PART 1

31.6K 188 4
                                    


PART 1

“ Fika … tempat apa kau bawak aku ni ?” Soal Sofia Humaira. Kakinya setia melangkah mengekori sahabat baiknya, Syafikah.

“ Kau ikut jelah, Ira …” Fika bersuara. Kaki melangkah kedalam gim tersebut. Tempat pun nampak exclusive semacam je … Ira memandang si receptionist yang setia tersenyum.

“ Cik, boleh saya bantu?” Soal si receptionist yang bertag nama Kamelia itu.

“ Saya nak daftar di sini.” Kata Fika. Tangannya masih mengenggam tangan Ira.

“ Under pakej yang mana satu, cik?” Kamelia menunjukkan pakej yang di sediakan.

“ Yang ini. Saya nak trainer dia sekali. Perempuan.” Fika memberitahu. Pakej pelajar di pilihnya. Kamelia mencatat sebelum menelefon seseorang.

“ Boleh diskaun tak, dik?” Soal Fika. Mahu taknya, kos ahli untuk6 months dah cecah seribu lebih. Belum campur kos ambiltrainer lagi …

“ Boleh … Nanti, kak bincang dengan boss. Kawan kak ni tak nakjoin ke?” Soal Kamelia.

“ Saya ? Tak naklah. Saya dah ada kelas lain …” Jawab Ira. Matanya menangkap seraut wajah yang amat di kenalinya. Jejaka tersebut tersenyum manis kepadanya. Tetapi Ira sekadar menjeling. Menyampah …

“ Itu, boss saya. Boss !! Ada customer baru.” Laung pekerja tersebut sambil melambai bossnya. Jejaka tersebut mendekati Ira dan Fika.

“ Awak boss tempat ni ke?” Soal Fika. Terkejut dengan penampilan si jejaka yang mendekati mereka. Handsome macam model iklan Nivea tu, cuma kulit je tak berapa nak putih … Sado pulak tu. Lain pula reaksi Ira, dia sekadar memandang ke arah lain. Tak tertarik pun …

“ Ye saya. Cik ?” Ahmad Benz Fareeq berkata. Senyuman di maniskan lagi, maklumlah rezeki sudah sampai ...

“ Panggil saya Fika, je … Ni, kawan saya Ira.” Syafikah memperkenalkan Humaira. Terpaksalah Humaira berpaling dan memandang si jejaka tersebut.

“ Boss, kakak ni nak ambik trainer sekali. Perempuan.” Khabar pekerjanya Kamelia.

“ Jom, Cik Fika. Kita berbincang di sana.” Fareeq menunjukkan meja yang di sediakan untuk pelanggannya. Fika tersenyum manis, dia mendahului langkahnya ke tempat tersebut. Fareeq membiarkan Ira melepasinya sebelum dia berjalan beriringan bersama Ira.

“ Ehh .. Kenapa dekat sangat ni ? Pergilah sana.” Humaira berkata perlahan, takut di dengari rakannya.

“ Biarlah …bukannya dosa pun …” Fareeq turut berbicara dengan nada perlahan. Humaira yang tidak selesa dengan sikap Fareeq itu, berlari anak sedikit supaya dia jalan seiring Fika. Fareeq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“ Malu lagilah tu … Ni, tak boleh jadi. Nikah dah 2 bulan, habuk pun takde. Kena fikir strategi baru ni …” Kata hati Fareeq. Takkan nak tengok saja? Bini sikit punya cun …

                +++++++++++++++++++++++++++++++++

“ Handsome kan mamat tadi ?” Tutur Fika. Hampir tersedak Ira di buatnya. Sudahlah dia baru meneguk minumannya.

“ Kau ni minum pun gelojoh …” Fika bersuara lagi sambil menghulurkan tisu kepada rakannya.

“ Mamat tu kau kata handsome ? Kau dah buta ke? Kau tak tengok ke kulit dia dah serupa gula merah. Lainlah kalau putih macam Izue Islam ke? Boleh juga nak cakap terfall in love ..”

“ Aku tahulah taste kau kulit yang putih-putih. Tapi serious, abang sado tadi macho makin segak dengan kulit hero Malaya tu. Sweet je aku tengok …” Kata Fika sambil mencedok chocolate moltennya. Ira mencebik.

I HATE YOU 😏😏ABANG SADOWhere stories live. Discover now