Bab3 (Universiti)

30 4 0
                                    

Setibanya di rumah..

Aku membuka pintu dan aku menanggalkan kasut lalu menyusunnya di rak kasut dengan rapi.

Aku berjalan menuju ke bilik ku yang berada di tingkat atas lalu masuk ke bilik dan terjun ke atas katil ku yang empuk.

Aku mula tersenyum sendirian apabila aku teringat akan jejaka tampan itu tadi dan aku berfikir "bestnya kalau dapat bf macam tu! Dah lah comel, baik pula tu" bisik hatiku sambil memeluk payung yang diberi oleh jejaka itu tadi.

"Ehh apa kau fikir ni Sha, rilek! rilek!" Ucap ku untuk menenangkan diri.

Aku bangun dan meletakkan payung itu di tepi meja ku tidak lupa juga, aku terus mencapai tuala yang tersidai di rak baju untuk membersihkan diri ku.

Fikiran ku masih terbayang-bayang akan mukanya dan aku tersenyum sendirian.

"Ishh apehal aku fikir pasal dia ni? Sabar Sha sabar" jawab ku dalam hati.

Malam sudah menjelma..

Aku mahu tidur kerana esok ialah hari pertama ku ke universiti baharu yang diuruskan oleh ayah ku, Encik Lii.

Aku terus baring di atas katil ku dan cuba untuk melelap kan mata.

"Aku harap, aku akan dapat kawan yang boleh terima aku seadanya" ucapku dengan yakin.

Keesokan paginya..

Alarm ku berbunyi dan aku bangun dan terus mencapai tuala untuk bersiap ke universiti.

Aku memakai jaket bulu berwarna pink bersama seluar jeans hitam dan kasut sneakers.

Apabila aku sedang bersiap, ibu ku memanggil ku untuk bersarapan di meja makan bersama-sama.

"Sha oh Sha! Sha cepat siap, nanti terlambat!" Ucap ibu tegas.

"Ye! ye! Sha datang ni! Sekejap ye!" Balas ku.

Aku mula turuni tangga dengan gembira kerana tidak sabar hendak pergi ke universiti.

"Aku harap hari ini, hari yang terbaik buat ku" bisik hatiku sambil tersenyum sendirian.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMBUNG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMBUNG...

Aku Dan Wanna One Where stories live. Discover now