Bab14 (Guanlin)

19 4 0
                                    

Keesokkan harinya kami semua pulang ke Korea dengan selamat.

Setibanya di rumah..

"Ibu! Sha dah balik!" Ucap ku dengan gembira.

"Ehh! Anak kesayangan ibu dah balik!" Ucap ibu ku sambil memeluk ku erat.

"Aikk? Ibu, mana ayah?" Tanya ku pelik

"Ayah kamu ada kerja kena siapkan dekat pejabat" jawab ibu ku.

"Ohhh.." Kata ku sambil membulatkan mulut.

"Dah pergi mandi sana, ibu nak siapkan makanan, nanti kita makan sama-sama" beritahu ibu.

"Aip aip boss!" Ucap ku lantas pergi ke bilik.

"ARHHH.. RINDUNYA BILIK!" Jerit ku lantas baring ke atas katil.

"SHAAA! CEPAT MANDI!" Jerit ibu ku dari bawah.

"YEEE IBU! SHA NAK MANDI NI!" Balas ku dan ketawa kecil.

"Aduhai ibu ni, baru nak berehat sekejap" kata ku seorang diri.

Aku pun terus mencapai tuala yang tersidai di rak dan menuju ke bilik air.

Setelah selesai mandi aku terus bersiap dan turun ke bawah menuju ke dapur untuk makan bersama ibu ku.

"Aikk?! Ayah tak balik lagi?" Tanya ku kepada ibu.

"Belum lagi.. Tidak apa, kita makan berdua je" jawab ibu ku lalu tersenyum.

Aku hanya membalas senyuman ibu sahaja dan kami makan berdua di ruang makan.

Setelah selesai makan, aku menolong ibu membersihkan pinggan-pinggan kotor yang telah digunakan.

Aku meminta izin kepada ibu ku yang aku hendak masuk ke bilik untuk berehat dan ibu ku membenarkan aku. Aku lantas menuju ke bilik ku dan duduk di atas sofa sambil bermain dengan telefon ku. Aku menghantar mesej kepada Sungwoon.

Aku
Hai Oppa! Oppa dah sampai ke?

Sungwoon Oppa☁♡
Dahh.. Oppa dah sampai. Sha dah sampai?

Aku
Dahh.. Dah lama, Oppa dah makan?

Sungwoon Oppa☁♡
Dah Sha sayang! Hehehehe

Aku
Ishh oppa ni!

Sungwoon Oppa☁♡
Sha, kalau ada masa oppa nak jumpa Sha boleh? Oppa nak cakap sesuatu.

Aku
Ehh.. Mestilah boleh.

Sungwoon Oppa☁♡
Okay! Kalau ada apa-apa oppa bagitahu. Bye Sha! Good Night! Mimpi oppa tau tau. Hehehe!❤✨

Aku
Ye ye.. Good Night Oppa! Bye!☁♡

Aku terus mematikan telefon ku dan meletakkannya di atas meja di sebelah katil ku. Aku terus baring di atas katil ku dan melelapkan mata.

Keesokkan harinya..

Aku bangun agak lambat dan terus bersiap untuk pergi ke Universiti. Aku memakai wangi-wangian dan kemas-kemasan.

"Ibu.. Ayah.. Sha pergi dulu! Nanti takut lambat masuk class pulak!" Ucap ku tergesa-gesa.

"Tak nak sarapan dulu ke?" Tanya ibu ku.

"Tak nak! Sha boleh sarapan dekat Universiti je!" Beritahu ku.

"Ha yelah!"

Aku terus berjalan keluar rumah dan menuju ke perhentian bas untuk dinaiki.

Sesampai di Universiti, ada seseorang memanggil ku. Aku menoleh dan melihat orang itu adalah Guanlin.

"Sha tunggu sekejap!" Ucap Guanlin.

"Ha! Nak apa?" Tanya ku.

"Malam ni... Malam ni boleh temankan Guanlin pergi tengok wayang?" Baritahu Guanlin sambil bermain jari.

"Kenapa tak ajak yang lain?" Tanya ku pelik.

"Yang lain sibuk. Boleh lah pleaseeee..." Rayu Guanlin.

"Ye ye.. Pukul berapa?"

"Pukul 8 malam, nanti Guanlin jemput Sha" jawab Guanlin gembira.

"Okay" ucap ku lalu pergi meninggalkan Guanlin.

"TERIMA KASIH SHA!" Jerit Guanlin.

Aku hanya mengangguk.

8.00 malam..

"Ishh mana Guanlin ni?! Kata nak datang pukul 8.00 ni dah 8.30" ucap ku sendiri.

"Tin tin.." Hon kereta Guanlin.

"Sha cepat naik!" Ucap Guanlin kepada ku sambil tersenyum.

Aku segera menaiki kereta yang dibawa oleh Guanlin.

"Dah lama tunggu Gaunlin?" Tanya Guanlin selamba.

"Tak lah, tak lama" jawab ku dengan nada tinggi sedikit.

"Hehehehe.. Maaf lah, Guanlin ada hal tadi. Jangan marah Guanlin okay" kata Guanlin sambil tersenyum.

"Ha, ye ye" ucap ku sambil mengangguk.

Setiba di panggung wayang kami terus masuk dan duduk di kerusi yang telah di tempah oleh Guanlin.

Beberapa jam kemudian..

"Wahh! Best lah movie tadi! Pandai Guanlin pilih movie" ucap ku gembira.

"Hehehehe takde lah" kata Guanlin tersipu malu.

"Sha ada nak pergi mana-mana lagi?" Tanya Guanlin.

"Takde rasanya, lagipun dah lewat ni. Sha nak balik je" ucap ku kepada Guanlin.

"Okay! Jom kita balik" ajak Guanlin.

Setiba di rumah..

"Sha, terima kasih sebab teman Gualin tengok wayang" ucap Guanlin sambil tersenyum.

"Yee, sama-sama" balas ku sambil menganggukkan kepala.

"Okay Sha! Selamat Malam! Bye!" Ucap Guanlin sambil melambai tangan kepada ku.

"Selamat Malam! Bye!" Membalas lambaian Guanlin.

Aku terus menuju ke bilik ku dan membersihkan diri ku. Selesai membersihkan diri aku terus baring ke atas tilam dan tertidur.

BERSAMBUNG..

Aku Dan Wanna One Where stories live. Discover now