Tap Tap Tap
Hoshi terdiam sendiri. Dia tertunduk sambil berusaha menjauh dengan meringkuk di sudut ruangan.
Tap
Lagi-lagi kepalanya di hentam batu kecil. Mungkin kelihatan dia tidaklah sakit tetapi sebenarnya kepalanya sudah berdenyut-denyut. Dia cuba bersikap tenang dengan mempertahankan muka datar.
"Woi kau dengar tak apa aku cakap?"
Hoshi sekuat hati cuba memekakkan telinga. Namja di hujung sana menatapnya bagaikan predator dengan mata tajam. Dari tadi dia sibuk melemparkan Hoshi dengan batuan kecil dan berkata kasar.
Hoshi tidak kenal malahan tidak pernah pun melihat mukanya. Tetapi lelaki tersebut berperwatakan layaknya gangster berpengaruh yang mampu membunuh hanya dengan jelingan mata.
Hoshi sesekali merapatkan tubuhnya kepada namja yang terbaring lesu di sampingnya. Namja yang baru sebentar tadi dijumpai sebelum mereka berlari melebihan orang gila.
"Woii!!" Namja tadi kembali menaikkan suara. Dia memandang badan Hoshi atas ke bawah, men scan tubuh itu dengan sepasang matanya. Dia melambung-lambung batu-batu kecil ke udara sebelum kembali melemparkannya ke arah Hoshi.
Hoshi tidak tahu kenapa. Tetapi setelah mereka berlari keluar dari terowong tersebut dengan berpuluh-- tidak beribu pemangsa ngeri, tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi bising.
Mereka berlari lagi sehingga kelihatan bandaran, ya bandar Seoul yang terlalu megah dengan bangunan tumbuh bak cendawan. Mereka menjerit meminta pertolongan sebelum salah- satu makhluk di belakang mereka melonjat , menerkam.
Dan tiba-tiba sahaja gelap diiringi bunyi tembakan.
Ketika itu Hoshi fikir dia sudah selamat, dia sudah boleh kembali ke rumahnya dan hidup seperti biasa. Dia fikir penderitaannya sudah tamat.
Tapi takdir yang berbisik berkata lain.
Matanya ditutup, dia diheret seseorangan. Hoshi meronta-ronta ingin dilepaskan. Kedua tangannya seolah diikat ke belakang. Dia diheret kejam. Tumbuhnya bergeser dengan tar yang melukai kulit.
Dia tahu dia tidak keseorangan. Jeritan meminta dilepaskanlah buktinya. Dia cuba menendang apa-apa yang ada walaupun tahu ianya sia-sia.
"Pergi mati"
Dan dia akhirnya dilemparkan ke sini. Ke dalam ruangan keras diperbuat daripada batu-bata. Gelap dan kedinginan bersama beberapa orang lain.
Penjara. Penjara nya tidak ubah seperti penjara dahulu. Masih lagi 'ketinggalan zaman'. Gelap, terasing dari dunia luar. Bahkan Hoshi merasa udaranya begitu kotor hingga menyesakan paru-paru.
Hoshi memandang Jun disebelahnya dengan sayu. Namja itu masih tidak sedarkan diri walaupun tidak kelihatan terluka. Mungkin dia kelelahan dengan kejamnya dunia.
Mata Hoshi turun menyusuri muka dan bahagian badan Jun yang tidak tertutup pakaian. Dia dapat melihat betapa kasarnya namja itu. Dengan beberapa parut di sekitar tangannya dan riak wajahnya yang kelihatan begitu dewasa, Hoshi tahu namja ini sudah menempuhi banyak rintangan.
Sebenarnya Hoshi mahu sahaja membalas segala perlakuan namja dihujung sana terhadap dirinya. Ya dia mungkin kelihatan lemah tapi dia bukanlah penakut. Dia boleh sahaja memukul namja itu habis-habisan dengan kekuatan yang dia ada.
Tapi pandangan mata namja itu membuatkan dirinya terasa begitu kecil. Seolah seekor semut yang bertemu gergasi gagah. Dia terasa bagaikan sedang dibakar api kemarahan.
'Cepat lah sedar' Hoshi berguman didalam hati sambil memandang wajah Jun. Matanya memancarkan harapan. Harapan supaya semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja.
**********************
Sepasang mata itu menatap langit malam. Gelap tanpa bintang-bintang tetapi sang rembulan masih setia tergantung indah.
Di manakah bintang-bintang? Di manakah mereka pergi? Di manakah hilangnya kelipan mereka?
Air mata Seungkwan menitis. Dia terkenang kakak-kakak kesayangannya. Senyuman dan gelak-tawa mereka di setiap masa mereka bersama.
Dia cuba menyapu air matanya tetapi kedua tangannya di gari ke katil. Ya katil terapung yang Seungkwan sangat ingin tendang ke luar.
Dia hanya mampu menggerakkan kepalanya. Itu pun hanya menoleh ke kiri dan ke kanan, hanya untuk melihat ruangan yang kosong.
Telinga Seungkwan tiba-tiba memangkap bunyi tapak kaki datang ke arahnya. Sel bercahaya itu melengkung membentuk jalan di tengah, membenarkab seseorang melangkah masuk.
Seungkwan cepat-cepat menutup matanya erat. Dia cuba berpura-pura tidur sementara seseorang berdiri di sebelah katilnya.
Seungkwan dapat merasakan hembusan nafas seseorang di permukaan pipinya. Wajah seseorang terasa begitu dekat dengannya hinggakan Seungkwan dapat membau nafasnya.
Ya tuhan. Boleh kah Seungkwan muntah dalam pengsan tipu nya? Apa tak reti nak cuci mulut ke? Buanya sudah melebihi puaka.
"Tidur lah sementara kau mampu" tangan seseorangan membelai pipi Seungkwan. Tangan kasar itu membelai lembut sebelum menampar nampar pipinya pelan.
Ohh Seungkwan betul-betul terasa ingin menendang susuk ini ke luar jendela. Beraninya dia melukai badan tercintanya?!
"Jangan bagi dia terlepas"
Ohh sekarang otak Seungkwan betul-betul sedang memproses bunyi bising yang kedengaran. Entah dari mana tetapi dia terasa kenal dengan suaranya.
Jeritan seseorang. Macam.. macam pernah dengar..
********************
Tbc
Well im always late
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C] Road To Seventeen
FanfictionSebuah jalan tanpa penghujung yang menuju ke masa depan. GotNoFeel_