MC10

348 18 7
                                    

"Aa..aku..tak..bunuh kau! Bu..bukan aku! Le..lepas! " serta merta lelaki itu hilang. Dadaku turun naik. Terasa ada cecair di dahiku.

Aku sentuh. Peluh.

"Aku mimpi rupanya.." gumamku sendiri. Jam dinding menunjukkan sudah pukul 12.00 malam.

Aku mengusap leher. Mimpi tadi.. Kenapa tiba tiba dia datang.. Jangan jangan..dia nak balas dendam!

Pantas aku menggeleng. Tak mungkin lah! Ini bukan cerita hantu.

Walau apa pun yang terjadi, aku kena pastikan dia tak tahu perkara ini. Kalau dia tahu..mungkin..dia akan mati. MATI!

--

Hari hariku berjalan seperti biasa, hari ini ada sukan, jadi aku pakai baju sukan. Aku harap setiap hari ada sukan. Nak pakai baju sekolah?masyarakat..malaysia so hot okay. Aku benci pakai baju sekolah! Menyusahkan tau tak? Panas satu hal. Erghhh!

Dengan senyuman manis, aku berjalan masuk ke kawasan sekolah. Sesekali aku perasan, ada dua tiga pelajar perempuan sempat bisik sesama mereka. Membawang mungkin? Eh tak baik dani bersangka buruk. Ah lantaklah, sekarang ni aku nak cari fikri.

Laju saja aku melangkah ke dataran budi. Sampai saja di sana, aku letakkan beg di sebelah beg fikri. Awal pula dia datang harini. Selalunya dia yang datang lambat.

Kelibat fikri tidak ada di sini.

"Er..fakhrul. Kau ada nampak fikri? " tanyaku pada ketua kelas yang sedang mencatit benda apa entah dekat buku birunya. Setakat ni, fakhrul orang paling awal datang ke sekolah. Nak kata naik van, bapak dia yang hantar. Aku syak dia ni memang suka datang sekolah awal erk.

"Kantin kot. Pagi pagi dah kebulur kawan kau tu. Kat rumah, mak dia tak bagi nasi kot haha." jawab fakhrul sinis serta gelak jahatnya. Ketua kelas evil. Takguna haha.

"Oh. Okay." aku berlalu pergi meninggalkan fakhrul. Malas nak layan ketua kelas takguna tu. Mak dia tak ajar adab agaknya.

--

"Semuanya rm4.50" kata makcik kantin sambil menghulurkan tangan.

"Nah. Terima kasih." fikri senyum seraya memberikan duit seringgit empat keping dan lima puluh sen. Lalu dia meratah daging yang di belinya sambil berjalan.

"Makan duduk woi! " sergah seseorang.

Fikri tersentak. Nasib baik daging yang dipegangnya tak jatuh.

"Aku rasa kau dah lama hidup ni." fikri memandang tajam dani yang tersengih.

"Sorry brader hehe. Jom sayang.." ajakku sambil merangkul leher fikri. Mukanya masih cemberut. Marah lettew.

"Tak payah nak bersayang sangat dengan aku. Geli!"

"Aku nak pujuk kau je. Kau ingat aku nak sangat panggil kau sayang. Aku lagi geli! " ujarku. Tangan yang merangkul leher fikri, cepat cepat di lepaskan.

Fikri mencebik. Whatever!

"Kau dah ready nak tolong cina muslim dalam kelas kita? Wuuu..tak sabar aku nak tengok." fikri melompat keriangan. Teruja sangat asal ni.

"Apek muslim tu..." kataku terhenti. Eh jap! Asal dia panggil apek tu muslim? Dia kafir lah woi!

"Woi! Sejak bila dia jadi muslim ni? Kau jangan nak memandai eh." aku menepuk bahu fikri. Fikri terkedu. Apehal lah si dani ni. Memang nak mati awal agaknya. Bisik fikri dalam hati.

Melodi Cinta (bxb) HIATUSWhere stories live. Discover now