8:Buat lagi

39K 2K 59
                                    

Setibanya di hadapan pagar sekolah Hanin turun dari kereta Khalil.

"Awak.. Thanks sebab tumpangkan saya. "Ucap Hanin kepada Khalil.

Khalil tersenyum nipis. "Takde hallah awak.. Saya ikhlas. Dah jom masuk nanti lewat pula. "

Kenapa baik sangat eh, si Khalil ni. So,apa masalah Rizq dengan Khalil ni sebenarnya. Tak faham betul Hanin.

"Awak...semalam saya chat kenapa bluetick?awak tak reply pun."Ujar Khalil mungkin berjauh hati tapi..chat apa?

"Chat?"soal Hanin tanpa mengetahui apa-apa.

"Bukan ke awak dah baca?saya ingat awak dah tak nak cakap dengan saya. Tapi,i want to say sorry sebab saya,awak gaduh dengan Rizq."

Hanin tersenyum kecil."ingatkan apa tadi but sorry tak balas mesej awak,ibu saya panggil time tu then saya lupa. Awak tak perlu pun nak minta maaf. Awak tak salah okey?so,you have to be careful with that guy.. "

Khalil memasukkan tangannya ke dalam kedua-dua poket seluar. Dalam hati dia berkata perlahan. Kau siap dengan aku nanti Rizq. Aku tetap akan dekati Hanin. Rizq ingat dia tak tahu yang Rizq dan Hanin dah berkahwin. Silap oranglah! Dia bagi Hanin tumpang tadi pun sebab dia nampak Rizq turunkan Hanin tadi.

Common sense sikit kalau takde apa hubungan takkanlah nak naik motosikal berdua. Huh!

"Awak.. Awak.. "Panggil Hanin sambil melambai tangan di hadapan muka Khalil.

Baru Khalil tersedar daripada rancangan busuknya itu. "Err.. Awak saya masuk kelas dulu. Rehat nanti jumpa lagi.. "

"Macamlah tak jumpa dah dalam kelas.. "Gumam Hanin semasa Khalil melangkah pergi.

"Tak jumpa ya? Seronoknya kau menggatal dengan dia kan? Aku dah warning kau kan? Kenapa kau buat lagi? Memang tak faham bahasa betul kau kan? "Marah Rizq sambil menggenggam kemas lengan Hanin.

"Dia baik dengan sayalah. Bukan macam awak sanggup tinggalkan saya jauh dari sekolah semata- mata takut orang tahu. Mentanglah dia famous kat sekolah. Tak macam kita ni peminat pun jarang saja nak jumpa. "Bentak Hanin sebelum merentap kuat tangannya dan bergerak ke pondok. Panggilan Rizq tidak dihiraukan. Lantak dialah!

Rizq mendengus kasar. Kenapa Hanin ni degil sangat hah? Ke dia yang terlampau kasar dengan Hanin? Apa yang dia patut buat? Sejujurnya dia dah mula sayangkan Hanin. Memang dia dah sukakan Hanin dari sebelum mereka kahwin lagi, tapi belum betul cinta kan Hanin sahaja. Plus, dia sengaja bersikap kasar dengan Hanin. Ego lelaki kan.

"We will see. Best man win. Aku tak akan kalah dengan kau Khalil. "Gumam Rizq.

                           °°°

Di dalam kelas Hanin berdecit geram dengan Rizq yang asyik menempel dengannya. Dia tak tengok ke si asyikin tu tengok dia serupa macam nak telan dah. Geram betul Hanin.

"Yang ke sini, menempel dengan saya dah kenapa? "Marah Hanin.

Rizq tersenyum sinis. "Tak salahkan sebab kau wife aku bukannya orang lain pun. Yang nak risau kenapa lainlah si Khalil tu. "Perli rizq saja nak tengok reaksi Hanin.

"Pergilah sana awak... "Rayu Hanin sambil menolak badan Rizq dengan hujung jarinya. Dah kenapa si Rizq ni?

"Kalau aku tak nak? "

"Kalau tak nak... "Fikir Hanin sambil meletakkan jari telunjuk di dagunya. "Saya pergi dekat Khalil. "Terbeliak mata Rizq yang mendengar.

"Kau jangan buat lagi.. Kalau tak.. Aku ajak kau pindah sekolah lain! "

Terdiam terus Hanin dengan ugutan Rizq dia tak mahu pindah. Dia sayang semua kawan-kawannya di sini. Susah senang, mereka bersama.

"Kenapa kau diam? Suka kalau macam tu? "Soal Rizq lagi. Tujuannya sekadar mengusik sahaja.

"Tak.. Saya tak akan pindah. Awak jangan mula nak atur hidup saya. Saya. Tak. Suka. faham! "Bentak Hanin. Tapi, masih dalam nada sederhana. Jadi tak adalah orang lain nak dengar.

"Kalau tak suka ikut apa yang aku kata. Aku. Tak. Suka. Kau. Dengan. Khalil! " Bentak Rizq dengan Agak kuat sebelum beredar dari tempat duduknya. Rata-ratanya sudah hairan dengan sikap Rizq terhadap Hanin. Mereka berbisik antara satu sama lain.

Hanin menunduk lemah. Apalah masalah Rizq. Dia langsung tak faham. Dia dah penat nak bertekak dengan Rizq.

Melihat keadaan itu, Amirah, Shafiza dan Afina mendekati Hanin.

Amirah memeluk bahu Hanin apabila melihat gadis itu seperti hendak menangis. "Anin... Kenapa ni? Kau.. Err... Ada apa-apa ke dengan si Rizq tu? "Melihat gelengan yang diberikan oleh Hanin,amirah mengeluh perlahan.

"Habis tu kenapa dia asyik ganggu kau kalau korang takde apa-apa hubungan? "Sampuk Afina. Dia ni sejenis manusia yang kurang sabar sikit.

Pap!

"Sakitlah bangang! "Marah Afina sambil buat muka tak puas hati.

Shafiza tersenyum sinis. "Padan muka sampuk lagi orang tua-tua nak bercakap. "Marah Shafiza.

"Eleh tak padan dengan dia yang hari lahir pun lewat dari aku. Ada hati nak cakap orang tua. "Bebel Afina sendirian.

Shafiza dan Amirah hanya buat tak layan dengan sikap Afina. Selalu dah macam tu. Yang mereka fokuskan sekarang pada Hanin.

"Korang... Kalau aku bagitau aku takut korang tak boleh terima.. Kalau aku cakap korang marah aku tak? "Soal Hanin serba salah.

Shafiza dan Amirah memandang antara satu sama lain. "Kau belum cakap lagi macam mana kami nak tau sama ada marah ke tak? "

"Please.. Promise me yang korang takkan marah.. Please...."Rayu Hanin.

"Yelah, yelah... Kami janji. Kau kawan kami.. Kalau kau ada masalah kau boleh cerita dekat kami.. Maybe kau boleh rasa tenang lagi... Kalau semua ni dah lepas? "

Hanin tersenyum lega mendengar itu semua. Mujur dia dikurniakan sahabat-sahabat yang begitu memahami, yang begitu terbuka untuk menerima apa sahaja. Yang itu, Hanin mengucapkan syukur dalam hati. Syukur kepada ilahi kerana telah memudahkan segala urusan yang dia buat.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now