30:care about you

30.8K 1.8K 41
                                    

"Tapi, asal aku kena duduk dengan Mamat sial tu? "Ujar tidak puas hati. Wafi juga terkejut, macam mana boleh jadi macam tu.

Rizq bergerak ke arah kaunter. Pelajar-pelajar dari empat negeri tidur di sini iaitu city hotel manakala lima buah negeri lagi tidur di Myhotel sentral.

"Cik, kalau saya nak tukar boleh tak? "Soal Rizq. Khalil di sebelah dipandang dengan pandangan tajam.

Perempuan di kaunter itu menggeleng. Khalil tersenyum sinis.

"Dia kata tak boleh tukar kan? Orang ramai lagi kot, semua penat kau janganlah pentingkan diri sangat.."perli Khalil walaupun tidak memandang wajah Rizq.

"Salah seorang daripada awak berdua boleh sign di sini dan ambil kunci. "Arah perempuan itu. Rizq menjeling Khalil sambil menurunkan tandatangan. Sungguh dia tak rela nak sebilik dengan lelaki sial ni.

Terus Rizq menarik kasar bagasinya menuju ke arah lif.

Hanin pula mendapat bilik bersama Amirah. Lega juga dia rasa apabila mendapat bilik dengan kumpulan sendiri a.k.a kawan sendiri.

Amirah dan Hanin juga menuju ke lif. Dua orang pekerja hotel di situ, menolong mereka menekan butang lif.

Suara Hanin semakin serak. Tekak dia terlalu perit. Nak telan air liur pun susah. Ya Allah! Mintalah esok dah pulih. Dahlah nak kena buat pembentangan. Tambahan pula, dia ketua.

°°°

Setibanya Rizq di dalam bilik mereka, dia berasa lega kerana tidak perlu berkongsi katil dengan si Khalil tak guna. Mereka mempunyai dua katil bujang. Satu almari solek, satu almari baju dan juga tandas.

Penghawa dingin juga ada. Rizq menghempaskan badan di katil dan tidak menghiraukan Khalil. Wah! Empuknya.. Lena dia tidur malam ni. Tapi rasa tak best pulak sebab takde Hanin di sisi. Cewah! Jiwang je lebih.

Khalil hanya memerhati kelakuan Rizq.

"Kau masih tak puas hati dengan aku lagi ke Rizq? "Soal Khalil.

Mendengarkan itu terus Rizq bangun duduk di birai katil. Rizq mengangguk. "Kalau kau dah tau, tak payah nak tanya lagilah. Buat habis suara aku je nak cakap dengan kau. Bazir masa! "

Khalil mengeluh.

"Benda tu dah lamalah! Yang kau nak ingat lagi kenapa? Aku sendiri dah lupa! Lagipun kau dah ada Anin kan?"

Rizq menggeleng lalu menuju ke tandas. Malas nak berbahas dengan Khalil. Dia benci nak dengar.

Sebelum menuju ke tandas. Rizq sempat berkata kepada Khalil.

"Aku takkan pernah lupa dengan apa yang jadi depan mata aku! Kau ingat senang ke? Even aku ada Hanin, kau ingat boleh ke aku lupa?! Fikirlah sendiri! "Pintu bilik air ditolak kasar.

Rizq duduk di bawah pancuran air. Kenapa Khalil perlu mulakan balik perkara yang dia cuba untuk lupa. Jantan tu tak faham lagi ke?

°°°

Amirah menggosok belakang Hanin apabila Hanin tidak berhenti-henti batuk. Rasanya tekak Hanin dah kering dah. Air disua kepada Hanin untuk membasahkan tekak Hanin.

"A--aku tak laratlah... Mirah... "Ujar Hanin dengan suaranya yang ada dan tiada.

"Tak pe.. Sekarang ni kau rehat dulu. Lepas zohor nanti baru kita gerak ke dewan untuk ice breaking.. "Ujar Amirah sambil menarik selimut menutup badan Hanin. Hanin mengangguk lalu mengiring ke tepi. Bilik Hanin mendapat satu katil sahaja yang muat untuk dua orang.

Kawannya yang lain pula juga mendapat bilik dengan orang yang mereka suka. Afina dengan Awatiff, Shafiza dengan Hidayah. Semuanya selesa.

°°°

"Before you all back to your room. I would like to remind you that no boy in girl's room, no girl in boy's room. Understand? Faham? "Pesan eta itu untuk mengingati.

Rizq menggaru kepala. Apa dia nak takut? Dia kan badboy. Suka hati dialah nak buat apa pun. Haha!

Rizq mengerling jam di tangan. Baru 10:30 p.m. Awal lagi. Semua pelajar menaiki bas untuk pulang ke hotel masing-masing .

"Hanin... Kau dah okey ke belum? "Soal Amirah apabila nampak Hanin macam gelisah saja.

Hanin menggeleng. Dia tiada suara untuk bercakap. Suaranya hilang.

Berkerut kening Amirah. Naik saja ke atas bas, Amirah bergerak ke tempat dia di tepi Shafiza. Rizq senyum manis apabila nampak muka Hanin.

"Kau dapat bilik dengan siapa? "Soal Rizq setelah mereka berdua duduk.

Hanin menunjuk ke arah Amirah dengan jari telunjuknya. Rizq memandang ke arah Amirah. Dia belum perasan yang Hanin tidak bercakap.

"Ouh... Okeylah.. Aku dapat dengan orang yang aku tak suka. Rasa malas je nak masuk bilik! "Ujarnya.

Hanin hanya tersenyum lemah.

"Kau kenapa tak bercakap dengan aku? Kau merajuk ke sebab tak dapat bilik dengan aku? "

Hanin menggeleng.

"Lagi sekali kau tak cakap, aku cium kau kat sini! "Ya Allah Rizq.. Sempat lagi kau nak mengugut macam tu. Bini kau tak boleh cakaplah bodoh!

Hanin menggeleng laju. Lalu dia membuat isyarat mulut. 'Saya.. Takde... Sua... Ra.. 'Ujarnya satu-satu.

Berkerut kening Rizq untuk memahami.

"Aku tak faham.. "

"Sa... Ya... Tak... De... Sua... Ra.. "Ujarnya sekali lagi. Baru Rizq mengangguk.

"Tu kau nak buat macam mana? "Soal Rizq.

Hanin menggeleng tidak tahu.

"Ubat dah makan? "

Hanin menggeleng lagi.

"Ubat kau kena makan. Kejap lagi makan. Kalau tak macam manalah nak sembuh. "Bebel Rizq.

"Jangan kata aku marah pulak.. I just care about you.. "Ujar Rizq. Sekarang ni dia benar-benar sayang dengan Hanin.

Hanin dah blushing. 'Seronok dapat suami cam ni.. Sukanyaa. 'Bersorak dia dalam hati. Di luar pula dia cuma tersenyum.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now