Petang itu Ghani tiba ditempat kerja lebih awal dari waktu bekerjanya. Ghani hanya melihat pekerja-pekerja waktu pagi keluar dari kilang selepas tamat waktu bekerja. Ghani memerhatikan gelagat pekerja-pekejra kilang tersebut. Mata Ghani tidak lari dari memandang ke arah dua buah kereta Produa Kenari di kawasan tempat letak kereta.
Ghani melihat Mustafa menungang masuk motorsikalnya ke dalam kawasan kilang dari pondok kawalan. 15 minit kemudian Mustafa melangkah masuk ke dalam pondok kawalan.
"awal kau sampai" tegur Mustafa.
"tak ada lah. Biasa je" jawab Ghani.
"biasa? Tadi Muthu cakap, kau dah sampai sejak pukul 5 petang lagi. Kau buat apa?" kata Mustafa
"tak ada apa, cuma aku perhati orang je" jawab Ghani
"perhati orang?" Mustafa pelik
"aku cari kawan kepada kawan aku. Dengar cerita dia kerja disini. Dia bawa kereta Produa Kenari" jawab Ghani.
"kawan kepada kawan tu lelaki ke perempuan?" tanya Mustafa
"lelaki" jawab Ghani.
"mmm..kalau tak silap aku, ada dua kereta Kenari yang pekerja kilang ni guna tapi hanya pekerja perempuan je yang guna kereta Kenari." kata Mustafa.
Ghani terdiam dan termenung mengingatkan kata Faizal yang pernah memberitahunya bahawa Junaidi mengunakan kereta Produa Kenari.
Malam itu, hujan turun lebat. Angin bertiup sedikit kencang. Mustafa dan Ghani hanya duduk berkawal di pondok kawalan. Mereka berdua menikmati hidangan yang dibawa dari rumah. Faizal tidak menemani Ghani makan pada malam ini. Sejak dari petang tadi lagi Ghani tidak melihat kelibat Faizal. Mungkin Faizal banyak kerja yang perlu dibuat kerana semalam ada dua buah lori yang menghantar barangan ke kilang.
Sesudah makan, Ghani berlari ke tandas meninggalkan Mustafa yang belum selesai makan di pondok kawalan untuk mencuci tangan, dan bekas bekalan makanan. Ketika sedang mencuci bekas tersebut disinki seorang lelaki berjalan masuk ke dalam tandas.
"abang dah makan?" sapa Faizal
"dah. Baru je habis. Kau pergi mana? Aku baru nak ajak kau makan sekali dengan aku tadi" kata Ghani.
"banyak kerja lah bang. Lagipun hujan lebat. Susah nak bergerak" jawab Faizal.
"habis tu kau dah makan ke belum ni?" tanya Ghani.
"dah makan roti tadi. Ok lah bang. Saya nak kencing ni. Tak tahanlah hehe" kata Faizal lalu melangkah masuk kedalam bilik kecil tandas dan mengunci pintu tandas disebelah tepi kiri.
Ghani hanya tersenyum melihat telatah Faizal.Tidak lama kemudian Mustafa melangkah masuk ke dalam tandas sambil membawa bekas makanannya.
"bukan main lebat hujan ni" kata Mustafa.
"sejak semalam lagi hujan turun dengan lebat bila menjelang tengah malam" jawab Ghani.
"ini kalau nak pergi meronda pun susah ni" kata Mustafa.
Ghani hanya mengangguk setuju.
"hmm jadi memang tak ada lelaki yang guna kereta Kenari disini?" tanya Ghani
Mustafa mengelengkan kepala.
"mmm kau kenal tak semua nama pekerja lelaki dikilang ini?" tanya Ghani
"tak semua aku kenal lah. Kenapa?" tanya Mustafa
"aku cari budak lelaki yang namanya Junaidi" kata Ghani.
"Junaidi?" Mustafa pelik
"ye Junaidi. Kawan aku cakap, yang dia kerja disini. Tapi selalunya kerja waktu pagi. Junaidi tu guna kereta Produa Kenari" jelas Ghani
![](https://img.wattpad.com/cover/168258256-288-k450987.jpg)
YOU ARE READING
Ghairah Budak Kilang (Complete)
RomanceKisah pengawal keselamatan bernama Ghani yang baru bekerja dia sebuah kilang. Pelbagai telatah pekerja kilang yang Ghani lihat. Dari kaki membawang, kaki kuat seks dan sebagainya. Adakah Ghani akan bertahan dengan prinsip hidupnya setelah di goda ol...