk kesalahan yang abang dia buat," ~ Muhd Shaz Aqram "Kau fikir apa yang aku akan lakukan...