Bab 1

63.8K 426 28
                                    

Bunyi bising dari mesin-mesin besar di dalam kilang itu betul-betul membingitkan telinga. Ghani berdiri tegak di luar bangunan besar bersebelahan dengan kantin. matanya meliar memandang sekeliling kawasan kilang Hinoda yang mengeluarkan pelbagai produk jenis kotak.

Agak luas kawasan kilang milik syarikat dari Jepun itu. Bangunan kilang ada dua dan sebuah bangunan pejabat tersergam indah dikawasan yang agak terpencil ini. Dibelakang kawasan kilang merupakan hutan tebal, dikirinya pula dipenuhi semak samun. Hanya sebatang jalan yang berturap dari kawasan kilang ini yang menghubungkan kilang ini dengan jalan besar. Sepanjang jalan itu pokok-pokok getah berdiri megah di setiap bahu jalan.

Ghani seorang duda beranak 3 mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang ini setelah berhenti dari menguruskan kebunnya. Walaupun dibantah keras oleh anak bongsunya namun ghani tetap ingin bekerja. Ghani hanya tinggal berseorang dirumah pusakanya, sejak kematian isterinya 2 tahun lalu, hidup Ghani sedikit sepi, anak-anaknya tidak tinggal bersama dengannya. Anak-anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri dan menetap dirumah masing-masing.

"Pakcik menungkan apa tu?" tegur seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari pejabat

"Saya hanya melihat kawasan sekitar kilang ni encik" kata ghani penuh sopan

"Jangan risau, lepas ni saya jamin pakcik akan muak pula meronda kawasan di sekeliling nanti" kata lelaki itu sambil tertawa kecil

Ghani hanya tersenyum. Ghani mengekori lelaki tersebut yang merupakan supervisor kilang itu.

"Baiklah pakcik, ini pondok pengawal dan merupakan tempat pakcik. Lebih kurang macam office pakcik jugalah. Yang ini pakcik Stopa. Pakcik Stopa ni akan membimbing pakcik untuk malam ini. Malam esok, hanya pakcik seorang je yang bekerja. Apa-apa masalah nanti pakcik rujuk pada pakcik Stopa ni" kata lelaki itu lalu bersalaman dengan Ghani sebelum berlalu pergi.

"Nama aku Mustafar, tapi budak-budak kat sini yang panggil aku Pakcik Stopa." kata Mustafa memperkenalkan diri.

"Nama aku Ghani. Kau dah lama kerja disini?" tanya Ghani untuk sesi suai kenal.

"Dah lama dah. Dekat 6 tahun juga. Sejak kilang ni baru dibuka dulu" kata Mustafa lalu melipat surat khabar.

"Berapa orang yang bekerja jadi pengawal disini?" tanya Ghani

"Dulu ada 3 orang. Tapi sekarang tinggal dua sahaja. Aku dengan kau lah. Bos kilang ni tak mahu ambil pengawal bekerja ramai-ramai. Nak jimat kos katanya. Lagi satu, dia tak ambil pekerja asing jadi pengawal kat kilang ni. Dulu dia dah kena tipu dengan pekerja asing. Pekerja tu mencuri besi-besi kilang. Beribu jugalah bos tu rugi. Sebab tu dia hanya ambil pekerja tempatan je" cerita Mustafa dengan panjang lebarnya.

"Tapi orang kita sekarang pun bukannya boleh dipercayai sangat" balas Ghani.

Malam itu Ghani ditemani oleh Mustafa mengawal di kilang tersebut. Kawsan kilang tersebut tidak besar mana. Hanya terdapat dua bangunan besar kilang. Tidak terdapat bangunan khas untuk dijadikan kantin, maknanya pekerja-pekerja disitu terpaksa keluar dari kilang untuk membeli makanan dari kedai makan yang terdapat dipersimpangan masuk ke kilang itu dan kedai makan tersebut hanya beroperasi dari pukul 10pagi hingga ke 6 petang sahaja. Pekerja yang bekerja pada waktu malam pula terpaksa membawa bekal makanan sendiri jika ingin makan pada waktu rehat pada pukul 2 pagi.

Tidak ramai staf yang bekerja pada waktu malam. Jumlahnya separuh dari jumlah pekerja pada waktu pagi. Ghani mencuci tangannya di pili air yang tidak jauh dari pondok kawalan. Penutup bekas makanan dibukanya. Lauk kangkung goreng dan telur dadar menjadi hidangannya pada malam ini. Selesai makan, Ghani melakukan rondaan disekitar kawasan kilang.

Ghani mengambil buku laporan yang terlekat didinding bangunan dan menurunkan tandatangannya sebagai tanda kawasan tersebut telah dirondanya. Ghani melihat jam tangannya. Hampir ke pukul 4 pagi. Kawasan kilang itu benar-benar sunyi. Hanya kedengaran bunyi mengaum mesin-mesin besar di dalam kilang. Ghani melangkah pulang ke pondok kawalan.

Mustafa sudah lena di kerusi. Ghani hanya mengeleng-gelengkan kepala memandang rakan sekerjanya itu. Ghani duduk semula ke kerusi. Kurang dari 3 jam lagi, waktu kerja Ghani akan tamat. Ghani melangkah ke tandas untuk membuang air kecil. Kedinginan awal pagi ini membuatkan Ghani kerap ke tandas.

Pintu tandas ditolak Ghani. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri dan kencing di urinal. Ghani membalas senyuman lelaki itu. Ghani melangkah masuk kedalam bilik tandas.

"Abang" panggil lelaki itu

"Ye" jawab Ghani lalu berhenti melangkah.

"Ada rokok tak?" tanya lelaki itu

"Ada" jawab Ghani lalu menyeluk poket seluarnya.

"Terima kasih bang" jawab lelaki itu.

Ghani melangkah keluar dari tandas. Ghani kembali ke pondok kawalan dimana Mustafa masih lagi lena. Ghani hanya duduk berdekatan pintu pagar masuk utama. Duduk sambil mengisap rokok. Memerhatikan cahaya mentari yang mula mengintai diceruk timur.

*********

Setelah air panas dimasukkan ke dalam teko, Ramlah menutup teko itu lalu diletakkan ke atas dulang yang berisi bersama beberapa hirisan kek pisang. Ramlah membawa dulang tersebut ke beranda rumahnya. Beberapa orang tetamu sedang duduk bersantai disitu.

"Saya dah cakap kat abah dah bang. Tapi abah masih berdegil nak duduk di rumah buruk tu." kata Ramlah ketika menuang air the panas ke cawan.

"Nak buat macam lagi bang, orang tua tu bukannya makan dek pujukan. Kalau hitam katanya maka hitam la juga" tambah Intan.

"Aku tak kisah kalau ayah tetap nak duduk kat rumah itu. Aku cuma nak nama aku nanti ada pada rumah dan tanah tu nanti" jawab Mahmud abang sulung kepada dua beradik perempuan itu.

"Abang dah lupa ke masa kenduri arwah mak, ayah dah cakap yang rumah tu Kak Ram yang punya. Bahagian abang tu kat kebun belakang rumah Pak Wahab. Saya pula kat bahagian hulu kampung, dekat dengan kawasan perumahan tu" Intan mengingatkan Mahmud.

"Eh apa pula, orang tua tu cakap dengan aku suruh jaga rumah tu bila dia tak de. Maknanya rumah tu dia bagi kat aku lah." tegas Mahmud.

"Ah abang ni, dah dapat tanah kat kebun tu, nak pula tanah dan rumah pusaka tu. Habis Ram ni dapat apa?" Ramlah tidak berpuas hati.

"Kau ambil lah duit dapat simpanan orang tua tu. Banyak duit KWSP dan ASB dia tu. Yang tu kau ambil" kata Mahmud.

"Abang ni pun, duit itu kan nak diguna nanti uruskan ayah bila dia dah mati nanti. Duit tu lah nak beli kain kapan, nak bayar tukang gali kubur. Nak buat kenduri arwah semua. Duit itulah gunanya" sampuk Intan.

"Tengoklah nanti macam mana, aku tanya kan semula pada ayah tu nanti." kata Mahmud.

"Dengar cerita ayah dah bekerja sekarang" kata Ramlah

"Ayah kerja apa?" tanya Mahmud

"Kerja jadi jaga.. jadi jaga kat kilang kotak. Saya dah larang dah bang. Tapi faham-faham jela orang tua tu. Keras kepala." jawab Intan

"Habis, kebun dia tu siapa yang jaga?" Mahmud hairan

"Eh abang kan dah dapat bahagian itu. Abang lah jaga. Mungkin ayah dah tak larat nak jaga kebun, tu yang ayah kerja jadi jaga tu. Jaga bukannya susah. Duduk je dah dapat duit." kata Ramlah.

"Abang kena tengok-tengok kan kebun tu. Bukan apa, dengar cerita Kak Limah bini Pak Jabit tu selalu masuk kebun kita. Ada budak-budak kampung ni nampak yang Kak Limah selalu ambil cili api dan ubi kayu yang ayah tanam tu" adu Ramlah.

"Celaka Kak Limah ni, hasil orang nak dikebasnya" Mahmud geram

"Sebab itu lah saya suruh abang sekarang jaga kebun tu. Tengok-tengok kan kebun tu selalu"

Bersambung...

Jangan lupa tekan star & komen😍😘

Ghairah Budak Kilang (Complete)Where stories live. Discover now